*

Tuesday, 31 July 2012

tetiba jadi bz body pasal ASB

6 comments :
 Assalaam..
ramadhan ke 11 sudah..
malam tadi kakyon@kakrose turunkan semua langsir tingkap. nak basuh pastu pasang balik. tahun ni tak perlu ganti langsir baru kot..sbb langsir tu baru saje pakai.akk kan baru pindah bulan oktober lepas..tak sampai setahun pun.lagi pun kain langsir masih dalam keadaan elok lagi. jadi tak perlulah nak bazirkan duit membeli langsir baru. langsir baru ke..langsir lama ke..raya tetap raya..hehe
*ayat orang berjimat @ mendekut..:P*

*_*

akk nak cerita sikit.
Pagi semalam akk saja membizikan diri pergi ke bangunan ASNB Shah Alam.. akk nak update buku ASN2 akk. masa dividen keluar hari tu..akk  nak update..buku pulak hilang/tersalah simpan. Baru terjumpa semalam terus nak update..
 Alhamdhulillah..pelanggan pun tak berapa ramai..urusan akk mesti cepat siap. tapi tidak juga..cuma 2 kaunter saja di buka. di salah satu kaunter ada sorang pelanggan lelaki masih muda..dalam lingkungan umur awal 30an tahun sedang berurusan. beliau menghulurkan sekeping cek..lantas bertanya pada kakak kaunter...

*dailog dia lebih kurang camnie*

p:    akak boleh masuk ASB guna cek tak? 
kk:  boleh!..
       ambik cek belek2 komputer pastu kata..
      dik! duit ni dah terlebih. akaun adik dah penuh!
p:   oh yeke! habis nak buat camne ye?
k:   lebihan duit ni adik bukak akaun ASM lah..boleh?
p:   boleh!
      itulah lebih kurang dialognya.

apa yang akk nak highlightkan ialah..muda2 lagi akaun dia dah penuh dalam ASB. banyaknya duit dia ni! kalau penuh akaun dah ada RM200 ribu.tetiba akk jadi bz body..hehe. akk lihat penampilannya biasa2 saja. baju , seluar  kasut tak berjenama pun. sempoi aje. dari pandangan akk..mungkin pemuda ini seorang usahawan kecilan..takpun seorang peniaga kecil2lan.
tentu pemuda ni seorang yang berjimat cermat hingga mampu menyimpan duit sebanyak itu.kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang sebaya dia..ramai yang masih merangkak2 mencari sumber pendapatan. simpanan pun entah ada entah tidak. alangkah eloknya orang2 muda di luar sana..jadikan pemuda ini sebagai contoh. takde maknanya berpakaian berjenama mahal..menunjukkan kemewahan..hakikatnya zero! kata omputih..kosong! kata najwa latif..nol! kata orang indon..hehe
jumpa lagi..


 terimakasih sudi membaca catatan kakyon@kakrose..

menu yang kakyon@kakrose masak sendiri

No comments :
Assalaam..
bertemu lagi.. berbuka makan ape malam tadi? kakyon@kakrose berbuka makan nasi..ber laukkan ikan gegerut masak asam pedas tauchoo, tumisan kacang bende dan ikan goreng.semuanya masak sendiri..sudah rajin sikit..hehe
 takde kuih mueh. akk cuma  buat lengkong bodo bodo..hehe.nak tahu apa lengkong bodo bodo tu? ala lengkong yang makcik2 masak warna merah tuu..perasa sirap rose. seedap tuuu! tak jemu makan.nak nak dah sejukan dalam petiais dulu.sedo sedo separoh loyang dah kena ngapppp! hehe

asam pedas tauchoo ni..memula akk makan semasa baru kawen dulu. arwah ibu sedara papa yang masak. papa memang sukakannya..sbb dah hari hari dia makan masakan tukan.. semasa papa bujang dia tinggal bersama ibu sedaranya..
senang saja memasaknya. masak seperti masak asam pedas lain. semasa menumis tambah tauchoo jer..
kalau nak ikut cara akk pun boleh..
untuk 2 kepala ikan gegerut tu akk guna 10-12 tangkai cili kering..buang bijinya  rebus dan bersihkan. kisar bersama sebiji bawang besar, sebesar ibu jari kunyit hidup, sedikit halia, sedikit belacan dan seulas kecil bawang putih. 3 biji bawang merah dan seulas bawang putih di mayang. sebatang serai di titik. tumis bawang yang di mayang bersama serai sampai naik bahu. masukan cili kisar tumis sampai garing. bila dah garing masukan tauchoo dalam 2 sudu besar. kacau2 masukan semangkok air dan asam jawa dalam setengah sudu besar.ikut suka rasa masamnya.masukan ikan dan masaklah sampai ikan masak. perasakan garam dan serbuk perasanya.masak sampai agak sedikit pekat. biasanya akk masak guna ikan cencaru..kali ni tukar ikan gegerut pulak.

lengkong bodo bodo pulak..lagilah senang..
sukatan akk, semangkok agar2 stripe..macamana nak sukat agar2? gunting kecil2 dalam seinci.. masukkan dalam mangkok. basuh bersih dan masak bersama 3 mangkok air dan 3/4 cawan gula. pada akk ni manis..jadi akk letak 1/2 cawan aje dan seketul gula batu.dah menideh..masak lama sikit..masukan pewarna merah dan esen rose. masuk dalam loyang  dan sejukkan..
selamat mencuba.

terima kasih.. kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose..

Monday, 30 July 2012

kakyon@kakrose sudah salah sangka

6 comments :
Assalaam..
bersua kembali..
ada lagi catatan yang belum kakyon@kakrose entrikan..
hari sabtu lepas..*ini kes malas nak masaklah ni..lagipun badan rasa macam tak sihat sangat*.. akk ke giant membeli barangan keperluan dapur. otw balik..singgah di kedai ayamas di seksyen 18 shah alam. beli ayamas lagi! ayam ini saja yang buat akk berselera makan tau!.dah tua2 ni selera punyalah banyak ragamnya!ermmmm..
sementara tunggu papa pergi beli akk tunggu dalam kereta.akk terpandang seorang remaja pekerja KFC sedang buat sesuatu. tengok gambar tu apa yang remaja lelaki tu buat?

 masa mula2 akk nmpak dia bawa kotak KFC tu keluar sambil pegang2 isi didalamnya ..akk fikir budak ni tak puasake? elok dia duduk kat situ seolah nak makan aje gayanya..
sebenarnya...akk takut nak curi gambar dia secara  terangan. akk kebelakang sikit nyorok depan poster gambar Dato' Najib..

 elok aje akk fokus hempon akk..tetiba muncul sicicat tu..hihi.wat suspen aje. klau tak pose sekalipun takkan budak tu nak makan kat situ ekk? jauh nau akk memikir..hehe

anak siapalah nie.sejuk perut ibu yang mengandungkan dia.moga remaja ini mendapat keberkatan dalam kehidupannya di dunia dan juga akhirat..amin.
 

terimakasih..kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose

shopping apa di Mid valley mega mall..

3 comments :
Assalaam..
hari ini sudah 10 ramadhan.tidak sampai beberapa minggu lagi dah nak menyambut bulan shawal pula. cepatnya masa berjalan.persiapan raya pun dah nak bermula..

*-*

hari jumaat lepas kakyon@kakrose teman kan Oya pergi ke expo barangan baby di MidValley Mega Mall Bangsar.

 seawal jam 9 pagi kami dah pergi..nak mengelakkan dari kesesakan jalanraya. biasalah laluan highway persekutuan tu memanjang aje jem.. tak kira masa. "cepat kita pergi ..cepat kita balik"..kata Oya..

 ehh! macam sama jer !

bila sampai ke tempat booth jualan bakal2 ibu dah berpusu2 menyopping sakan. sampaikan nak memilih barangan pun susah. pada akk  dah tak reti nak memilih/membeli. zaman begini sudah lama akk tinggalkan sejak puluhan tahun dulu.Oya teruja hendak membeli semua benda..dari pakaian hinggalah kepada keperluan lainnya.baru nak masuk usia kandungan 7 bulan..dah hampir siap semua keperluan. biasalah orang  beranak sulongkan..tak sabar2 nak melengkapkan keperluan buat babynya. akk pun macam itu juga dulu..lambat dapat..sampai merajuk..huuh

akk pun menyopping juga. beli barut buat anak dan bakal cucu..heheh


senang nya zaman sekarang nikan.ada pulak bantal khas untuk menyusukan baby.sempat akk melihat demo yang di buat olih pelancong nie.kalo dulu2 pangku je dengan tangan sampai lengoh dan sakit pinggang. sekarang ni takde alasan lagi dah untuk ibu2 yang taknak menyusukan babynya.. :)

*-*
walau pun balik dah lambat dan penat..sempat juga masak. tumis udang dan kentang, tumis sayur kobis bersos tiram dan ikan goreng. yang lain beli di bazar ramadhan..


terima kasih.. kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

Sunday, 29 July 2012

40 tahun lalu..

6 comments :
Assalaam..
Alhamdhulillah..Insya Allah..sampai dah ramadhan hari ke9..
Hari ini, 40 tahun lalu, ucapan "aku terima nikahnya..." terngiang ngiang lagi di telinga akk. biasalah orang perempuan kan..mesti kita  ingat akan segala apa yang berlaku dalam kehidupan kita..nak nak hari2 penting dalam hidup kita..:))

akk macam tak percaya..sudah 40 tahun akk menempuh kehidupan berkongsi segala2nya..suka duka, susah senang..melalui  liku2 jalan yang sempit..terpijak onak dan duri..dilambung ombak. di hina..di pinggirkan..di lupakan..dan segala macam kerenah dalam keluarga dan masyarakat...dengan seorang yang akk sayang dan senang memanggilnya dengan nama ''papa"

 syukur sesangat..keempat orang anak akk sedang membina dan mengatur kehidupan masing masing. Apa yang mampu kami buat ..doakan mereka berjaya membina keluarga bahagia masing2. akk berumahtangga ketika usia akk 17 tahun dan papa berusia 25tahun. kami  berkawen bukan kerana bercinta bagai nak rak. biasalah orang dulu2..kalau ada pemuda mengurat gadis..dan gadis tu melayan dah di anggap sukakan pemuda itu. mulalah orang tua menjodohkan mereka. itulah yang terjadi pada akk. sebenarnya akk dah ada pilihan lain..hikhikhik..sussssssssssst
akk percaya semuanya ketentuan Allah..

tahun ini kami selebret di rumah saja. bulan puasa kan..nak berholiday kemana?  tengoklah lepas raya nanti..ada juga plan nak pergi jalan2..

*-*
hari ini cuti memasak.shopping kat restoran paksu coner aje..

 kupang, kacang panjang tumis berempah..pilihan akk..

 gulai kawah pilihan akk jua..

 goreng berlada paru dan kacang panjang..pilihan papa..

 sayur pucuk paku dan taugeh..pilihan kami..

bubur lambok..

 kuih muih pilihan papa..

 agar2 pilihan akk.kalu puasa suka agar2..sejuk masuk dalam perut..

 mr lopez feveret kami berdua..

pulut kuning..berkat dari restoran paksu coner.baru terfikir nak makan pulut kuning..tapi malas nak masak. alhamdhulillah.. keinginan dan selera ku terubat sudah..:))
macam tau2 aje...dapat pulut kuning ni sempena ulangtahun perkahwinan kami..
jumpa lagi dan selamat berbuka...sayang semua...


berhati hati bila membeli pinggan mangkok..

3 comments :
Assalaam..
akk copy paste sahaja ye..nak share maklumat dengan kawan perempuan yang suka mengumpul pinggan mangkok macam akk nie. berhati2 ye!!

Pingan mangkok tulang BABI unuk raya?


Memetik dari Flying Kick berkenaan pinggan mangkok FIne Bone China dari negara China. Rupanya dari tulang babi. Gamopang betul!!!!

AWAS GENG,

Terutama menjelang perayaan ni, yang bercadang nak beli pinggan mangkuk raya buat letak rendang sangat2 di galakkan baca..

biasanya pinggan mangkuk di perbuat dari seramik atau kaca. Tapi ramai yang x tahu ada pinggan mangkuk di perbuat dari tulang khinzir. Ya, tulang khinzir/babi.

Fine YIYUN Bone China.
Ingat betul2 jenama ini, catit kat handphone or kertas kot2 nak gi shopping. Ini adalah jenama set pinggan mangkuk yang di perbuat dari TULANG KHINZIR. Ia di perbuat dari negara China.

Ada sesetengah kedai akan letak label kalau sesuatu barang tu di perbuat dari unsur2 khinzir. Itu okey, orang Islam boleh alert, tapi yang x letak?? kita sendiri la yang harus berhati2…

Kalau dah terbeli buanglah, jangan pakai okey….

JANGAN LUPA SEBAR KAT KAWAN2 DAN KENALAN ANDA…

p/s: dulu masa kanak2 selalu tanya kat apek jual berus lukisan. ”apek, ni berus babi ka?? ekeke

Ini pula kenyaatan dari Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan isu tersebut.


Majlis Fatwa turut larang guna rangka haiwan tidak disembelih

SEPANG: Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan Bone China atau pinggan mangkuk, termasuk cawan dan piring yang mengandungi campuran tulang babi atau tulang haiwan yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam adalah haram.

Bagaimanapun, peralatan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang haiwan yang boleh dimakan dan disembelih secara Islam halal digunakan.

Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin, berkata walaupun Bone China diperbuat daripada tulang babi yang dibakar sehingga menjadi debu, ia tetap haram digunakan umat Islam.

“Kita dimaklumkan bahawa dalam setahun, tujuh juta babi disembelih di seluruh dunia untuk tujuan ini dengan empat juta di China, walaupun sudah menjadi debu dan diproses menjadi pinggan mangkuk, ia haram pada pandangan syarak.

“Begitu juga jika ia diperbuat daripada tulang binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam, maka ia juga tidak boleh digunakan.

“Namun, halal digunakan jika diperbuat daripada binatang yang halal seperti (tulang) lembu dengan syarat disembelih secara Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah ke-99 jawatankuasa majlis itu di sini, kelmarin.

Bone China adalah istilah komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan.

Bagaimanapun, beliau berkata, pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang haiwan itu adalah mahal sehingga boleh mencecah RM3,000 sebiji.

Sebelum ini, ada dakwaan banyak pinggan mangkuk dan perkakasan makanan seperti cawan dan piring seramik yang dijual di merata tempat mengandungi campuran tulang haiwan, termasuk babi.

Campuran tulang haiwan yang diproses menjadi debu itu digunakan supaya pinggan mangkuk menjadi lebih cantik dan berkilat.

Sumber: Berita Harian

Thursday, 26 July 2012

insaf..

3 comments :
Assalaam..
salam ramadhan.. hari ke enam dah!
waktu akk memasak petang tadi sambil2 menonton tv..akk  tertonton program TV3.. apa nama ntah program tu..INSAF kut! akk pun tak pasti..
program mengisahkan seorang pusher..betulke ejaan dan apa makna pusher pun akk tak tau! ..telah insaf dari perbuatan yang telah dia lakukan masa lalu..
mendengar kisah dan luahan hatinya dalam program tersebut..akk rasa sebak pulak..huhu

sebenarnya..sejak kebelakangan ini.. kan banyak cerita bayi2 yang di buang ibu bapa sendiri..akk selalu terfikir bagaimana kehidupan anak2 yang terbiar tanpa ibu bapa atau anak yang tidak sah taraf menjalani kehidupan harian mereka dan menghadapi kerenah masyarakat? akk selalu terfikir..kalau anak tu dah tahu siapa diri mereka..apa perasaan mereka? tentu mereka marah..sedih..geram..keliru..dendam dan ada seribu macam perasaan yang terpendam dalam diri mereka. kasihan! mereka tak bersalah pun!

kisah inilah yang akk tonton di tv petang tadi..
kisah seseorang yang tidak tahu asal usulnya..terjebak dengan aktiviti tidak sihat sejak berumur 13 tahun, telah insaf dari pekerjaannya sebagai seorang..boleh akk katakan sebagai seorang gangsterlah..maaflah kalau bahasa akk ni laser sikit..:)
semuanya di luahkan dalam program ini.akk tak reti nak cerita lebih..sbb sambil masak sambil tengok tv..yang akk sempat tengok dia menangis semasa meluahkan isi hatinya.akk pun nangis sama. akk ni kan gembeng..mana boleh tengok orang nangis!

begitulah kuasa Allah SWT..walau sejahat mana pun hambanya..bila telah di bukakan hatinya untuk bertaubat..maka bertaubatlah dia. janganlah kita cepat menghukum mereka2 yang kita sangka jahat..kerana Allah sahaja yang mengetahui di sebalik kejadiannya.
kalau nak tengok kisah sepenuhnya..tonton aje..program tonton tv3.

*-*

takde kene mengena dengan cerita atas tu. saje nak menanyang apa akk masak semalam..

 selamat menonton..selamat menjamu selera..dan selamat malam.
jumpa lagi..sayang semua :))




7 comments :
Assalaam..
Jangan berbangga dengan pujian teman kerana disebalik pujian terdapat kejian.







by laman Nurani

Wednesday, 25 July 2012

cerita ramadhan 2

5 comments :
Assalaam..

Puasa hari kedua. Oya n Anas berbuka di rumah...
kan dah kata akk takde mood nak masak..
Oya mintak masakan sotong masak lemak. akk pulak rasa nak makan yg masam2. jadi akk masaklah ikan kembung masak pindang. tumis sayur bayam..pastu goreng ikan dan ikan masin..
 juadah lain..tepung pelita nazry beli, karipap bunga Nora beli..bubur lambuk papa bawa balik dari masjid masa dia pergi solat asar di masjid.
pergh!..berselera mereka makan sampai tak cukup nasi..huhuh

*_*

sampaikan akk pun dah lupa berapa banyak nak masak nasi..hiiiii
selalu masak untuk dua orang ajer kan!

jumpa lagi..sayang semua..:))


selera ke western food..tak menahan!

8 comments :
Assalaam..
sudah ramadhan ke 4 ye! cepatnya masa berlalu..
menu berbuka semalam..
sudah 4 hari berpuasa..akk belum lagi ada mood nak memasak atau membeli lauk pauk seperti tahun sebelumnya. mungkin sebab kami tinggal berdua saja..jadi selera makan pun dah berkurang. selalu teruja nak memasak atau membeli di pasar ramadhan fikirkan anak anak nak makan..
 semalam pergi pasaraya..membeli barang keperluan dapor dan bermacam jenis ikan. bila sampai masa nak memasak tetiba mood hilang. tetiba teringin nak makan western food pulak. papa cadangkan.. ' beli laa ayammas! ''ok juga!  akk kata..


setengah ekor ayammas perasa blackpepper..roti beli di giant supermarket..kentang putar KFC punya..coslow akk buat..cukup untuk kami berdua.

 dalam pada bermalas malasan tu merajinkan diri juga..hehe
buat agar2 sirap bandung..bubur kacang dan goreng karipap bunga Nora beri masa dia balik kampung hari tu..


cuci mata di bulan puasa..jangan pulak naik selera ye..batal pose nanti ..hihih
jumpa lagi..

Tuesday, 24 July 2012

syian rose sakit..

3 comments :
Assalaam..

 semalam membelek pokok bunga di halaman rumah. macam ada sesuatu yang tak kena dengan pokok2 itu. sejak masuk ramadhan akk jarang melayan pokok di halaman. memandangkan cuaca sekejap panas dan sekejap hujan..akk mengelak diri dari terdedah dengan cuaca begitu. akk kenalah jaga kesihatan akk juga..

  daun2 yang gugur  berlambak di tanah..tangkai bunga yang layu berceranggah menyakitkan pandangan mata.nampak ada tanda2 pokok akk ni kena serang penyakit..huhh
kalau pokok ni dah terkena penyakit..susah nak kawal dan memerlukan masa untuk merawatnya..huhuk
 sementara menunggu pokok2 sihat semula..mari kita layan bunga yang mana terselamat dari serangan penyakit..


 rose ini.. EBB TIDE  namanya. rose paling wangi yang ada di halaman rumah..

 CHINA DOLL..meriah berbunga lagi..

 ROYAL TOWN

 basal brake dari rose platinum.bubuh baja tinja arnab jadi gebu.. terus keluar bud berjambak

 pink fairy

 red fairy

 scarlett meidland

 d'carpet

 red chili

damask



inilah rupanya mahklok yang menyerang pokok rose akk.dah sembur racun serangga dari minggu lepas. tak jalan. liat nyawa makhluk halus ni. pagi tadi akk sembur pulak campuran bawang putih, cili api, sabun basuh pinggan dan minyak masak. lupa pulak nak bubuh sedikit cuka. akk spray sampai lencun semua daun. petang tadi akk tengok..nampak ada sedikit perubahan..binatang tu tak menguit lagi. kalau tak jalan jugak..kena togelkan semua daun..huhuu
 jumpa lagi..


menu bersahur..

2 comments :
Assalaam..
indahnya ramadhan tahun ini..
tak nak cerita lebih lebih laa..
akk n papa memang tidak makan nasi waktu bersahur..sudah biasa begitu..
selalunya kami makan roti..tak kiralah roti kosong ke..roti canai..roti prata..tapi yang segera punya. campak aje dalam oven siap dah. nampak sangat takde hati nak masak pagi2..hihih

 
tengoklah menu orang takde hati nak masak untuk bersahur malam tadi..
1 mug besar susu anlene..4 keping roti sapu mother choie untuk akk. 1 mug besar kopi 434 ..beberapa buku roti kaya untuk papa. air minerel 1.5 ltr  share 2 orang. cukup sudah..

mesti ada orang tertanya2..cukup ke makan banyak tu? pada kami sudah biasa..tak jadi masaalah. Alhamdhulillah..semuanya dengan izin Allah....



cerita ramadhan..

6 comments :
Assalaam..
hari ketiga berpuasa terasa sunyi pulak..:(
perancangan awal nak ke Klang bersama papa, ada sedikit urusan yang belum selesai. kereta papa pulak tak boleh start. batery kong kut! macam2 hal lah kereta ni buat perangai. sejak kebelakangan ni..meragam ajer kerjanya. beberapa kali keluar masuk klinik..tak pulih lagi..dah uzurlah katakan. jangan mintak di ganti baru sudahhh!
tak sanggup dah den nak nanggong hutang. dah tuo2 nak berhutang laie! hish..hish.

sementara menunggu makenik datang..papa guna kereta akk.
sementara menunggu papa balik..apa lagi, akk melingkaw ler atas sofa..hehe
tetiba papa call kata dia kena keluar kawasan. eh! kawasan mana tu ekk? ala..keluar ler dari kawasan shah alam nie..hihih
lamanya akk tertidor sampai waktu zohor baru terjaga. itupun sbb papa dah balik.
lepas asar terus kedapor..pike apa nak masak.blurrr..
selera kami berdua taklah seberapa.janji kenyang sudah. kalau ada Oya boleh minta idea dia nak masak apa..
tetiba akk rasa akk kesorangan dah! huhuhuh

*..* *..*

 puasa pertama sham datang berbuka bersama.rumah akk meriah dengan cucu yang tak berhenti berceloteh. masak simple2 aje..ikan cencaru sumbat sambal kelapa, sayur campur, ikan goreng dan illa bawak ayam goreng madu kut!..air bunga kekwa dan kole kacang..kueh peveret akk!

ehh! macam makan takde kuah pulak ye? haah..akk masak sayur campur saje lebihkan kuahnya. masak nasik lembik sikit..sedap makan masa tengah panas..
kami pergi pasar ramadhan dekat kawasan rumah kami di seksyen 7. taklah ramai sangat peniaga..pengunjung pun macam kurang jer..mungkin hari sabtu kebanyakkan orang balik kampung..ambil peluang berpuasa bersama keluarga.
papa beli cucue udang..akk pulak beli seri muka..ada orang sebut seri kaya.tak kisahlah apa namanya..janji sedapkan! yang ini memang sedap!


sebesar ini harganya rm3 sekeping. ukuran lebih kurang 3x3 inci..tebal tak sampai 1 inci pun. akk nampak satu loyang 4 segi di bahagi dengan 9 keping. mahal ke murah ye?
salam n selamat berpuasa..jumpa lagi..sayang semua!! :)



Monday, 23 July 2012

air tangan oya

4 comments :
Assalaam..
salam ramadhan..
tetiba Oya teringin nak makan sesuatu. sesuatu itu ialah kek batik.semasa dia sedang mengoogle resepi terjumpa resepi dari  selera sakura..langsung dia berselera dan teringin nak mencuba memasaknya sendiri.
" masaklah dik! ibu bukan tak tahu buat..saja malas. adik belajarlah masak masakan moden..biar ibu masak masakan tradisional ajer ! "..kihkihkih
ayat tak menahan!!..

memang sedap ..tapi pada akk ianya terlalu manis.mungkin akk ni kurang suka pada makanan yang manis. pada Oya ok jer..
takpe..lain kali kalau akk nak buat..akk akan kurangkan kemanisannya..
lepas berbuka..habis dah separuh bahagian yang dihidang.dah tinggal sikit baru sempat nak menayangkannya..:))

malam ketiga berterawih..sangat selesa dan lapang tanpa ganguan.Alhamdhulillah..
di sebelah akk duduk seorang wanita muda yang sedang asyik membaca/mendengar ayat alquran dari i pad.akk dengar suara orang mengaji dari dalam ipad tapi tak dengar pun suara dia. changihnya adik ni bawak i pad kesurau untuk mendengar/belajar mengaji. akk ni bawaklah Quran kecik siap bawak pensel lagi..senang nak menanda sampai mana berhenti nanti..jauh dah ketinggalan akk nie!..hihi
begitu sekali tingginya teknologi kini.apa2 pun semuanya di hujung jari.pendek kata..takde apa yang tidak boleh di lakukan..semuanya boleh belaka.
kecuali ketentuan Allah SWT..


Sunday, 22 July 2012

kisah bulan ramadhan

1 comment :
 Assalaam..
salam ramadhan..
hari pertama berpuasa. alhamdhulillah dapatlah akk menunaikan solat terawih di surau kawasan kejiranan rumah akk. bukan takde masjid..tapi masjid terletak agak jauh sikit.
 malam pertama berterawih akk duduk di saf barisan ketiga.mencari tempat yang selesa untuk membaca alquran sebelum masuk waktu isyak. ingatkan bila masuk aje waktu bolehlah akk berganjak kehadapan masuk saf kedua ..atau pun saf pertama.
tetiba datang seorang ibu dengan membawa dua orang anak kecil terus masuk ke saf kedua. sebelum mula solat..anak2 ini nampak ok dan duduk diam saje. bila solat bermula ..dia tak boleh duduk diam lagi dah..mula merengek dan buat bising sesama mereka. suasana bising sangat  menganggu jemaah lain untuk bersolat dengan khusuk.
apakah ibu ini tidak perihatin dengan keadaan semasa. kut iya pun nak solat terawih sesama pastikan anak2 tak menganggu jemaah lain nak bersolat..duduklah dibarisan saf sebelah belakang..

memang elok melatih anak2 pergi ke surau atau masjid..tapi keselesaan jemaah lain kena ambil kira jugakan?

malam kedua terawih..selepas solat isyak tetiba perut ni  meragamlaa pulak.harus di tunaikan qadak hajat ni.mencari pintu bilik termenung..berkuncilah pulak. ingatkan ada orang di dalam, rupanya memang di kunci dari luar.
nak balik rumah, kena berjalan jauh. nak bawak kereta..kuncinya ada pada papa. lagi pun nanti tak mungkin akk sempat bersolat terawih malam ni. ikhtiar akk masuk bilik lelaki dan mintak tolong adik2 perempuan yang tak solat tunggu di luar.kut2 masuk orang lelaki nanti..naya akk!

cerita yang nak akk sampaikan ni..wahai AJK masjid/surau..janganlah di kunci tandas tu. tandas tu kan tandas awam.bila dah masuk bulan2 penting begini mesti tempat ni menjadi keperluan orang awam. kalau rosak pun tulislah notis..supaya tidak menyusahlan orang awam..


Saturday, 21 July 2012

selamat menyambut ramadhan almubaraq

4 comments :
Assalaam..
selamat menyambut bulan ramadhan almubaraq..
Alhamdhulillah..dapat lagi akk bersama anak , adik, kakak, abang dan rakan semua menyambut bulan ramadhan almubarak tahun 1433
semuga tahun ini kita dapat meningkatkan lagi amal ibadah kita menjadi lebih baik dari tahun tahun sebelumnya..insyaallah..
kononnya..semalam nak buat en3 bekpes pagi.lastday bekpes kan. dah taip lupa plak nak publish. sbb tergesa gesa ada banyak urusan luar.semalam kan hari jumaat..kalo ada urusan cepat cepat nak  balik..
kisahnya semalam..akk rasa macam tak sihat badan. sebelah malam  papa pergi masjid. lepas solat maghrib akk ingat nak berehat..rupanya akk tertidor lena sangat. sampaikan papa kejut untuk solat insyak..akk terpinnga pinga..ingatkan dah pagi..hihih
biasalah..bila ingat dah pagi..mesti ingat sarapankan?
tetiba terasa nak makan nasi goreng kampung. terus mintak tolong papa masakan nasi untuk di buat nasi goreng besok pagi.. :))


sambil bersarapan sambil menikmati pemandangan taman di tepi rumah. nasi goreng kampung menu sarapan akk, papa n Oya.. 
jom cuba masak 'nasi goreng kampung kakyon'.
2 mangkok nasi
4-5 tangkai kangkong
4-5 biji cili padi..kalu nak pedas tambah lagi
3-4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
sesudu besar udang kering/belacan
sedikit bawang goreng
garam dan perasa
goreng ikan bilis sampai gareng ketepikan. potong dan bersihkan kangkong.tumbuk cili, bawang merah, putih dan udang kering sampai lumat.
tumiskan bahan yang di tumbuk sampai wangi. masukan garam dan perasa. masukan nasi dan kangkong..kacau sampai bahan tumisan bergaul rata dengan nasi.masukan ikan bilis goreng, bawang goreng dan hidang.


pemandangan tepi rumah akk. pokok tu baru 2-3 bulan akk tanam..dah merimbun. sejuk jer kat area situ

pokok rose ini sengaja akk buang semua kudup dan pucuk baru kerana akk nakkan dia tumbuh merimbun. lepas ni dia akan tumbuh pucuk pucuk baru dengan lebih banyak lagi. Raya nanti barulah dia berbunga banyak..

yang ini tengah banyak bunganya..sayang pulak nak cantas. lepas bunganya gugur nanati..baru akk cantas. pokok rose ni memerlukan sekurang kurangnya 40-44 hari untuk dia berbunga semula selepas di cantas..

Thursday, 19 July 2012

cerita hujan..

2 comments :
Assalaam..
hujan dari semalam tak teduh lagi..
hujan dan  gerimis silih berganti..
 hujan membuat hati jadi sayu dan sunyi..
gerimis dihati mengundang lagi..huhu..

 kain baju berlambak tak bercuci..dah beberapa hari akk tidak mendobi ..ingatkan hari ini panas..dapatlah akk mengeringkan kain baju yang dah berapa hari tak kering..
dari duduk termenung memikir camne nak mengurus kain baju ni..baik akk layan perut yang kosong mintak di isi nie...


telor goreng hancur nie papa yang suka sangat makan..
tapi pagi ni akk n Oya pulak yang berselera makan. cuaca sejuk..hujan renyai renyai..selera pun terbuka..letak apa saja pasti jadi mangsa kami berdua..haha
kalu sudi..nak resepi amiklah ye.taklah sesedap mana.tapi.. can do lah!

 3 bikik telor,1--2 sudu besar susu cair, sedikit garam, sedikit serbuk lada sulah, sedikit perasa.. pukul dengan garpu aje sampai kembang..
4-5 ketul fish ball, 2 inci karet, bawang besar..potong dadu kecil/cincang halus..
minyak secukup untuk menumis..atau boleh juga guna butter//planta.tapi akk guna minyak  bunga matahari. tumis bahan yang dicincang sampai layu..masukan telor..kacau sampai masak..dan terus hidang. ambil masa 5-6  minit saja siap!



pokok rose di laman kesejukan minta di teduhkan..
kalau di biarkan kena hujan berpanjangan..nanti dia sakit pulak..
nak tak nak..kena lah angkat teduhkan dia ditepi rumah. yang dah tanam atas tanah tu..tak dapeklah den nak nolong..nasiblah kaw pokok! harap2 kaw boleh menahan diri dari serangan kanker.kanker ni menyerang pokok bila musim hujan. pokok rose tak boleh menahan diri dari cuaca lembab/basah.. nanti banyak penyakitnya..pelan2 dia mati beragan! hehe
 ada banyak lagi pasu yang tak sempat/tak boleh nak angkat..berat sangat. nanti nak sangat selamat kan pokok..tuan dia pulak yang tak selamat..hehe
lebih 40 pasu tue..dah macam cerita P.Ramlee dengan 40 orang penyamun pulak..hahah
P.Ramlee ada orang suruhan yang ganteng2 untuk mengangkat pasu2 tue. akk nak suruh sape? ada yang ganteng sorang tue..syian pulak nak suruh2..hihi

Wednesday, 18 July 2012

mutiara kata 2

3 comments :

Assalaam..


Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.

by  laman nurani

Tuesday, 17 July 2012

meriahnya bulan julai

4 comments :
Assalaam..
Happy birthday 2U!...happy birthday 2U!!..happy birthday 2 abah Sham..Affan..Nazry..Nadia..happy birthday 2U!!!!!  yeyeeyy..
semuga di panjangkan usia..di berikan kesihatan yang baik..di murahkan rezeki..mendapat keredhaan Allah SWT dan menjadi insan insan yang soleh dan solehah..Amin.

sedap kek tiramisu pilihan Oya/Nora dari baker cottage..






steambot..roti kering cicah sup ayam..mee goreng..pizza hut..betul betul membuka selera kami anak beranak hingga tidak mampu untuk berkata tidak mahu makan pada makanan itu....heheh