*

Tuesday, 27 November 2012

main klik survey

12 comments :
Assalaam..
hari hari melayari internet...tapi kekadang tu.. tak tahu website apa yang nak di buka/baca. selain kemas kini blog *kalau rajin*, blogwalking, buat entry *entah apepe asal ada..hehe*, skoding blog pro kerajaan/pembangkang dan apa apa yang terpapar kat skrin laptop nie..akk rajin ber klik2 iklan dan survey...ngeeeee...
setakat ini yang akk dah daftar dengan ipanelonline. dah merasa banyak juga imbuhannya..
kalau nak join kliklah kat bawah tu..daftar jadi ahli. pastu kenalah buka akaun paypal.setiap hari buka akaun sendiri akan dapat 1 point. kalau ada survey jawablah. kekadang sekali jawab survey dah boleh cashout, bergantung pada keadaan. kalau takde pun jawab survey yang ringkas2 pun dapat point. point akan di kumpul sampai cukup 500. dah cukup 500 point, dah boleh klem, dapatlah rm5..hihih senangkan!

******
pastu akk join churp churp. churp churp ni dalam akaun facebook. masa memula akk join dulu tak tau nak buat macamana. just daftar, pastu diam, tunggulah akaun tak naik2. ada 20 sen tak bertambah..hehe
pastu ada hamba Allah pm akk tolong bagitahu cara nak buat macamana. terimakasih banyak2 pada beliau tunjuk ajar akk..;)
iklan ini letak aje dalam timeline facebook kita. nasiblah kalau ada orang baik hati nak  klik tengok iklan kita..adalah masyuuuk sen sen..kalu takde..sampai berasaplah akaun tak naik2..hihih
kalau nak cashout..kena tunggu terkumpul RM100 baru boleh..:))
boleh jer kalau nak tag fren fren kita suruh klik..klik...tapi tak syokk lah nanti fren fren kita rasa tak selesa dengan kita. sama juga dengan kita kan! klau fren fren kita asik tag kita..kita pun rimaskan?
kalau ada fren fren yang TST best kan!
nak join..jom klik sini

http://my.churpchurp.com/httpkakroseblogspotcom/share/churpchurp-invite

******
baru baru ni akk join says..
ok juga..macam cepat naik aje akaun..hihi
cara lebih kurang sama macam churp churp..

jadilah buat seronok2 membuang masa depan skrin nie..

Thursday, 22 November 2012

sehari punya cerita..

13 comments :
Assalaam..
apa khabar semua pengunjung pangkin nenek? tentulah sihat kan! kalau tak sihat..tentu lah dah berbaring dan berehat..takkan boleh online kan. apapun akk doakan kepada semua pengunjung..semuga sihat wal'afiat dan di permudahkan segala urusan..amin..
***
sementara di berikan kesihatan yang baik..alhamdhulillah..kekadang akk tak mampu menolak selera yang kekadang luar biasa..hihi
pagi ni rasa teringin nak makan roti canai dan teh tarik dari restoran hakim seksyen 7 shah alam. akk biasanya tak berapa selesa nak makan atau minum di restoran mamak. akk dah set minda akk..hanya kaum lelaki saja yang layak makan minum di restoran mamak. jangan tanya kenapa? entahlah! kenapa akk boleh berfikir begitu. papa dah tau sangat..walau lapar macammana pun akk tak akan singgah makan di kedai mamak. akk rela balik rumah masak nasik  berlaukkan telor mata...hehe

jadi kalau nak makan roti canai dan teh tarik papa kena tapaukan bawa balik kerumah..hihi
roti canai nya sangat marveles. bila bukak saja bungkusan terbau keharuman rotinya yang lembut tapi garing.teh tariknya pun sedap lemak berkerim..


 tak pernah dibuat dek akk..makan dua keping roti banjir dan segelas besar teh tarik..
tapi hari ini akk dapat melakukannya..~ hahaha.
*siaplah ko rose..lepas ni jangan nak sibuk2 cari ubat kurus pulak!!

******

balik dari urusan luar rumah..akk nampak sampah bersepah2 depan rumah akk dan rumah jiran. angkara pemotong rumpatlah nie..huuhuu
dahlah sampah pukal MBSA tak mahu angkat. ada pulak penghuni rumah biarkan saja sampah tu. sipemotong rumput main potong aje dengan sampah2 sekali. menyakitkan mata betul..walau pun bukan depan rumah akk..tapi tempiasnya terkena juga..
MBSA pulak satu hal! cukai pintu cepat2 nak kutip.. sampah sarap taknak kutip!!!!!!
patutlah ada rakyat gelarkan " selangor darul sampah! "

 akk sepatutnya berpegang..di mana bumi di pijak..di situ langit di junjung. tapi tak tahanlah dengan keadaan sekarang nie..sampah sarap pun tak boleh nak urus!!!!!

dah penat bersihkan tempias sampah sarap di luar..akk terasa nak makan sesuatu yang akk beli semalam.
naa..ni dia tapai ubi yang akk rendam dalam susu.. pastu masukkan dalam esbok..lemak lembut sejuk..yummmy..


teringat pulak akar kayu *ubat periuk* yang akk beli semalam belum berebus lagi. masa Oya dalam pantang akk ada rebuskan untuk dia minum. akk pun join sekali. wah! terasa hebat seperti muda kembali..ahaks!
tak perlu beli ubat yang ajaib2 bagai..cukuplaa dengan meminum air akar kayu yang reganya cuma RM25 aje.anda akan kelihatan hebat di mata suami..ahaks..ahaks!!
 
*iklan jap*
 berminat sms akak ye..:)


Wednesday, 21 November 2012

rakan fb akk datang..

10 comments :
Assalaam..
Pagi tadi ada pelanggan sms akk tamya..nak beli kain untuk buat kraftangan. masa tu akk otw ke PJ. bila akk kata pilih kod dulu..nanti balik akk chek..beliau terus reply kata nak datang rumah..:)
rupanya pelanggan akk tu..rakan fb akk juga..hehe.
Pn.Sharifah datang bersama rakan fb kami juga..Pn. Zaidah yang comel dan peramah.
rupanya Pn.Sharifah dah lama kenal akk.Cuma akk yang tak perasankan beliau. semasa majlis perkahwinan Oya dan majlis rumah terbuka raya..beliau datang bersama suami dan anak2. rupanya suami beliau kenal papa kerana mereka ada urusan perniagaan bersama.
keciknya dunia ni kan?
seronok berbual dan bergurau bersama mereka..bak kata Pn.Sharifah..sejak berfb ni.. kita dah mengalahkan bebudak..~hahah





mereka berdua peminat rose juga.kami berkenalan pun melalui satu forum di FB berkenaan tanaman rose.
 

 pokok rose akk semuanya togel tak berdaun..tapi tetap berbunga.jadilah buat penghibur hati yg duka..

Tuesday, 20 November 2012

Tazkirah pagi..mendidik hati..

9 comments :
Assalaam..
Bila sesekali papa mengomel..menusuk juga kedalam hati dan perasaan akak!
*ermmmm...selalunya pagi pagi akak yg mengomel..*
kali ini papa yang mengomel..eh eh! bukan mengomel, tapi umpama mendengar tazkirah pagi..hihi

Apa yang awak nak risaukan?
Apa yang awak nak takutkan?
Apa yang awak nak kisahkan?
peduli apa dengan apa orang nak cakap!
bukan mintak RM diaorang pun!
bukan nak susahkan diaorang pun!
bukan itu..bukan ini..dan macam2 bukan lagi!!!..huhuhu
itulah omelan papa..

susah akak nak terangkan tajuk omelan papa..
kalau akak terangkan satu persatu..nanti di kata kan riak pulak..
Nauzzubillah..jauhkanlah..
cukuplah sekadar akak katakan..semangkin tinggi kita mendaki..semangkin gayat kita memandang kebawah...
biarlah ikut rasmi padi..:)

gmbr pinjam cik google

papa kata..sebagai  manusia biasa memang ada rasa riak dan bangga diri tanpa di sedari..
itu memang tak boleh nak elak dan kadang2 kita tak perasaan. tapi kita boleh " mendidik hati " kita supaya tidak mudah membangga diri, riak dan takabbur. selalulah toleh2 kebelakang...
banyak sudah kita perhatikan kisah orang2  yang riak dan sombong. jadikanlah kisah mereka sebagai pengajaran..wallahhuaklam.


menu orang malas masak..tapi rajin pulak nak upload..

6 comments :
Assalaam..
bukan selalu akk ada masa nak masak memasak...
kalau ada masa pun..kekadang takde masa pulak nak mengambil gambar dan mengupload nya..
hari ini rajin pulak meemasak..tapi memasak style orang malas masak..huhu
menu masakan begini lebih menaikkan selera makan kami bardua..hehehe

******
sebelum tu..nak tepek gambar ros kampung yang tengah mekar di halaman rumah. tapi ini gambar kelmarin. banyak lagi kuntuman yg sedang/akan mekar..



layan pulak gambar menu makan tengahari tadi..
masak campak2 aje!

********

tengah makan..papa kata tangan dia krem. tak boleh nak angkat. rehat sebentar. suap guna tangan kiri pakai sudu. sebelum tu..kaki akk yg krem. kami banyak buat kerja2 pembersihan rumah. pagi tadi papa  mencuci bilik air dan mencuci lantai simen kawasan belakang rumah. akk pulak banyak buat kerja2 dihalaman dan dalam rumah. dah berusia begini keupayaan  untuk membuat kerja2 begitu sudah tidak mengizinkan buat kami..huhu
lepas ni..kenalah cari cleanner untuk membuat kerja2 pembersihan..



Sunday, 18 November 2012

restoran tupai tupai

16 comments :
Assalaam.. 
akk baru keluar rumah tak sampai sedepa..ateh pulak call. akk memang tengah dok terfikir2 nak makan malam kat mana  malam ni? perut rasa macam kenyang ..sbb kambing golek yang akk makan petang tadi mungkin belum hadzam lagi...
tapi selera nak makan meronta2 lagi..
 
ibu n papa dah makan ke belum?
haah! sedang elok lah nie...
jom kita pergi makan sesama..

kita nak makan kat mana ekk?
entahlah!
macam semua tempat makan kat shah alam ni kita dah pernah pergi! huh!
 
idea ateh datang..jom kita makan kat tupai tupai nak!! kita makan steamboat buffet. makan apa saja yang ada di situ sekenyang2nya dengan harga RM29++...
 
sup untuk steamboat ada dua jenis..sup tomyam dan sup ayam.bahan untuk steamboat..macam2 nama ball ada,fishcake, ikan, udang, sepetang, sotong, sayuran segar..dan macam2. meehoon goreng..sedap sangat,kuetiaw goreng, laksa goreng dan nasi goreng pun ada..makanlah sampai kenyang!

 tapai ubi di rendam bersama susu..sedap sangat.akk suka..yummy!!

nata d'coco..tapi papa sebut coco d'nata

sedikit buahan dan kueh muih..

..dan ice cream pelbagai perasa..

ingat!!
 jangan sampai membazir ye!!...nanti kena denda!!


 
 
 

kambing golek

2 comments :
Assalaam..

semalam majlis cukur rambut chichom di rumah neneknya..
tak sempat nak bergambar..ramai sangat tetamunya..
kebizian wan nya entah apa apa..
duk melangut aje.. 



dalam kebizian menjamu selera dengan hidangan nasi bukhari dari syed restoran yang sangat lazat itu..tetiba teringin nak amik gambar kambing golek yg tersangatlah sedapnya. daging luarnya yang di panggang garing..lembut isi dalamnya..


makan bersama salad yang rangup..

dan sos lada hitam dan apake nama sos nie..
mak hai!..2 ekor tak sampai 1jam dah selesai!!


kalau ada sesiapa yang nak beraqiqah.. bolehlah kontek empunya bisnes  kad ini.akk promot percuma aje.. takde share apa2.jangan risau..jangan ragu..pastinya tidak akan mengecewakan..InsyaAllah..



Saturday, 17 November 2012

busy and happy

11 comments :
Assalaam..
lepas solat subuh..bila akk turun kebawah..tetiba perasaan sunyi dan sayu datang menghuni rumah akk lagi..
selama 40 hari akk happy dengan kebizian akk..tetiba hari ini terasa sunyi kembali. mungkin kebizian akk selepas ni..tidak memberi apa apa ke happy an lagi. apa apa kebizian yang akan akk lakukan hanya untuk mengisi masa yang terluang sementara menanti bila saatnya akan tiba..
akk suka busy and happy

begitulah lumrah hidup..
bila ada datang..akan ada pergi..
semuanya bukan hak mutlak kita..
kita kongsi sama sama ehh! :=)

inilah cucu ke 7 akk..Aydin Naufal Ryiz..

 
 

 




40 hari menjaga  chichom.. rasanya macam baru 4 hari. chichom tak pandai meragam, senang di urus, bangun bila nak menenen dah kenyang dia tidor hinggalah 2 jam lagi baru bangun. baru chichom nak pandai meng agah2 dengan wan n atoknya..mummy n daddy  chichom dah bawak chichom balik kerumah nenek n atok sebelah sana..huhu

jadi tinggallah wan n atok berdua aje kat rumah nie.
 lepas nie atok agah wan...wan agah atok pulak...ooommmmmm....chhaaakkkk!!!!
 ahaks!! ~hahahahhahahahaah

best kan bila busy and happy!


 



Friday, 16 November 2012

SEGMEN BLOGLIST POKOK MANGGIS DEPAN RUMAH".

5 comments :
Assalaam..

akk jarang sangat join apa2 segmen atau apa2 contest di blog rakan2..
kali ini teringin pulak nak join segmen dari blog pokok manggis depan rumah.
sesapa nak join..jomlah! kita meriahkan segmen ini di sini..


durian crepe

7 comments :
Assalaam..
wabak penyedap mulut..durian crepe yang sedang melanda di mana mana..merasuk juga kedalam hati akk nie..hihi
bukak blog..bukak FB..mesti ada cerita pasal durian crepe.
dek kerna teringin sangat nak makan..akk pun mengoder dari blog " Cupcake D'Hati Mama" Mas ampunya blog yang tinggal di Pucong Utama..jadi senang akk nak amik..dekat sangat..





sedap sangat rasanya..lemak berkerim..enak dan lazat.

akk pun mencari resepi di google.salin siap2..manalah tau kut2 satu masa nanti teringin nak buat sendiri pulak..~hahahah

Bahan-bahan ( 30 bantal )

  • 250grm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
  • Filling**
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  • Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk. 
selamat mencuba resepi dari kongsi resepi

Wednesday, 14 November 2012

awal muharam

4 comments :
Assalaam..
 
Kenangan semalam kita tinggalkan pergi..
Kini kita melangkah ke depan kerana Ilahi..
Harus kuat lagi bersemamgat... 
menghimpun pahala perbanyakkan taubat..
dengan keizinan Nya juga..

Salam maal hijrah untuk semua sahabat, pembaca dan rakan blogger. kisah  lalu jadikan pedoman, hadapi masa depan dengan keazaman dan penambah baikan. Semoga segala urusan kita dipermudahkan. Insyaallah...
salam maal hijrah.

Tuesday, 13 November 2012

teknologi canggih..

7 comments :
Assalaam..
canggihnya teknologi masa kini..
akk cuma tumpang gembira mengunakannya..
menyenangkan lagi tugasan penjagaan bayi..
tak perlu bergegas, terjengok2 apa yang di buatnya..heheh
 

alatan  yang sangat praktikal..

masa akk memasak atau buat kerja2 di dapor, tak perlulah akk nak menjengah si baby yg sedang tidur di bilik. tengok diskrin aje..nampaklah pergerakan dia..
senang bukan!
 
 

Wednesday, 7 November 2012

samsung galaxy tab 7.0 plus

9 comments :
Assalaam..
 walaupun akk dah berusia..rasanya akk tak nak ketinggalan dalam mengejar/belajar/menggunakan teknologi terkini..
masa memula akk membeli Samsung galaxy tab 7.0 plus beberapa bulan lalu..akk cuma terfikir senang nak update blog  dan membaca entry blog rakan2 blogger akk. sesekali akk dapat berfacebook..baca berita semasa..cerita politik sambil akk duduk dalam kereta sementara menunggu papa buat kerja dia..dah dikira puas hati dah. dirumah akk lebih selesa guna laptop aje..

semasa bulan ramadhan lepas..akk nampak ramai di kalangan wanita muda mengunakan ipad dan Samsung tap untuk bertadarus selepas solat terawikh. kumpulan yang sebaya akk lebih selesa membawa kitab alQuran seperti biasanya. akk memang teruja nak mengikuti langkah mereka mengdownload ayat alQuran kedalam Samsung galaxy tab 7.0 plus akk. senang kan nak dibawa kemana2..bila2 masa boleh membaca alQuran. hanya baru2 ini saja akk berpeluang mengdownloadnya..itu pun dengan bantuan Oya..:))

 kenyataannya memang sangat menyenangkan. bila2 masa akk pergi kemajlis khatam alquran atau majlis bacaan yasiin..akk tak perlu membawa kitab. cukup dengan sebuah samsung galaxy tab 7.0 plus akk yang sederhana besar..muat2 dalam handbag akk yang tak berapa nak besar..
begitulah canggihnya zaman nie kan..
rugi kan kalau sesiapa yang kat luar sana..( yang sebaya akklah..) yang tak mahu mengikuti perkembangan teknologi terkini..ihihhi

selepas download klik saja pada surah pilihan..

tentunya setiap malam( dengan izin Nya jua) dapatlah akk membaca surah ini. fadhilatnya..cer kita google sesama..:))





Monday, 5 November 2012

impian terlaksana

10 comments :
Assalaam..
apa khabar semua rakan akak..harap semua sihat ye..
akk ni rasa macam tak sihat jer.. disebabkan cuaca yg tak menentu ni kan..sekejap panas ..sekejap hujan. dengan lambakan kain baju yang lembab lemau jer..letih nak mengelolakannya. dahlah tak berapa nak kering..dah tentu tak berapa sedap nak pakai..huhu
belum bab halaman rumah yang setiap kali hujan air bertakung. habis semua pokok bunga rose akk musnah kena penyakit..huhu. banyak dah akk mengeluarkan RM untuk membeli benih2 pokok rose..tak sampai setahun dah ranap sebahagiannya. tinggal beberapa pasu saja yang masih bertahan..
dah tua2 ni memang letih nak menguruskan semuanya. @ last nanti akk tanam pokok pisang aje..hehe

*******************
Alhamdhulillah ..impian papa dah pun terlaksana minggu lepas.impian akk juga! hehe
memiliki barang baru tentulah seronokkan. papa dah mencuba. cuma akk yang belum ada kesempatan lagi. tunggulah lepas Oya habis pantang nanti..bolehlah akk  drive jalan2 makan angin..:))

ini bukan gambar sebenar..ini pinjam cik google punya..

kekadang kita tak sangka akan kemampuan diri. berkat sabar..displin..berusaha..berdoa dan tawakal dan dengan izinNya jua..insyaAllah..Allah akan meminjamkan kepada kita.. apa2 yang kita di hajati..Amin ya Robbal 'Alamin..
 


cucu dalam pantang..nenek nak berinternet..hehe

8 comments :
Assalaam..
sekarang ni akk jarang dapat update blog dan blogwalking.line tenet akk kan ke slow sangat. kalau buka internet pun sebab nak online banking atau pun yang penting2 saja. itupun makan berjam jugak. sesekali dapat ber FB pun dah kira happy. beginilah zaman sekarang inikan..talian internet dah jadi satu kemestian dalam sesebuah rumah.kalau takde internet rasa macam serba tak kena dan dunia jadi gelap gulita..heheh
masa zaman takde internet dulu2..kejenya..ngadap tv 24jam kan!. larr ni tengok tv pun pilih cerita yg bes2 jer.. ikut kesesuaian usia..:)
malam tadi baru dapat terjah beberapa blog kekawan. banyak dah akk ketingalan membaca entry2 blog feveret akk. 
kebetulannya..malam ini cucu yang akk jaga dalam pantang tak banyak meragamnya. memang dia tak banyak meragam pun. biasanya bayi yang menyusu badan tidak banyak kerenahnya. nyenyak aje dia tidor. bila time nak menyusu baru dia terjaga. hari ini dah 28 hari usianya. cepatnya masa berlalu kan..lagi beberapa minggu dah nak habis pantang..hehe
belum habis pantang dah pandai nak ambil angin kat luar ye!..

minggu depan line unifi dah boleh pasang kat  rmh akk ni. happynya akk! berebutlah pulak nanti diaorang nak tengok TV. ada peminat astro..tv1,tv3 dll. pasal tv tak jadi masaalah dah ada 3 bijik. masaalahnya yang mana nak di utamakan. ruang menonton kat bawah tu nak letak astro ke unifi ?
kenalah pilih salah satu. rasanya unifi tu kena letak kat family room tingkat atas kut! akk tak kisah sangat nak letak mana2 pun..akk bukan kaki tengok TV pun!..yang penting akk dapat berinternet laju2..yeeeeh..haaaa!!!

Friday, 2 November 2012

Apa apa jerlahhh..

4 comments :
Assalaam..
Tadi baik now mengantuk..
Dah masuk bilik awal..ingatkan boleh tido awal..tapi mata ni tak boleh pejam.banyak sangat benda berlegar kat dalam kepala nie. Klau tau tak bleh pejam mata..baik akk tunggu cerita adam ngan hawa tadi..huhu
Dalam bilik nie dok mengodek notebook yg dah lemau lembab..di tambah pulak dengan tenet yg terhincut hincut macam siput. semuanya akk rasa slow.bersabarlah rose..satu hari nanti akan jadi laju semuanya. Memanglah ada masa dan ketikanya kita jadi serba tak kena..huhu