*

Saturday, 27 October 2012

Tungku Tradisional vs Tungku Moden

8 comments :
Assalaam..
Salam Aidil Adha hari kedua..
tak sempat nak ucap selamat dan salam  diawal sambutan Aidil Adha di sebabkan akk ni dah kesibukan sangat..sampai tak sempat nak berinternet.nampak gaya nya akk kena kurangkan masa berinternet di sebabkan masa akk banyak akk gunakan untuk menjaga cucu baru akk sehinggalah habis pantang. apa pun akk tetap berblog walking ke blog kawan2 bila akk ada kesempatan ye!

*****..*****
()
kalau nak bercerita hal2 orang dalam pantang * perempuan lepas bersalin kena jaga pantang larrang selama 44 hari..ada juga sampai 100 hari..heheh. laratke nak berpantang sampai 100 hari..huhu* banyak benda nak di ceritakan dan sebab musababnya..
bab pantang larang perempuan lepas bersalin nie lebih di titik beratkan olih kaum melayu aje kut. tak pernah tanya pulak bagaimana kaum lain menjaga pantang larang selepas mereka bersalin? akk tengok diaorang ok jer..lepas bersalin seminggu dah memanjat shopping kompleks.tak kisahlah apa diaorang nak buatkan..
yang penting kita jaga diri anak2 kita semasa dalam pantang seperti emak/nenek kita jaga kita dulu..
masa dalam pantang barang yang wajib ada ialah tungku selain jamu, barut/bengkong dll.
tungku sebagai pemanas badan.di katakan dengan bertungku..tempat peranakan/rahim yang bengkak akan cepat mengecut dan kering. ia juga boleh memanaskan badan secara tak langsung boleh memecahkan lemak dalam badan yang terkumpul semasa mengandung.
biasanya waktu paling sesuai untuk bertungku pada sebelah pagi waktu terbangun dari tidur.waktu itu kedudukan peranakan/rahim sedang2 elok di tempat kedudukan yang asal. masa dalam pantang posisi tidur hendaklah dalam keadaan terlentang..di larang sama sekali tidur sambil mengiring..hehe. * orang dulu2 kata naik bantal sandar..tidur sambil duduk* budak2 sekarang mana percaya benda2 nie semua..ahaks
pada sebelah malam sebelum tidur..juga paling sesuai. baring pada posisi terlentang sambil bertungku..sampai tertidur..huhu
kalau rajin amalkan..insyaallah peranakan/rahim cepat mengecut dan kering..
*******
ini tungku tradisional yg di buat dari 100% besi. bakar tak sampai 10 minit dah dapat kepanasan yang maximum. ketahanan panasnya sampai satu jam. berat tungku  besi dekat2 2 kg lebih *tak timbang pulak* zaman akk dulu pakai batu sungai.nak cari batu sungai tu..sampai ke sungai Gombak kami pergi..huhu
sekarang tak jadi masaalah nak cari batu sungai..melambak kat kedai menjual bunga sepanjang jalan Sungai Buloh..


haah..yang ini pulak tungku moden. senang nak mengendalikannya. pasang plak petik suis. siapp! bertungkulah nak lama mana pun!
masaalahnya tak boleh nak di acukan sesedap rasa..
setakat letak2 saja di kawasan yang rata.untuk memecah lemak di badan bolehlah agaknya!..hehe
tak kisahlah nak guna tungku yang mana satu..asalkan bertungku demi untuk menjaga kesihatan dalaman..
jumpa lagi nanti..sayang semua ..muuuuaaahhhh!
  

Wednesday, 24 October 2012

bolehkah mengelak takdir..

4 comments :
assalaam...
kalau dah takdirnya begitu..nak buat macamana kan..
orang kata jodoh pertemuan..ajal dan maut telah di tentukan di tangan Allah..
akk tak nafikan perkara ini. suka atau tidak jika sudah di takdirkan perkara yang kita tidak suka berlaku juga.. walaupun kita telah berusaha mengelak..kenalah kita redha dengan ketentuannya..

hari sabtu lepas sebelah pagi..akk minta papa belikan akk tepung beras.akk nak buat kuih kasturi..prepare buat tetamu akk kut2 ada yang nak datang pada hari minggu nanti. maklum Oya kan dalam pantang..kekadang ada tetamu yang tak di jangka datang. bila dah siap2 buat..bahan pun dah ada senang nanti.. tinggal goreng aje.
tapi.. papa dah salah beli..dia belikan akk tepung pulut pulak..
 papa kata..takpelah nanti petang papa belikan tepung beras..

bila papa balik sebelah petang.. papa beli lagi sebungkus tepung pulut..huhu
  apa ni papa! papa beli tepung pulut lagi ye!!?
 yeke? tadi abah tengok ada tulisan rice..bla..bla.bla.
ggrrrrrrr!!!
memanglah..tapi papa kena baca betul2 lebel tu!
kalau senang lagi papa kena cham..lebel tulisan kaler merah tepung beras..label tulisan kaler biru tepung pulut!
Ooooo..yerker! haah yerlah! nanti abah beli lagi!!
bunyi dah macam tak ikhlas jer..huhuh 

sebelah malam balik dari masjid..baru papa dapat beli sebenar2nya tepung beras..hehe
esoknya..pagi2 lagi akk memulakan operasi membuat/mengoreng kuih kasturi..hihhi
eh! kenapa lain macam aje kuih ni? tepung dia tak rangup maccam selalu.lembek aje! semua bahan/resepi akk guna sama macam selalu!
masa akk berkemas2 akk nampak bungkusan tepung beras elok aje terletak atas meja.
lorr.. ada lagi tepung beras ni! tadi tepung apa yang akk guna?
bila akk belek balik bungkusan..rupanya akk dah gunakan tepung pulut untuk mengoreng kuih kasturi akk...huhu
nasiblaa kaulah labu..kalau dah itu takdirnya. puas ku elak..nakkan tepung beras juga!
kesudahannya ku dapat tepung pulut juga..
apa lagi..lemaulah jawapannya gorengan ku!!!!!! uhuhuhu..






 

Tuesday, 23 October 2012

minta tolong!!!!

8 comments :
Assalaam..
akk selalu kata pada diri sendiri..takpe kalau orang buat kita..tapi jangan sekali kita buat kat orang balik. selalu juga kata pada diri sendiri..kalau kita selalu tolong orang tak semestinya orang tu akan tolong kita balik. tapi akan ada orang lain yang tolong kita..

 tapi..
apalah namanya adik beradik, saudara mara..kalau tak saling tolong menolongkan!
tapi kalau kita yang selalu menolong..bila sesekali part kita mintak tolong pulak dia tak boleh nak tolong..camne tu.. 
 maknanya memang betul kata 2 kat atas tu..orang yang kita selalu tolong ..belum tentu boleh menolong kita..
 
kecewakan!!!!!!!!!!!!!!!!

sedih sbb pinjam gmbr cik google..hehe


Friday, 19 October 2012

Impian yg maximum..

6 comments :
Assalaam..
entah apa mimpi papa..sejak kami berulang alik hari2 ke PPUM menunggu hari dan masa dan saat kelahiran cucu kami yang ke7, papa selalu menyebut tentang impiannya..
akk mengiyakan saja tanpa banyak tanya..tak terfikir pun begitu jauh sekali impian papa.. walaupun selama ini dia sering juga menyebut tentang impiannya...tapi tak terjangkau dek fikiran akk yang impian papa akan jadi kenyataan..huhu

agaknya masa papa kecik dulu..berangan camni kot! 
gmbr pinjam cik google punya..

bila mengenang zaman susah kami di masa kecil/muda dulu..apalah salahnya bila ada lebih sedikit rezeki  kami ingin merasai kenikmatan hidup yang Allah beri. lagi pun tanggungjawab besar kami semuanya sudah selesai..Amin.
semuga Allah mempermudahkan urusan papa untuk mencapai impiannya..Amin.


Friday, 12 October 2012

makan..makan..

8 comments :
Assalaam..

Bila kebizian melanda  didunia realiti..akan kesunyianlah dunia maya ku ini..huhu..
sesibuk mana pun kita..makan tetap makan!  kan! kan! kan! 
:))))

Bulan ini penuh dengan aktiviti makan makan. mulanya  ateh/nadia belanja kami makan di johnny's restaurant jusco bukit raja..


menyusul pulak minggu berikutnya..nazry/oya belanja makan di halim lai..




dan beberapa hari selepasnya..anas/nora pulak belanja di tempat yang sama. dah tentu berlainan menunya..


 semuanya sedap2 belaka. best kan kalau ada anak ramai..sebulan penuh anak2 belanja makan..mak/ ayah tak payah buat apa2..heheh
ala..joke joke saje!



Monday, 8 October 2012

macamana nak redakan tekanan

9 comments :
Assalaam..
 apa khabar semua? harap semuanya sihat sejahtera ye! akk pun sihat juga dan masih di beri peluang untuk menikmati nikmat yang di berikan olihNya..Amin..
Anak akk Oya telah selamat melahirkan  baby boy yang beratnya 1.95kg pada 6 october lepas..awal dua minggu dari tarikh due datenya..
seperti yang telah dijangkakan olih doktor, kelahiran baby secara normal..dengan sedaya upaya dan usaha Oya dan hampir2 dibedah. Alhamdhulillah.. semuanya sihat dan selamat..

sehingga malam ini..mereka berdua belum boleh balik  kerumah lagi. ada masaalah teknikal di hospital..lagi pun baby kena jaundice..huhu

******
semasa Oya sibuk di hospital..ibunya yang rasa tak tentu arah. sementara menunggu perkhabaran..sempat lagi akk pergi jalan2 kesana kesini..hihi
nak meredakan tekanan..
 jom kesubang parade!
ada sale 20%.pastu belian RM150 dapat voucher RM10..
akk dapat voucher RM20..
pastu..apalagi! yummy..yummy!


terima kasih ye..kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

Friday, 5 October 2012

Guilin hari kedua part 2

11 comments :
Assalaam..
bersambung cerita bergambar akk ke guilin..
susahnya nak mengarang cerita jalan2 ni ye. nak2 kalau dalam keadaan tergesa2. akk tepek gambar buat cuci2 mata ye..



keluar dari cave crown..kami di sambut dengan berbagai jualan dari hasil ladang dan tangkapan nelayan tempatan..

sebenarnya akk ada ambil video..kena belajar godek2 dulu.. camna nak tepek..heheh

gamabr yang  ini cik google punya.. 

menangkap ikan secara tradisi masyarakat tempatan mengunakan burung cormorant fishing. part ni kesian tengok burung ni..tersiksa dia bila lehernya dijerut supaya ikan yang di tangkap tak boleh di telan..
betapa jernihnya air..sampai nampak kedasar yang di penuhi rumput rumpai.gambar akk ambil dari dalam boat..
 
di sepanjang tebing sungai kami nampak perkampungan nelayan.banyak itik bebas berenang menyusuri sepanjang sungai. sesekali kami nampak penduduk sedang membasuh pakaian di tebing sungai. kalau di tempat kita..mungkin keadaan ini berlaku 50-60 tahun dulu kot..hehe

salah satu lauk makan tengahari pada hari itu.udang fresh tangkapan nelayan..
sedap ni!!.keladi rebus yang di jadikan cekodok..pastu di sira gula..

 kami tak makan daging itik! tapi kat sini papa makan juga. sedap katanya..


nak interframe jugak tu! hahah 
terima kasih ye..kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

Thursday, 4 October 2012

menyambut kelahiran baby..

9 comments :
Assalaam..

berdebar2 rasa hati..itulah yang akk nak kongsi pada pengunjung blog akk..
esok pagi jumaat.. di jangkakan Oya akan ke PPUM menjalani altrasound. apa masaalah dia..akk tak berapa pasti. akk bukan tahu sangat hal kehamilan zaman sekarang nie. banyak sangat nama2 rawatan tentang kehamilan..
 yelah..last akk hamil dah 26 tahun dulu. masa tu yang akk tahu..mengandung berapa bulan..buat rawatan asas..pastu tunggu lah masa/ketika sakit nak bersalin. tiada makanan tambahan..tiada ubatan. pergi klinik pun kerajaan punya..percuma. heheh. terlebih minggu ke..terkurang minggu ke..semuanya secara normal..huhu

Dijangkakan Oya akan bersalin awal dari tarikh due 20 Oct. *sama tarikh besday dia *
kenapa? doktor kata air ketuban kering sangat. mungkin akan ada implikasi bada baby. jadi doktor terpaksa induse untuk cepatkan proses bersalin. kalau tidak boleh bersalin secara normal..Oya akan melalui pembedahan. harap2 biarlah Oya selamat bersalin secara normal...
 kawan2.. akk mohon kawan2 tolong doakan Oya selamat melahirkan dan di beri kesihatan yang baik untuk ibu dan babynya ye!!..

nampak bakul tu? Insyaallah..dapat generasi kedua akk pakai. bakul akk beli semasa Oya masih baby lagi. kalau pergi kemana2..akk isikan bedak ,syampoo, sikat, losen dan keperluan lainnya. kekadang isi botol susu jua..heheh


sikat kutu ni akk dapat dr no bertuah..semasa family day di Port Dikson dulu.ada juga gunanya..buat bersihkan rambut baby nanti. kekadang kepala baby banyak kotoran..tak hilang kalau takat di syampoo.guna sikat ini di jamin bersih.* mengikut pengalaman akklaa..
 semua persiapan  Oya dah buat..adalah sikit lagi yang belum cukup..
 mungkin akk tak dapat blowking lagi selepas entry ni..ada masa akk akan curi luangkan masa menjelajah blog kawan2 semua ye..akk dah terbizi ni..

jumpa lagi..daaaa..


resepi teh bunga krisantimum

7 comments :

Assalaam..
Biasanya bila bulan puasa baru akk dapat minum air teh bunga krisantimum yang fresh. itu pun sbb along /illa yang suka beli di pasar ramadhan semasa mereka datang berbuka puasa di rumak akk. mereka tahu yang akk suka minum air teh bunga krisantimum. khasiat air teh bunga  boleh menyejukkan badan. sesuai sangat dengan cuaca sekarang yang panas. biasanya papa selalu beli dalam kotak besar untuk stok minuman kami..
baru2 ni..akk kepasaraya yang baru  buka  di seksyen 15 Shah alam. biasalah kalau ada pasaraya baru..akk rajin meneroka..mencari barang2 apa yang paling murah daripada pasaraya lain..
akk terjumpa teh bunga krisantimum ada banyak di rak.ada dua jenis bungkusan..satu besar dan satu lagi kecil. berat bungkusan yang besar akk tak pasti tapi yang kecil beratnya 100g harga dalam kurang rm5..tak ingat dah..;P
*******
pagi tadi masa nak buat air teringat nak minum.
ahh!! tak tau pulak cara nak masak! 
cer google!..cer google!!

akk terjumpa blog nasirnasir.com
kat situ ada resepinya dan akk copy paste saje..





Bahan-Bahan (untuk satu jug 800ml) :
10-20 bunga krisantimum
gula batu / madu lebah
air panas  * akk masak air dalam periuk bersama gula batu..rebuskan teh sekejap 
pewarna kuning (jika mahu)  * akk tak bubuh..lebih suka warna aslinya

Cara penyediaan:
1. Basuh sekejap sahaja bunga krisantimum * akk rendam sekejap..dah kembang akk buang bendasing..takut juga kalau ada benda yang tak di jangka..hehhe
2. Masukkan bunga krisantimum dalam air panas, biarkan bunga kembang dalam air panas selama 5 minit
3. Masukkan pemanis (gula batu / madu) mengikut citarasa anda
4. Masukkan pewarna kuning untuk warna teh yang menarik (jika mahu)
5. Boleh tambah ais untuk hidangan sejuk
6. Boleh ganti gula batu atau madu, dengan gula biasa.. cuma bila guna gula batu / madu, rasanya lebih sedap lah!
7. Di mana nak dapatkan bunga krisantimum tu? senang sahaja.. cuba cari di kedai ubat cina.. selalunya memang ada di situ.. harganya lingkungan rm40-rm80 sekilogram.. Ada dijual dalam bentuk timbang dan paket.. Selamat Mencuba!

dah tahu cubalah ye. lepas ni..air minuman ini pasti menjadi hidangan buat tetamu yang datang ke rumah akk. fresh dari daporku..walla...


terima kasih ye..kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

Wednesday, 3 October 2012

menyambut kelahiran

8 comments :
Assalaam..

sedikit bicaraku di pagi rabu..
persiapan menyambut kelahiran orang baru..
 

jumpa lagi..daaaa...

Monday, 1 October 2012

akk dah ok dah..

9 comments :
 Assalaam..
Semenjak selesai majlis perkahwinan Oya akk seperti hilang semangat untuk menghadirkan diri kemana2 majlis perkahwinan. kalau pergi pun setakat memenuhi undangan..makan.. pastu balik. akk tak terasa nak lepak lama2 seperti yang akk selalu buat sebelumnya..
Tempahan atau undangan kemajlis cukur rambut pun kebanyakkannya akk tolak. akk rasa nak berehat buat sementara waktu ini..huhu

*******
sebenarnya semasa majlis perkahwinan Oya dulu..banyak benda yang akk tak dapat realisasikan mengikut perancangan akk..
dalam keadaan tergesa2 nak  berpindah rumah baru..banyak urusan berkaitan dengan thema/jamuan majlis..urusan penghantaran kad jemputan..juru photo..dll, tidak dapat di uruskan dengan sempurna..huhu
*****
tapi majlis perkahwinan anak kawan rapat akk yang ini..mengembalikan semangat akk untuk menghadirkan diri kemajlis2 perkahwinan..
bermula majlis perkahwinan di D'Palma Inn Shah Alam ini..sangat mengembalikan semangat akk. Kononnya majlis begginilah yang akk  rancang buat oya. tapi tiada rezeki..nak buat macamana ekk! 
 jadilah...akk cuma sekadar membayangkan majlis gaya ala2 inggeris yang indah dan romantis ini buat Oya..hehehe





 ****

semalam pulak akk kemajlis perkahwinan anak kawan rapat akk...
thema ala2 gaya inggeris memang sweet sangat.
sempat bergambar bersama pengantin selepas majlis khatam AlQuran..

Nilam Sari..unik nama pengantin nie..

kenangan bersama Nilam semasa majlis malam berinai.Oya pun dah sesize ibunya..hehehe

terima kasih ye..kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.