*

Monday, 31 December 2012

hari minggu yang santai

12 comments :
Assalaam..

Dah lama akk tak rasa suasana santai pada hari hujung minggu..
kebetulan kami minggu ni takde aktiviti..
pagi2 papa dah ajak pergi jogging..
selalunya tak pernah jogging bersama..
akk suka pergi sebelah pagi..papa pulak suka jogging petang..
kali ni dapat bersama..tu yang seronoknya..hehe
dapatlah buat dua pusingan kat tasik seksyen 7 shah alam..
amik masa dalam sejam lebih jer..
lepas rehat kejap..lepak pulak kat kedai makan..apa nama ntah kedai tu...tak tengok pulak..
sarapan pagi.. makan soto dgn airteh o secawan..
dua2 oder benda yang sama..
sehati sejiwalah katakan! kan! kan! kan!

tapi.....kalau yang sorang oder benda lain..kan boleh merasa sikit sorang!

 balik rumah apa lagi..pokok rose lah yang akk kerjakan. buang daun, gembur tanah, bubuh baja, alih pasu..apa2 ajelah..sambil2 tangkap gambar..hehe

 dah siap kerja2 kat halaman..gatal tanganlah pulak nak mengecat. habis semua pasu dan kaki pasu bunga akk cat warna putih.
daripada terbiar berkarat kat tepi rumah.. bila sudah di cat semula baru nampak serinya..

bila matahari dah meninggi..macam tau aje perut ni mintak di isi. papa pun macam tau ajer apa ada dalam isi hati isteri..
awak nak masak ke ari ni..atau nak beli?
tak payah beli lah awak..kita masak aje!
klik ler sini...

sekian the story..hihihi

Sunday, 30 December 2012

"SEGMEN: BLOGLIST MAMA KAYBEE 2013",

4 comments :
Assalaam..

masa blogwalking tadi..akk masuk blog mama kaybee. mama kaybee tengah buat segmen bloglist untuk tahun 2013. sesiapa yang nak join.. mama kaybee akan senaraikan dalam bloglistnya selama setahun. ada cabutan hadiah pulak  tu untuk sesiapa yang bertuah.
jom kita meriahkan segmen mama kaybee..

syaratnya pun mudah aje..
1) jadi followers blog saya, (you follow, i'll follow you back...but please make sure you have followers widget in your blog so that i can follow you)

* sudah
2) buat entri dengan tajuk "SEGMEN: BLOGLIST MAMA KAYBEE 2013",

  * sudah
3) masukkan banner di bawah & linkkan ke entri ni:

* klik barner untuk ke entry beliau.. 

 selesai..:)

Saturday, 29 December 2012

entry hari sabtu..

8 comments :
Assalaam..
selamat berhujung minggu. buat apa tu?
mesti adik2..kakak2..* oppss! tak mungkin ado kakak2 lagi selain kakyon kan? 
anok2..tengah sibuk dengan persiapan anak2 yang nak masuk sekolah kan ?
kalau sorang aje yg masuk sekolah..taklah kalut sangat. semuanya beres..
 kalau yang anak ramai tu..kenalah buat persiapan awal. mana yang patut diganti..gantilah..
mana yang boleh di recycle..jimat sikit..hehe
apa pun naluri kedua ibu bapa..mahukan yang terbaik buat anak2 mereka. walau sesusah mana pun..akan di ikutkan juga kemahuan anak2 mereka. nak..nak yang melibatkan pelajaran. harus di utamakan.
beruntung kalau ada anak2 yang tidak pandai meminta2 itu dan ini. apa yang di belikan olih ibu bapa mereka, mereka terima saja. tidak pernah membantah atau pertikai..huhu
*teringat.. anak2 akklaa tu..huhu. 

****
Dividen ASB dah keluar. Semua tahu kan..tahun ini kenaikan peratusan lebih baik sejak 12 tahun lalu. berapa lah akk dapat? huhhu..
 tengah berkira2..tahun depan nak melancung ke eropah!!..ada sape kisah!!
~~hahahaha

****
bila sebut pasal nak melancung ke eropah..akk teringat pulak yang besan akk baru balik dari sana. adalah buahtangan buat akk. kekadang akk segan dengan besan2 akk. mereka kerap memberi buah tangan untuk akk. tapi akk ni amat jarang membalas pemberian mereka..huhu 

 macron ni lain sikit rasanya..dia kurang manis sikit dari yang akk pernah makan di sini ..
macron dan beg ole ole dari paris..

ini ole ole dari india. akk dapat beberapa bulan lepas.tak sempat nak jahit lagi. akk nak pakai raya lah nanti. kain sari untuk akk dan kain pelikat buat papa..
kawan2 ada idea tak nak buat baju apa kain sari ni..selain buat baju kurong?

kalau ada sesiapa nak buat macaron bolehlah cuba resepi ni. akk copy paste dari my resepi..manalah tau kut2 nanati akk pun teringin nak buat..:))

Bahan-bahan ( Ikut atas saiz )

  • 65 gm srbk badam 
  • 13 gm srbk koko 
  • 60 gm putih telur ( 2 biji telur ) 
  • 200 gm gula castor 
  • 110 gm gula icing
  •  secubit cream of tartar Filling ( ikut kegemaran boleh beli kat kedai bakery yg readymade lemon @ apa2 perisa )
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

1 .Ayakkan gula icing , srbk badam dan srbk koko ketepikan 
2 . Pukul putih telur dgn cream of tartar hingga berbuih 
3 . masukkan gula castor sedikit demi sedikit pukul hingga kembang dan gebu 
4 . masukkan bahan2 yg talah di ayak tadi ke dlm putih telur yg dah di pukul 
5 . kaup dan balikkn adunan hingga sebati masukkan ke dlm piping beg pakai buang ikut saiz kegemaran anda paipkan atas non stik paper ( jgn terlalu rapat )
 6 . Hentakkan dulang yg telah di pipe kan untuk buang angin 
 7 . ketepikan adunan selama 45 minit supaya adunan yg tlh d pipekan tadi mengeras 
 8 . Bakar selama 5@10 minit 150c 
 9 . Setelah masak biarkan sejuk barulah sapukan filling dan cantumkan * klu nak pelbagai kan colour tk payah masukkan srbk koko bubuh pewarna semasa pukul gula castor * 

 selamat mencuba..:):)

Wednesday, 26 December 2012

entry orang malas..hehe

10 comments :
 
 Assalaam..
lama betul blog akk ni menyepi.. keadaan semasa akk yg tak mengizinkan akk nak berblog.buat masa ni akk kena jaga cucu..jadi aktiviti akk dah terhad...leka bermain dengan cucu..:)))
kekadang ikut mood juga.. bila teringat bukak juga, baca n3 blog kawan kawan. 
paling tidak pun updet FB...
mana boleh pisahkan dunia mayaku dengan kehidupan harianku..heheh

 ******
n3 akk..
updet FB pagi tadi..huhuh
 
"sukanya pokok rose di laman akk..bermandi manda bawah cayaha matahari. harap2 semua taik lalat dia hilang..:)

Tuesday, 18 December 2012

bagaimana nasib kita..

7 comments :

 Photo: ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Kredit : Pengukir Kata

 Assalaam..
akk nak share apa yang akk baca di wall FB anak sedara akk.Insyaallah.. buat peringatan diri akk sendiri dan pembaca blog akk..

*****
 
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia s
endiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Saturday, 15 December 2012

woods'..berkesannya..

7 comments :
Assalaam..
beberapa hari lepas akk rasa tak berapa sihat badan..mulanya terasa dedor badan lepastu akk batuk2 pulak..
sekarang ini kan musim buah..durian, rambutan, manggis, duku langsat..makanlah selagi boleh! haha
bahananya..bila dapat penyakit..tanggunglah sendiri ye!!
 
akk ni pulak jenis tak suka makan ubat. kalau demam ke..sakit kepala ke..batuk ke..akk rela makan ubat cara orang kampung atau ikut petua orang dulu2..

tapi kali ni segala petua mak nenek yang akk amalkan tak menjadi dah..heheh

beralah juga akk..akur dengan papa yang telah bersusah payah membelikan dan memaksa akk makan  ubat batuk yg di belinya..

gula2 ubat batuk woods'  memang sangat berkesan.akk batuk sampai hilang suara..alhamdhulillah.. tak habis pun 2 packet akk makan.. habis semua bendaallah dalam kerongkong cair dan keluar.
sepeket berisi 6 biji gula2...makanlah ikut suka. 
woods' ni ada banyak jenis dan perasa.
 pilihlah yang extra strong..pasti strong!
 salam dan jumpa lagi..:)

Wednesday, 12 December 2012

ke pasaraya Segi

6 comments :
Assalaam..
dulu semasa akk tinggal di Sunway Kayangan..pasaraya yang selalu akk pergi ialah pasaraya borong Segi yang terletak dijalan kesungai buluh. Pasaraya inilah yang paling dekat  dengan rumah akk. lebih kurang 5km jer.
harga barangan agak murah..dah namanya pasaraya borongkan..mestilah murah. ramai peniaga berduyun2 membeli di situ.
selalunya akk cuma membeli barang makanan basah seperti ikan ,sayur dan bahan masakan. barang kering tak pasti pulak murah ke idak..sbb akk tidak pulak membeli di situ..
selama akk membeli belah di situ.. akk tak tahu pun..rupanya setiap hari selasa ikan dan sayuran serta stok barang/bahan masakan lain baru sampai. maknanya stok barangan masih segar dari ladang..heheh

kebetulan selasa lepas kan cuti..kami kesana dengan tujuan nak beli ikan pari. papa kata.. lama tak makan masakan asam pedas ikan pari yang akk masak.
bila sampai kat sana..mak aii..ramainya orang sedang memilih ikan yang masih segar bugar. akk teruja memilih ikan2 yang menjadi feberet kami. tak sedar memilih dan menimbang..rasa rasanya akk sudah membeli melebihi keperluan..huhu.
nampaknya hari hari lah akk kena masak!

 nak menayang laa pulak..jangan ler terkecurr ye..tak sedap mana pun! hehe

suka tengok cili api yang merah menyala masih segar lagi..

nak timbang pun kena beratur..

 pakai kamera chokia..blurrlaa pulak..
 inilah ikan segar terus dari Sungai Besar..

tahu tak ikan apa nie? akk memanglah tak tau!
goreng sampai garing..krup..krap..krup..krap..sodap!
tapi baunya ada sikit kurang menyenangkan..hehe

terimakasih kerana sudi membaca celoteh akk..:))

Tuesday, 11 December 2012

smitf

12 comments :
Assalaam..
Smitf * Selangor MATTA Islamic Travel Fair * yang berlangsung di PWTC dari 7-9 December dah pun berakhir. sempatlah akk jengah semalam..meninjau2 destinasi mana yang belum kami jejak dengan kos yang paling murah. kalau nak ikutkan memanglah takde yang murah..tapi bila sampai tahun depan..bila kos semakin meningkat..tentulah kos yang ditawarkan hari ini  lebih murah..

jadi rancanglah percutian kita di awal tahun. rata2 agensi pelancungan menawarkan perhidmatan bermula december ini hingga akhir tahun depan.
package perkhidmatan yang di tawarkan pun semuanya menarik. kena pandailah memilih yang terbaik dan syarikat yang boleh di percayaai. yang lebih penting dalam soal makan dan minum,kenalah pilih syarikat yang kita betul yakin mampu menyediakan makanan yg halal. 

 ramai juga pengunjung..tapi lebih ramai lagi peserta persidangan sebuah parti politik yang sedang berlangsung..

 dalam banyak2 putih terselit yang hitam...

puas mencari destinasi yang sesuai..namun tidak berjumpa..kalau ada pun masih di luar kemampuan kami..huhu
takpe.. masih ada masa lagi untuk menabung..

papa pulak exaited nak naik star cruise. beriya iya sangat dia. " dah puas naik kapal udara..naik kapal lautlah pulak! "..katanya..

ermmmmm...ikut sukalah papa..janji papa bahagia!!!

Sunday, 9 December 2012

terjumpa kawan lama..

8 comments :

Assalaam..
sejak kebelakangan ini akk selalu teringatkan kawan2 lama yang pernah rapat dengan akk. selalu sangat memori indah kami bersama terbayang2 di mata dan ingatan akk.
agaknya betulla apa yang orang kata..bila kita dah berusia.. fikiran kita  berbalik kebelakang. akk selalu teringat zaman akk kecik2 dulu..zaman remaja..zaman akk sudah berkerja dan berumahtangga..
rasanya macam rindu sangat nak berjumpa dengan mereka semua..huhu

beberapa hari lepas..sedang akk berkemas..tetiba terlintas di fikiran akk..akan suasana semasa akk tinggal di subang jaya.terbayang wajah jiran/kawan yang rapat dengan akk. masa tu muda..anak pun kecik lagi..kami dah macam adik beradik..tolong menolong.. bersama susah dan senang. sejak berpindah dari sana hampir 30 tahun lalu..akk tak pernah bertanya pun khabar berita tentang mereka. nampak macam ada sikap tak peduli akk ni ye? hehe
rindunya akk!

kebetulan semalam kami keluar tanpa tujuan. nak makan dah kenyang. terasa nak beli/makan kun sundae di McD.. alamak tengah boikotlah pulak! huh
kami ke Tesco nak meninjau2 kut ada barang yang nak di beli.
tetiba akk rasa beg tangan akk di tarik dari belakang. sepontan akk menjerit * dalam hati tefikir jangan pandang belakang.. nanti ada orang pukau * dan jalan laju2. tetiba nama akk di panggil. "rose ke nie? akk toleh kebelakang..nampak seorang yang sebaya akk tengah senyum.. 
"rose! kenal lagi tak " ?
 aaah! siapa ye..tak perasanlah!
Jue lah! dulu kan kita pernah berjiran kat subang jaya..kerja pun di tempat yang  sama !
akk tergamam dan diam..puas akk nak mengingatkan semula siapa wanita kat depan akk nie. akk tetap tak boleh ingat. tapi akk pura2 ingatkan dia..
dia terus bercerita kisah2 kami semasa berjiran dulu. lepas sorang, sorang nama jiran kami di sebut..akhirnya akk teringat semula siapa dia..huhuhu
barulah rancak berborak. dan akhirnya akk akan dapat berjumpa dengan orang yang akk rindu nak jumpa melalui Jue..Insyaallah..

mimpi ngeri!..subhanaallah..

4 comments :
Assalaam..
Semalam seharian akk melemaukan diri * memang akk tak sihat pun* dari pagi sampai ke petang.. terbaring tidur lemau lembik.huhu.. 
memang sejak kebelakangan ini akk kerap rasa tak berapa sihat..tapi akk saja kuatkan semangat dan buat2 sihat.
awal pagi papa dah pergi kekilang dan terus pergi rewang rumah jiran kami di seksyen 17.agenda asalnya akk kena ikut sekali. di sebabkan akk rasa pening sangat dan rasa tak sedap badan..akk batalkan saja niat nak kesana.
lepas sarapan pagi, berkemas apa yg patut dan masukkan kain dalam mesin..akk menyambung semula melipat kainbaju yang tak siap lipat sejak dari semalam.tetiba kepala rasa pening..dan rasa sakit dada, kebetulan akk batuk dan akk terus baring dan tertidur..

entah berapa lama akk tertidur..akk pun tak pasti. bila akk sedar..akk nak bangun tapi tak boleh. akk mencuba akhirnya akk bangun tapi dalam sedar dan tidak *seolah bermimpi* akk berjalan dalam rumah akk tapi tak boleh buat apa2. akk cuba nak tutup pintu tapi tak tercapai. akk teringat kain basuhan dalam mesin belum bersidai..tapi tak boleh nak buat. akk duduk memikir kenapa akk ni? akk seolah berjalan di awangan berpusing2 dalam rumah tapi tak boleh nak buat apa apa. terasa ngeriii sangat...astaghfirullah..

lama2 akk terfikir.." bukanke aku tidur tadi..agaknya aku bermimpi nie! " akk balik ketempat akk tidur tadi. akk mencuba untuk sedarkan diri dari tidur..tapi tak boleh. akk mengharapkan papa balik cepat supaya dia boleh kejutkan akk dari tidur. sementara itu akk banyakkan mengucap dua kali masyahadah dan beristighfar..dan berdoa..Ya Allah! aku redha! akk pejamkan mata dan cuba tidur semula..tapi dada akk terasa sakit sangat..akk batuk batuk..pastu tak sedar apa dah..

tiba2 akk terdengar bunyi talipon..sayup sangat.akk bangun tapi tak berdaya nak angkat talipon. badan rasa lemah sangat. lama juga baru akk dapat tenaga semula. bila akk bangun tengok jam dah pukul 3.30 ptg. lepas akk solat papa pun balik. Alhamdhulillah..dapat akk berjumpa papa lagi..
tak semena2 airmata akk berderai...

*******

nikmat yang Allah beri buat penghibur hati..

Thursday, 6 December 2012

sikap wanita yang di sukai lelaki..

6 comments :
Assalaam.. 
8 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

*Sekadar renungan buat kita semua, semoga bermanfaat........
sumber di sini ..

dairy hari ini..

2 comments :
Assalaam..
selamat sejahtera lah hendaknya.. rakan bloggerku sekelian.. 

tetiba naik rajin membuat sarapan pagi..mood tengah baik nie. sebab ada orang yang rajin menjengah kedapur mencari makanan..

dah lama resepi cucur jagung ni akk belek di merata tempat dalam internet.tapi belum terbuka hati nak mencubanya. kebetulannya..semalam akk kepasaraya membeli barangan dapur..akk ternampak jagung yang masih segar ada di rak jualan, tetiba akk teringin nak mencuba resepi cucur jagung yang dikatakan enak..

ternyata memang enak sangat rasanya..
memula akk ingatkan papa mesti tak suka..maklum papa ni jenis tak suka mencuba sesuatu jenis masakan baru. kalau pizza atau apa2 masakan yang berasas keju, mayonis ke hape ker..yang sengkatan dengannya..janganlah harap nak pelawe dia..pandang pun tak!..hehe
rupanya cucur jagung ni dia suka plak. mulanya dia rasa pelik..udah rasa..baru tau ya pak!!..enak sekali!!...hihi
" selalu jagung orang buat bubur!.. katanya..

lepas makan tengahari nasi ambeng di makjah coner seksyen 7, papa ajak meronda pulak..nak survey tempat percutian yang belum pernah kami pergi.
" nanti senang kalau kita nak pergi "..katanya

akk nikan.. lepas jer makan tengahari..mata pun mengantuk..dah biasakan.. sebelum solat zohor mesti nak tidor dulu..huhu. tambah pulak hari ini badan rasa tak berapa sihat. asyik bersin saja dan batuk..tak berhenti. lepas makan panadol..apa lagi mata pun macam nak tertutup aje. tambahan pulak duduk dalam kereta..seolah di buai2 rasanya..

sedo sedo..dah sampai sini. gold coast morib resort. masa tunggu papa dalam kereta sempatlah akk amik gambar. hari biasa pun ramai pengunjung ketempat ini. cuti sekolah kan..ramai emak bapak..atok nenek sekeluarga datang bercuti..

akk & keluarga akk bila pulak nak kesini ye ? 
gold coast morib resort
 
cantiknya bunga rose akk pagi tadi !!!
sukakan?
nikmat apa lagi yang aku mahukan?
subhanallah..

Tuesday, 4 December 2012

hasil yang sambil sambil..

10 comments :
 
Assalaam..
semalam dapatlah akk cashoutkan imbuhan yang akk dapat hasil dari iklan yang terpapar di blog akk. terimakasih banyak banyak kepada penaja melalui Nuffnang yang sudi dan tak henti2 menyiarkan iklan mereka di sini..:))

tak kisah banyak mana pun rezeki akk..akk terima seadanya dan tidak beriya iya mengejarnya.
 Alhamdhulillah..berdikit2..lama2 membukit..hehe

akaun akk dah kosong!

ada lagi BE yang sedang bersiaran..:))

voucher citibank pulak datang lagi..bulan september punya belum guna..november punya dah datang..
alhamdhulillah..
tetiba teringat mata ganjaran Bhpetrol yang lama belum ditebus. petang nanti bila isi petrol nak cek berapa banyak dah terkumpul..:))))

terimakasih sudi membaca coretan akk..singgah lagi ye..:)