*

Friday, 31 August 2012

kuali memanggang

8 comments :
Assalaam..
peralatan masak memasak baru kepunyaan akk..
senang sangat nak gunakan dan boleh menjimatkan masa dan tenaga dan jimat belanja..
sesiapa yang nak berdiet, tidak sukakan makanan yang berminyak, suka kepada makanan yang berpanggang atau bakar bolehlah beli peralatan ini.murah saja.Dilangkawi harganya RM65 kalau tak silaplah. semua jenis makanan boleh di panggang dengan masa yang tidak sampai 10 minit...

 ia ada beberapa size saje. yang ini paling kecil sekali..

akk mencuba panggang 3 ketul ikan pari dan sebiji kentang. lebih kurang 5 minit sudah masak. kentang masak sepenuhnya dan isi ikan lembut tidak keras.

terima kasih ye..kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

Thursday, 30 August 2012

hari jadiku

4 comments :
Assalaam..
 Lama dah nak mengentrykan sambutan birthday akk pada february lepas, tapi tak sempat atau rasa malu lak! hahah
surprise dari anak menantu tapi tidak menjadi..ada saje sebab yang menjadikan maklumat  terbocor..heheh
terimakasih anak anak ku..mama ibu bangga dengan kamu semua..
di kesempatan ini mama ibu bersyukur pada Allah yang menganugerahkan zuriat yang sangat comel semasa kamu masih bayi dan kanak kanak dan anak anak yang aktif, cerdik dan pandai semasa kamu di alam persekolahan. mungkin zaman remaja kamu ada sedikit salah silap yang telah kamu lakukan..itu pun di sebabkan kecuaian kami tidak memantau pergerakan kamu, tapi akhirnya kamu telah bangkit dan menjadi anak anak kebangaan kami. tidak kiralah antara kamu berpelajaran/berjawatan tinggi atau tidak, di mata kami kamu semua adalah sama yang kami lahirkan dengan rasa kasih sayang, walaupun kekadang kami terlepas pandang dan tidak pandai untuk menzahirkan kasih sayang itu. maafkanlah kami!!!!
kami sangat bangga dan sangat  sayang kamu semua!!!
:)))))
 
mama ibu mengucapkan ribuan terimakasih di atas majlis ini..heheh macam berucap dalam majlis politik lak! hahaha..
mudahan kamu semua murah rezeki..tahun depan buat lagi ye..:)))



rasanya macam baru dapat cucu..tetiba jer dah besar..

acara yang menyeronokan..berebut makan, makan, makan..
masa ni apa yang di fikirkan anas dan nora agaknya? makanan tak cukup lagi  ke? banyak dah menu tu!





semuanya sedap2.masa upload gambar ni terliur pulak..rasa nak pergi makan lagi..hihi


semuanya 16 orang ahli keluarga..tak lama lagi bertambah lagi sorang..






minta maaf..gambar bersepah tak ikut susunan. ada masa nanti susun semula.

tumit kaki pecah?

8 comments :
Assalaam..
semasa mengunjungi sanak saudara di musim perayaan tentu kita banyak berjalan kan? mesti ada yang sakit2 kaki dan sampai pecah tumit kaki atau kematu dek kerana terlampau banyak sangat berjalan..heheh

kat sini akk turunkan pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah..

kalau inilah rupanya tumit kaki yang pecah..tersandung kekulit..mak ai sakitnya!! 


  Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga kulit kaki yang keras hilang

 Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan. 

 Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh 

Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.

 Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.

 Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.

Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.

selamat mencuba..mudahan masalah tumit kaki yg pecah akan pulih semula ..insya allah..




Monday, 27 August 2012

4 comments :
 assalaam..
selamat pagi hari isnin..
cuti2 raya dah habis. aktiviti harian berjalan seperti biasa.
memulakan hari pertama di susuli lima hari berikutnya..insya Allah..

selepas seminggu beraya baru dapat upload gambar raya.
 




 
terima kasih ye..kerana sudi singgah dan membaca catatan kakyon@kakrose.insyaallah akk akan singgah jua di blog adik2 semua...:))

Sunday, 26 August 2012

masak masak dan makan makan..

4 comments :
 Assalaam..
selamat pagi.
hidup ini tidak boleh lari dari masaalah..
sebesar mana pun masaalah..kena hadapi dengan perasaan tenang dan sabar..
salah satu masaalahnya ialah tak boleh berhenti makan!
hahahahha!

selepas raya pun masih masak memasak..offkos lah makan makan dan makan..
acara makan makan boleh merapatkan hubungan kekeluargaankan! 
apa lagi..masak masaklah..ajak adik kakak abang, ipar duai datang makan makan airtangan masakan kita pulak!
:)))
 
rendang daging yang akk masak semalam
nak resepi ada di sini..

terima kasih ye..kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

Friday, 24 August 2012

selamat hari raya

5 comments :
Salam aidil fitri..
sudah hari kelima kita menyambut  bulan syawal. rasanya belum terlambat untuk akk nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. 
berminggu akk tidak meng updet blog ini..lembab jer macam cuaca kat luar tu sejuk beku kekadang suam suam kuku.mungkin faktur usia yang dah nak masuk kilauan emas kut yang buat akk rasa tak sempat nak mengejar masa yang pantas sangat berlalu..huhu
sambutan hari raya tahun ini biasa2 saja. tidak berlebih atau berkurang. beza nya..kegembiraan akk bertambah meraikan kehadiran ahli baru keluarga kami berhari raya dan dapat kemasjid menunaikan solat sunat aidl fitri bersama sama.
sesi gambar bergambar tidak semeriah dulu dulu. yang menjadikan meriah kalau ada cucu cucu beraya bersama. riuh rendah mereka itu yang menghiburkan, menjadikan suasana raya meriah dan ceria.
 balik semula ke rumah sendiri di shah alam selepas raya..sunyi sangat rasanya. jalan raya lengang, rumah, kedai tertutup rapat. masa inilah baru merasa memandu kereta tanpa tekanan dengan trafik...tenang dan lapang..kiranya jalan raya ini analah yang punyaa..!heheh
selepas puas menjamu selera hampir seminggu dengan makanan ketupat, nasi impit, rendang daging dan ayam, kuah kacang, kuah lodeh dan sambal goreng..mari kita bertukar selera pulak nak?
akk masak lemak tempe untuk hidangan makan malam semalam..

dua keping tempe sebesar tapak tangan yang akk masak..habis licin kami berdua makan..
nak kan resepinya ada di sini..


 jumpa lagi..daaa~~~




Thursday, 16 August 2012

tersalah rancang

4 comments :
Assalaam.. 

 beberapa hari lagi nak raya..tetiba akk jadi sibuk. maknanya mood raya sudah ade. sebelum ni akk macam orang takde perasaan. bak kata orang kampung akk..ngko sajek ajer!! heheh
yang menjadikan mood akk datang..bila dapat tahu kueh raya yang akk tempah dari seorang pengedar tidak dapat dilaksanakan..huhuh
habislah akk..tak berkueh raya lah rumah akk tahun nie! bukan takde langsung..papa ada oder 2 jenis, akk oder dgn nora sejenis...ingatkan bila akk oder lagi 3 jenis..cukupla kan. kalau beli banyak2 pun bukannya habis dimakan. lebih banyak ke perut en tong saje...heheh
makanya akk terpaksalaa kena  buat beberapa jenis biskut..huhu. itu pun kalau sempat! dah tinggal berapa hari aje lagi nie? kalau tak, ke kompleks PKNS laa jawabnya. ikut pengalaman akk kuih raya yang jual kat sana kebanyakkanya dah xpired.baru seminggu raya dah tumbuh cendawan. bab rasa toksah nak cakaplah..rasa tepung dan gula saje..hehe.

buat masa ni akk tengah tunggu orang repair dapor akk yang tak siap2 lagi. berhabuk sana sini. ingatkan dia buat sikit aje..rupanya sampai pecah dinding bagai. baru lepas berkemas semalam..huhuuh
akk dah tersalah rancang. rancangan yang akk rancang tak menjadi..hihi
*_*

apa pun..dalam pada tengah runsing ada juga sedikit kegembiraan. akk dapat panyata kredit kad dari citi bank. ada voucher rm20 didalamnya. semalam pun baru  akk dapat claim jusco point rm20 juga..

pssst..napelah netbook akk ni takde blutooth, nak anto gambo pun susah.kena cari wire kamera baru boleh masuk gambo..huh
terima kasih ye..kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

Tuesday, 14 August 2012

duit raya

17 comments :
Assalaam..
sambutan hari raya tak meriah kalau takde duit raya kan? yang menjadikannya  meriah kanak2 lah.. seronok mereka mengumpul duit raya yang mereka dapat.
mak bapak pulak sibuk menukar duit raya baru di bank yang akan di sedekahkan kapada kanak2 lain..
kiranya.. bertukar2 duit raya laa ni..hihi
semuanya kena budgetkan? berapa agaknya persediaan budget duit raya rakan blogger untuk tahun ini ye?
pada akk sekadar yang mampu saja. taklah berlebih atau berkurang. asal dapat mengembirakan hati anak2 saudara dan cucu cucu saudara..kira oklah.
jangan sampai..nakkan sangat bersedekah jariah.. belum habis raya duit belanja pun dah takde. nanti kena pinjam duit raya anak2 pulak..heheh

cakap pasal duit raya..mesti nak sampulnya kan?
selain duit raya yang jadi topik perbualan kanak2 semasa berkunjung kerumah saudara mara..sampulnya pun menjadi bahan bualan juga. kanak2 boleh mengenal melalui sampul duit raya..yang ini siapa beri...dan berapa RM isi di dalamnya? heheh
jadi.. nak mengIDkan sampulnya kenalah pilih satu corak saja.
tahun ini tak banyak dapat sampul duit raya. sampul yang ada semuanya dari tahun lepas.

Oya dan Illa saling bertukar sampul duit raya. mereka tak nak mengunakan sampul diut raya dari bank memasing..kenapa ntah! adalah sebab tuh..heheh

selamat bersedekah di hari raya..berhati2 dijalan raya dan selamat hari raya..

terima kasih.. kerana sudi membaca catatan kakyon.

Sunday, 12 August 2012

sudah ramadhan keberapa ni?

No comments :
Assalaam..
cepat nya masa berlalu..ramadhan ke berapa ni?
baru nak warm up merajinkan diri kedapor memasak untuk iftar..ramadhan pulak dah nak berlalu pergi..huhu
belum pun banyak amalan yang sempat dilakukan di ramadhan kali ini.. shawal pulak sudah mengintai tak sabar mahu menjengahkan dirinya..
makanya.. buatlah apa sahaja yang termampu..
namun..kakyon@kakrose bersunguh2 membuat apa yang termampu olih kudrat yang bersisa entah berapa lama lagi....

selama 3 hari iftar sendirian di rumah akk sudah dapat merasakan beginilah ( mungkin ) rasanya kebanyakkan ibu2 yang di tinggalkan olih anak anak sendirian di rumah. sunyi sepi takde kawan untuk berbual sambil makan. makan pun macam tak berselera. apa nak buat kan kalau itu sudah ketentuan takdir. takkan nak salahkan takdir pulak kan ? kena hadapai walau apa jua yang berlaku..kehidupan mesti di teruskan..

*-*
 
sebenarnya pekerja papa dalam cuti..balik kekelantan ziarah saudaranya meninggal dunia.jadi.. selama 3 hari dia bercuti, papalah kena ganti jadi driver menghantar pekerja kilang balik. inilah nasib berkerja sendirikan..awaklah bos awaklah juga perkerja.kadang2 pekerja cuti.. awak yang kena buat  kerja. Syian papa terpaksa iftar dalam van kilang. bukan dia sorang saje..pekerja kilang pun iftar dalam van juga.
sebelum pergi jam 6.30pm..papa siap2 bawa bekal makanan dan minuman..hihihi..
macam budak sekolah plak..hehehe

masa ni lah pulak mood nak memasak pun datang..

rajinkan akk!..siap buat karipap sadin..

agar agar gula melaka..

rendang ikan tongkol..
yang lain2 tak special pun..tak nyempat nak berposing..
jumpa lagi esok ye..daaa..

terima kasih ye..kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

Thursday, 9 August 2012

menu ramadhan ke18..

11 comments :
Assalaam..
Alhamdhulillah..di beri keizinan untuk menikmati keramadhan  yang ke20..

diramadhan ke 18 lepas kakyon@kakrose merajinkan diri memasak lauk yang akk rasa teringin nak makan. ek ele..rajin sesangatlaa konon!heheh

akk teringin nak makan ketam goreng telor masin yang pernah akk makan di sini. masakkan ini pada akk tak jadi lauk pun..sedap di ratah begitu saja~~
nak resipi ada di sini ye ~~

rajin tak akk? hihih
ayam goreng berempah, taufu jepun bersos tiram, ketam goreng telor masin dan tumis sayur togeh. sedikit kuih mueh beli di param dan buahan.. 
tengok jangan sampai terliur ye..
daaa...

terima kasih ye..kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

Wednesday, 8 August 2012

janji mesti di tepati..

4 comments :
Assalaam..
sedap bunyinya slogan 'janji di tepati'..:)
berjanji memang senangkan main cakap aje..tapi nak menepati janji tu yang susah!
apa yang kakyon@kakrose nak tulis ni takde kene mengena dengan slogan 'janji di tepati' yang heboh kini..


edit cik google punya

akk cuma teringat ada berjanji dengan sesorang yang akk akan buatkan sesuatu untuk dia. tapi di sebabkan keadaan semasa akk yang tidak mengizinkan, membuatkan akk terpaksa memungkirkan janji akk padanya..huhuhu 

tapi..sebelum akk berjanji dulu, dia berjanji akan melakukan apa yang sepatutnya dia lakukan. bila dia tidak dapat melakukan apa yang dia dah janjikan..maka akk pun buat2 lupalah janji akk tu..huhu
lupakan sementara slogan 'janji di tepati '..

peribahasa ada mengatakan..lembu di pegang pada talinya. manusia di pegang pada janjinya..
janji apakah itu?

***_***
  

 harap2 orang itu tidaklah marah pada akk kerana tidak menepati janji..
 
terima kasih ye.. kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose

Tuesday, 7 August 2012

kami buat pilihan sendiri..

9 comments :
 Assalaam..
keseronokan berpuasa tahun ini berbeza sangat dengan tahun2 sebelumnya. walaupun permulaannya di selubungi rasa sedih dan sayu kerana kami tinggal berdua saja menghadapi waktu bersahor dan berbuka puasa..lama kelamaan dah jadi perkara biasa saja...
nampaknya bertambah lembab dan lemaulah kakyon@kakrose nak kedapor..huhu
selera makan pun dah berkurang..papa pun sama. menu kami menjadi ringkas seringkasnya.kalau tidak *masa mereka tinggal bersama* harus menu penuh semeja. tambah pulak kalau anak2 semua datang..meriahlah meja makan kami..hahaha

lama tak ke restoran Azira seksyen 10 Shah Alam..
 waktu tanya papa nak makan apa hari ini..papa kata kita beli ajelah..
waktu sampai disana..akk minta papa buat pilihan, papa kata teringin nak makan kari kepala ikan.akk pulak terliur tengok asam rebus batang keladi dan ikan cencaru bakar..
So.. papa kata kita buat pilihan ikut selera masing masing..heheh

kari  kepala ikan tenggiri. kalau hari2 biasa akk yg terlebih berselera dng menu ni..hihih
kali ni papa yg terlebih berselera..

 orang2 kg yang sengkatan dengan akk..jangan nak menafikan nikmat makanan ini..hehe. asam rebus batang keladi lawan dengan ikan masin..pergh! asam rebus batang keladi dan ikan cencaru bakar *no gmbr *menaikkan selera akk..
 ini pilihan akk..nagasari, abok2, cucur badak dan bom kacang hijau.

pilihan papa popia ayam dan kueh rengas.
nampak macam akk yang terlebih makan ekk?
alhamdhulillah..semuanya habis tanpa pembaziran.papa kata lain kali pergi beli sesama..ikut pilihan memasing..baru habis di makan. kalau tak, banyak makanan terbuang kerana membeli ikut selera tukang beli..heheh
akk percaya setiap dugaan yang Allah uji..ada kenikmatan di sebaliknya..

terima kasih ye..kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

Sunday, 5 August 2012

ayam masak ungkep

7 comments :
Assalaam..
salam ramadhan..bersua kembali..
diam tak diam..dah 16 hari berpuasa ye..
alhamdhulillah puasa direct..teraweh ada juga ponteng  kesurau..tapi buat di rumah pun bolehkan..:)
semalam anak cucu semua datang beriftar bersama di rumah. akk masak nasi ambeng yang diidam  Oya. kekadang best juga kalau ada ahli keluarga yang pegnen ekk! apa yang dia teringin nak makan..semua orang dapat makan sama..hehe
lauk utama nasi ambeng..selalunya ayam masak ungkep atau ayam masak kicap.akk pilih ayam masak ungkep sbb dah lama tak makan masakan ini. biasanya emak yang masak..jadi akk ingat2 lupa dah resepi yang emak akk ajarkan.tak susah pun nak dapatkan resepinya. minta bantuan cik google, terus ke My Resepi. macam2 resepi ada..


Bahan-bahan ( 4-6 orang )

1 ekor ayam (dipotong 12, lebih elok sekiranya ayam tua@ayam kampung) akk guna ayam muda
Bahan-bahan A (untuk dikisar)
2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
20 tangkai cili padi (kalau nak lagi pedas tambahkan lagi cili padi)
Bahan tumis
Halia (dihiris nipis)
1 liter air
2 batang serai
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara-cara
Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit.
Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dihiris nipis sehingga garing.
Kemudian masukkan bahan-bahan A yang telah dikisar. Tumis sehingga naik minyak.
Setelah naik minyak, masukkan ayam. Biarkan sebentar lebih kurang 2-3 minit.
Masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukup rasa. Tutup kuali. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hancur. Tu sebab lebih elok guna ayam tua @ ayam kampung.
Biarkan sehingga kuah pekat (ala-ala rendang gitu). Kemudian bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba!!
*_*
 
bila dah ramai tu..ada aje idea anak2..malu lak dihadiahkan kek ini..ngeeeeeee..
kelakar pulak bila cucu akk si affan tak pandai nak sebut happy anniversary..spontan saje dia sebut happy kari !!..heheh
terima kasih.. kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

Saturday, 4 August 2012

masak sadin sotong, cili jeruk

5 comments :
Assalaam..
bersua kembali di ramadhan ke 14..
kakyon@kakrose lambat bw n update blog. banyak sangat perkara yang nak di bereskan..sejak dari semalam dan semalamnya..huh
tak nak celoteh lama n panjang sangat..saje nak share apa yang akk buat di dapur kecikku petang tadi..
memasak untuk juadah iftar petang tadi..
susah nau nak memikir apa yang nak dimasak. apa yang ada kat dapor itu yang di masak. sadin sotong bersos tiram..

satu tin sadin sotong buang airnya dan di cuci bersih. potong bawang besar, bawang putih, sedikit halia, sebatang serai, cili merah dan cili hijau. sedikit air asam jawa. tumis bawang putih, serai dan halia sampai wangi. masukan bawang besar dan cili potong. bila bawang sudah layu masukan air asam jawa kemudian sadin sotong. air asam agak tengelam sotong saja. bubuh garam biar masak dan kuah jadi kering sedikit. masukan sos tiram dan rasa garamnya dan perasa..
papa kata..masak sempoi pun takpe..janji sedap..
udah bininya yang masak..mistiler di kate nye sedap..:P

*_*

tak ingat bila ye..akk baca suratkhabar utusan kalau tak silap, ada chef ke apa ke..ajar cara macamana nak buat cili jeruk yang sedap. memang susah nak dapat cili jeruk yg sedap. bila makan kue tiaw goreng, nasi goreng atau mee hoon goreng pasti bertambah sedap kalau berulamkan cili jeruk..

masa akk baca tu terus hapal dalam kepala resepi dan cara2 nya..
tulis nya..
nak buat cili jeruk kenalah pilih cili hijau yang gemok dan pendek..sbb dia pedas.* akk beli cili hijau biasa kat giant sebungkus singgit lebih..
 basuh bersih dan keringkan * akk nak cepat..lap guna kitchen towel jer* bila dah pasti betul kering..potong ikut suka. dah potong tapis buang bijinya. kurang bijinya boleh buat dia tahan lebih lama..
masukkan dalam bekas kaca. kalau guna bekas plastik, cuka akan bertindak balas pada plastik..
masukan gula  *akk masukan 1 sudu dan sedikit garam*
tuang cuka separas cili  *akk guna cuka adabi* tapi chef tu tulis..kata guna cuka bermutu tinggi..tapi jenama apa dia tak habaq!..huhu

sedap dan rangup..boleh jadi pembuka selera..
selamat mencuba.

terima kasih.. kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose

Thursday, 2 August 2012

aiskrim magnum almond

6 comments :
 Assalaam..
salam ramadhan..sudah hari ke 13 ke ?
 kakyon@kakrose tunjuk gambar ni bukan nak ajak makan aiskrem.. jangan terliur sudah! kang makroh pose!
semalam..hari ini dalam sejarah..akk bersahor dengan makan aiskrim..hehe..
dah tak tahu nak makan apa waktu bersahor. roti..roti kering cicah sambal, kari, sup dan apa2 yang boleh di cicah lah. tetiba akk teringat ada aiskrim magnum almond dalam peti ais..


 masa pergi beli barang dapur hari tu terpandang aiskrim magnum almond ni. akk beli sebab teringatkan cucu2. mereka  nak datang hujung minggu ni..nak beriftar bersama.
Sebelum ni pernah beli..itu pun sebab dhani n affan yang minta. beli 2 kotak isi ada enam batang. mereka share 5 orang. Oya kata..mesti aiskrim ni sedap. dia pun share sekali..hihi
pertama kali makan pepagi buta.. ~~wahh~~ sekali gigit..krupp! gigitan kedua..krapp! pecah lapisan coklat dan almond yang menyelaputi aiskrim. ~~sejuk..lembut..dan berkrim..masuk kemulut~~uuuuuuhhh.. nyaman dan lazatmya! habis sebatang..sebatang lagi..hihi
habis sekotak kami berdua pulun..hahah
aiskrim magnum yang akk beli ni perasa almond. dia ada berbagai perasa.yang akk perasan ada perasa coklat dan classic.
alhamdhulillah.. sepanjang hari kami tak letih. macam tak percaya aje. selalu tidor tengahari sampai susah nak bangun..semalam sepanjang hari kami keluar rumah dan tak rasa apa2 pun..segar aje badan..
apa pun semuanya kuasa Allah..


terima kasih.. kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

Wednesday, 1 August 2012

sehari suntuk berjalan..

2 comments :
Assalaam..
berjumpa lagi kita di hari ke 12 ramaadhan :=)
penatnya hari ini..kakyon@kakrose keluar rumah dari pukul 10 pagi, balik..sampai rumah dekat pukul 4 petang! sehari suntuk berjalan sampaikan solat zohor pun dah chupol waktunya. huhu 
bukan kemana pun..ke PJ pulangkankan P1..malas dah nak guna..line dahlah macam siput..pastu kejap ada..kejap takde. dari sakit hati baik akk pulangkan saje!
tertunggu2..bilalah nak ada line unify kat kawasan rumah akk nie..
buat masa ni akk pakai line DIGI broadband RM68..share dgn papa bergilir..hehe

lepas tu ke Jalan Loke Yew..mencari bangunan Viva Mall. pusing2 dekat sejam jugalah baru jumpa..huhh! masuk parking senang..mencari kereta selepas parking yang susah..heheh.
tulah..dah tau tempat tu baru pertama kali pergi..amiklah gambar kat tingkat berapa parkingnya..tiang no berapa..naik lift no berapa. ni tidak..main terjah aje. macam lah dah terer sangat. pusing2 mencari kereta dah dekat setengah jam. sebelum tu mencari kedai pulak satu hal.jenuh meredah setiap tingkat..huuhuh.


pergi pulak ke Sungai Buloh. sepatutnya kesini dulu..baru ketempat lain. akk ikut aje mana driver nak bawak dulu. kat sini punya lah ramai orang. mereka semua buat urusan yang sama macam akk. nak raya ni kan..paham2 aje lah. macam2 boleh buat urusan dengan Agro Bank..


 *-*
 jom layan gambar sambal tumis udang petai yang akk masak semalam.popia basah beli kat param..teringin sangat nak makan.sampaikan bersusah payah my papa carikan sampai jumpa! :))




jumpa lagi..

terima kasih.. kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.