*

Tuesday, 31 January 2012

jom melancong..

7 comments :
Assalaam.. 
Pagi tadi singgah ke TH Travel..tengah cari pakej pelancongan yg menarik untuk di jejaki..
Oh ya!! Hongkong Disneyland!!
waaaau!!
 bes tempat ni.. tambah bes kalau bawak budak2 datang ke sini kan?..


ada sesiapa nak ikut!! 
jom menabung..kita pergi melancong ramai-ramai..
sesiapa yang dah penuh tabung pelancongan tu..jom kita pergi sama-sama!!!



jumpa gambar nie..tetiba teringat taman roseku dihalaman rumah lama..huhu
kat area ni sekarang..tuan rumah baru tu tanam pokok buah mangga.huh!
macam tak sesuai jer..huhuh

sepetang..bersama Dato' Hassan Ali

12 comments :
Assalaam..
Teruja nak menghadirkan diri ke majlis ceramah Dato' Ustaz Hassan Ali, di dewan RT Seksyen 17 Shah Alam. Dah tempat tu dulu.. tempat kita kan...kenalah tunjukkan muka. Kalau dulu, akk ni di kira orang penting juga kat situ..tapi sejak pindah ke rumah baru dan kawasan baru ni..seakan ada gerakan nak menyingkirkan akk secara senyap. Akk tak kisah sangat pun!!
begitulah mainan politik orang melayu...
Mengikuti perkembangan terbaru politik melayu..cheewahhh..macamlah akk ni ekpet sangat! heheh..dan       hasil sembang dengan kawan jiran..ramai yg tak setuju dengan perkembangan terbaru ini. nak pecah berapa orang melayu ni ekk? siapa yang kita nak harapkan? adakah kita setakat menang sorak saja? adakah kita ni jenis meminta2 saja? nak meminta2 pula perlu di canangkan..cukup setakat kotak minuman sebagai bekas tadahan...huhuhu...sedihnya nasib melayu islam..




pernah makan makanan laut ini..tahu namanya?
inilah dia.. SEPETANG !
inilah menu terbaru dari dapur restoran kat Jeram.
akk makan beberapa minggu lepas.. selepas balik dari FMN meeting di Bukit Kuching..


Monday, 30 January 2012

AJL26...asam rebus batang keladi..

6 comments :
Assalaam..
Semua peminat Hafiz sudah pasti gembira..termasuk akklaa.. kerana dah tahu dan telah menjangkakan yang lagu AWAN NANO bakal menjadi juara AJL26.
Tahniah buat Hafiz yang mendendangkan lagu dengan penuh perasaan sampai akk pun terbuai dengan keasyikkan lagu M.Nasir dan lyrics yang puitis tulisan Budi Hekayat serta vokal Hafiz yang mantap.
Hafiz memang layak menjuara vokal terbaik untuk AJL26.




Semalam..
Selera kampung akk memuncak lagi..
tetiba teringin nak makan masak asam rebus batang keladi...


 sebelum tu, minggu lepas akk masak..
ikan apa ni?
akk panggil ikan bulus..goreng dengan tepung sampai gareng..


kari telur..cucu2 suka makan..
tenggiri masam..buat selera mkn bertambah2..heheh

Thursday, 26 January 2012

siapa copy siapa?

5 comments :
Assalaam..
Lama juga akk tak menghupdate blog akk. Selalu sangat akk ni diawangan..ntah bila laa nak pulih..huhuh
Baru ada hati nak meronda di maya ini..sat lagi akk ronda kat rumah maya uolls ye!..heheh

Sebelum tu layanlaa roses yang ada dalam youtube ni. Lagu tu macam pernah dengar aje..heheh
Siapa copy siapa ekk?

Thursday, 19 January 2012

hari khamis yang manis..

10 comments :
Assalaam..
Hari khamis akk yang manis..:))))
sebaik saja dapat sms dari Oya, kata.." nak makan tengahari kat rumah ibulaa " akk terus keluarkan ikan kat peti ais yang dah seminggu duk beku kat situ.
Lama dah rasanya.. kami bertiga tak makan tengahari di rumah bersama..

terasa rumah ini meriah semula..:)))





Wednesday, 18 January 2012

rabuku..

8 comments :
Assalaam..

wordless rabu..



Tuesday, 17 January 2012

siput sedut di recycle

17 comments :
Assalaam..

Boleh ke siput sedut di recycle? akk rasa boleh! 
sebabnya..siput kalau di masak..isinya tak boleh keluar sendiri dari cengkerang. lainlah kerang, terlebih masak, isinya akan tertangal sendiri dari cengkerang..
Inilah restoran yang akk singgah untuk makan tengahari tadi.
akk ambik.. masak lemak siput batang keladi, ikan kembung bakar cicah air asam/kicap.
selalu juga akk singgah makan kat sini..lauk pauknya banyak..masakannya pun enak.

Bila akk sedut siput tu..sebanyak mana yang akk ambik ( dalam pinggan kat gambar tu ) hanya 2-3 ekor saja yang ada isi. yang lain semuanya kosong..
tertanya2..apa makna semuanya ini?
bila akk amati siput yang tak berisi..cengkerangnya lebih cerah dari cengkerang yang ada isi..
berkemungkinan cengkerang telah di masak berulangkali..

entah siapalah yang punya kerja.. tukang masaknya..pelayannya..TOKEYnya ke?
huhuhuhuk..

restoran hatinie seksyen 10 shah alam..belakang restoran Azira..

takkan ku jejakkan kaki ku kesini lagi..uweks!!!!

musim buah limau...

14 comments :
Assalaam..
Musim buah limau sampailah sudah. Mewah..meriah. Kalau beri pada orang lain di kira sedekah?
Dua hari dah dapat tiga kotak. Dari gred  terbaik hinggalah gred yang tak boleh masuk tekak..:)
Setahun sekali cuci perut!!

mungkin tinggal kenangan..

6 comments :
Assalaam..
Tiada yang kekal melainkan Allah SWT...
semuanya ketentuan Allah..
Maknusia hanya merancang..
tapi Allah yang menentukan...




mungkin ini akan tinggal kenanagan saja. pokok rambutan dah di tebang. tak sempat cucu/cicit lain merasa hasil buahtangan atuk mereka..huhuh.
lepas ni dah takde suasana balik kampung nak makan rambutan...hehe

Monday, 16 January 2012

orang kampung..selera pun kampung..

6 comments :
Assalaam...
Lama tak main masak2..huhu
Nak mulakan main masak2 dengan  hidangan selera kampung..

akk ni orang kampung..selera akk tetap masakan kampung..
menu nya..
- ikan selar masak kari
- tumis sayur sawi putih
- ikan selar goreng
- sambal belacan melaka
- ulam petai
- ikan kembung masam
perghhh !!.. papa makan sampai tak hingat!!..sedo2 nasik dah habih!!..heheh



Jusco dan kenangan..part 2

2 comments :

Assalaam..

Kan akk dah kata..akk n papa merasa taktau nak buat apa2..so kami jalan2 ke Jusco Bukit Raja. Nak window shopping. papa dah jumpa barangan yang nak di beli.Tapi.. akk takde hati nak membeli..huhu
masuk ke supermarket..akk terpandang tin biskut oats krunch yang sangat cantik. Akk ni tak boleh tengok tin yang cantik2..mesti akk nak beli. Beli bukan kerana nak makan isinya..tapi kerana tinnya yang cantik itu..heheh..



Lepas penat jenjalan..seperti biasa..singgah makan2. Selalu bertiga..kini berdua...huhuh



jalan kerja..

2 comments :
Assalaam..
Lama dah papa tak dapat tawaran jalan2 sambil kerja. Rindu pulak nak buat kerja2 camtu lagi. Dulu masa banyak dapat tawaran..rasa rimas pulak, asik keluar kawasan aje. Takde masa nak rehat2 kat rumah. Sekarang ni..bila ada banyak masa..kerja pulak takde. Tengah dok pikir2 nak cari jalan kerja. Kerja apa ye? ..hurmmm. Teringat buku tex dulu... yang ada ruangan 'jalan kerja' di tepinya....hehehe




 Baca balik pada n3 akk disini...bateri kereta akk dah kong sebenarnya. Bila bawa ke workshop, terkejutnya akk, papa n apex workshop tu..yang bateri kereta akk kali terakhir di tukar pada tahun 2006. macam tak percaya aje! percaya ke tak caya? lama tu!!. biasanya.. paling lama..boleh tahan 3 tahun. Kalau boleh bertahan sampai 5 tahun tu dah dikira bonus...hehe

pesta pecah rumah!!

3 comments :
Assalaam..
perghh!! macam pesta!! vrooom sana..vroomm sini..grrrrrillll sana..griiiillll sini..gedebum sana ..gedebum sini..riuh rendah betul pagi nie. macam2 dialek boleh didengar..dari yg akk faham.. sampailaa  yang akk  tak faham langsung apa yg dierang cakapkan. Berinteraksi macamlah duduk sebatu sorang. Kalau sesapa ada nak buat pengumuman, boleh pinjan suara diarang..tak payah guna heller..hahaha
macam nak pecah kepala akk dengar semua nie..huhuhuh...
Semuanya kerana nakkan rumah lebih besar dan lebih cantik..hehe
Kawasan baru, rumah baru..semuanya nak serba baru. Lori angkut barangan baru pun selalu lalu..hihi


Rimas dengan semua ni..ambik kunci kereta..konon nak keluar kejap. Haduiii haiii..kete pulak tak bleh start..huhuhuh
kena sabor bebanyak rose!!!!!

Sunday, 15 January 2012

omega 3 usana yang terbaik..

7 comments :
Assalaam..
Article ni akk baca di blog Orang Muo. Orang kampung akk..tapi akk tak kenal sbb tak pernah jumpa pun..hehe
Kebetulan akk telah temui  "Omega 3"  terbaik setakat ini yang berada di pasaran...dan sedang mengamalkan memakannya. Bukan untuk kesihatan lelaki sahaja..ianya baik untuk semua peringkat usia..tak kira lelaki maupun perempuan.


Omega 3 Penting untuk Kesihatan Sperma

Illinois - Kajian terbaru menemukan asid lemak yang ditemui pada ikan sangat penting untuk mengubah sperma dari bentuk berkepala bulat menjadi sperma perenang unggul dengan kepala berbentuk kerucut [ bulat bujur, tirus bahagian atas atau depan]. Kepala sperma juga dilengkapi dengan protein penembus sel telur. Asid lemak itu bernama Docosahexnoic, biasa disebut DHA, adalah asid lemak omega-3 yang berperanan penting dalam perkembangan mata dan otak. Penelitian telah membuktikan bahawa DHA juga mempengaruhi tingkat kesuburan lelaki. "Kandungan DHA tertinggi ada dalam testis dan otak. Tapi sampai sekarang belum diketahui dengan baik apa yang dilakukan DHA pada kedua-dua bahagian tersebut," kata Manabu Nakamura, peneliti dari University of Illinois di Urbana-Champaign.

Menurut analisis mereka, DHA berperanan penting dalam pembentukan akrosom pada ujung kepala sperma.Akrosom adalah struktur runcing mengandungi enzim yang membantu sperma menembusi dinding luar sel telur sehingga memungkinkan sperma membuahi sel telur.

"Akrosom pada pada tudung kepala sperma memiliki ukuran besar, semacam kantong besar berisi banyak enzim," kata Nakamura. "Ketika sperma bertemu sel telur, akrosom berfungsi memecah masuk dan melepaskan enzim untuk membantu sperma menembus sel telur."

Akrosom terbentuk ketika gelembung-gelembung membran berukuran kecil, disebut vesikel, menyatu di dalam sel calon sperma. Vesikel-vesikel ini menahan enzim yang diperlukan sperma untuk menembus dan membuahi sel telur. Gabungan vesikelmembentuk sebuah membran di bahagian depan sperma mirip topi dan disebut akrosom.
Tanpa DHA, pembentukan membran tidak akan terjadi. Jika vesikel-vesikel tidak menyatu, pembentukanakrosom gagal dan menghentikan pematangan sperma. Pada saat ini para peneliti hanya melihat sperma dengan kepala bulat, bukan berbentuk kerucut seperti sperma yang sihat.

Nakamura mengatakan kekurangan DHA pada manusia dan mamalia lain sebenarnya tidak lazim sebab manusia dan mamalia mampu membuat DHA sendiri dari asid lemak lain.

Namun kerusakan enzim pembentuk DHA bisa menyebabkan masalah kemandulan. Darah dengan kandungan DHA rendah memberi kesan terhadap menurunnya tingkat kesuburan. Pengambilan makanan yang kaya dengan DHA dapat menyelesaikan masalah ketidaksuburan ini.

"Selagi sistem di dalam tubuh bekerja dengan baik manusia dapat membuat cukup DHA dalam tubuh mereka asalkan memiliki prekursor," kata Nakamura. "Namun beberapa kelompok orang mungkin mengalami penurunan kemampuan untuk mensintesis DHA, sehingga dapat dibantu melalui pemakanan."
 

Saturday, 14 January 2012

Jusco dan kenangan..

1 comment :
Assalaam..
Papa dan akk merasa boring dan serba tak kena..taktahu nak buat apa...
So..jom kita gi jalan2..kata papa..
Sejak shopping komplek Jusco OU ni di ubah suai..hanya beberapa kali saja akk  pergi bersama Oya..itu pun secara tergesa.. kerana ada barang keperluan penting yang hendak di beli.
 Kalau dulu inilah tempat kami habiskan masa bersama di hujung minggu, dari dia kecil.. hingga dia besar..semua pelusuk Jusco ni kami dah redah. Ibarat kata.. dah hafal kedudukan kedai2 di situ.
kali ini..bila sampai saja kesini..papa dan akk hampir serentak berkata..eh! dah rasa lain pulak suasana kat sini selepas di ubah suai ye! akk jadi sedeyyyyy...huhuhuuhhuk



teringat tempat yang biasa di kunjungi bersama Oya...namun semuanya sudah berubah. tinggal sejarah..

laluan lalu lalang kami..

dulu ada restoran makanan segera disini..tempat kami lepak dan makan2 sambil perhatikan gelagat orang yang lalu lalang..hehehe
cepat betul masa berlalu kan? 
papa cukup faham apa yang akk rasa..kalau lah boleh ku ulang semula segalanya..

Friday, 13 January 2012

whats is life..part 5

No comments :
Assalaam..

whats is life..part 4

2 comments :
Assalaam..


whats is life..part 3

4 comments :
Assalaam..



Thursday, 12 January 2012

whats is life..part 2

2 comments :
Assalaam..


whats is life..

3 comments :
Assalaam..


ada kau kisah!

4 comments :
Assalaam..






diam!

2 comments :
Assalaam....

gambar copy dari blog tehr ramuan

Friday, 6 January 2012

bila rose berkembang..

10 comments :
Assalaam..
Bila rose mula berkembang..

yok..layan berus gigi..

2 comments :

Thursday, 5 January 2012

khasiat pokok semalu..

6 comments :
Assalaam..
Berkemas kat  belakang rumah dan tengah fikir, agaknya pokok apa yang sesuai tanam di situ. Mulanya terfikir nak tanam pokok buah2an seperti nangka, mangga, rambutan. tapi..bila fikir balik, masa dia kecik oklah kut.. nanti bila dia dah besar..susah pulak nak menjaga dan menguruskan sampah sarapnya..huhu
Paling sesuai rasanya..tanam pokok herba dan sayur sayuran. akk nak tanam pokok delima, pokok kari, pokok cili,  pokok bende, pokok terong, kunyit, lempoyang, bonglai, peria katak, kacang panjang dll. 

Larat ke nak berkebun nie..hihih

semasa akk berkemas..akk terpandang sepokok pokok semalu yang baru nak tumbuh. lalu akk terkenang masa akk dalam pantang, mak bidan merawat akk dengan menggunakan daun semalu.
apa2 pun kita cari cik google dulu.
cer cik google bagitau cikit info pasal daun semalu nie!


Wednesday, 4 January 2012

khasiat kuaci..

10 comments :
Assalaam..
minggu lepas akk pergi pasaraya Giant seksyen 13..terbeli pulak 2 jenis kuaci yang tak tersenarai dalam list barangan yang patut di beli. nape ntah..ringan ajer tangan ni mencapai 2 jenis makanan ringan ni. rasanya dah bertahun tak makan benda nie. sbb dah lama tak makan agaknya teringin pulak nak makan..hehe
petang ni sambil bertenet..sambil mengunyah isi kuaci. tetiba terfikir.. nak singgah ke rumah cik google, nak tanya..apa hkasiat yang ada dalam kuaci ni ye..




jawapan cik google ada di sini...

kalau dah lembu..

6 comments :
Assalaam..
Sejak pindah rumah/taman perumahan baru nie..dah 2x rumah akk di datangi tetamu2 yang tak di undang. Hari pertama tinggal, sebelah malamnya, taman perumahan kami di datangi tetamu dengan meninggalkan jejaknya yang menyakitkan mata. 'Kaudang' kurang asam betoi!
Malam tadi..tetamu ni datang lagi. tolonglaa sang gembala oii! jangan kau lepaskan haiwan belaan kau merayap merosakkan/mencemarkan taman perumahan ini...
kalau lembu tu dah tentula lembu..janganlah tuan lembu tu pun jadi lembu..huhuhu
marah betul nie..hurghhhhhh !!!!


ada cowboy tak kat M'sia ni..nak suruh buru lembu2 di jalanan nie..hihihih

selamat tahun baru 2012

2 comments :
Assalaam..
Belum terlambat untuk akk ucapkan  'selamat tahun baru' 20012.
Sempena tahun baru ini ..mesti semua orang pasang azam nak buat sesuatu atau nakkan sesuatu kan?..tak kiralah apa azam pun..yg penting ada kesungguhan berazam untuk mendapatkannya. Sama ada azam itu terlaksana atau tidak di hujung tahun nanti..itu cerita lain kan...
Samalah macam akk..azam tahun lepas..hanya tinggal azam saja..hehe. bukan taknak berazam melakukannya..tapi ada sebab tertentu di sini ..




Tahun ini..insyaallah..akak berazam nak khatam al Quran sebanyak mungkin. Ada beberapa buah Quran yang masih belum di baca, hadiah dari kawan2 yang pulang dari mekah samada pulang dari haji dan  umrah. walaupun nampak simple..agak berat juga nie. Mudah2an Allah memberi kekuatan pada akk untuk melakukannya.Harap semua kawan2 doakan akk berjaya melakukannya ye..:) amin.

hari jumaat akk..

4 comments :
Assalaam..
Hari terakhir dalam jadual seminggu akk..
Setiap hari jumaat pagi biasanya akk membersihkan halaman rumah..membaja, mencantas, merumput dlm pasu pokok2 bunga yg tak seberapa pokok tu.. pokok rose pun dah kurus macam nak pupus..heheh..
Tanaman belakang rumah..kengkonon dlm proses nak menanam, tapi tak tertanam juga. adalah sepasu pokok kunyit ,sepasu pokok kari..itu pun dah togel mugil daunnya..akibat menjadi santapan sang kumbangke..si belalangke..si ulatke..malas dah nak ambik kisah..huhhu
Time masak/makan kena awal sikit, atok n cucu nak ke masjid. Sementara menunggu derang balik dari masjid..sompatlah jugak den melolapkan mato den ni 'ah kojap..hehehe


Sebelah malamnya akk dan papa pergi kemajlis bertandang, majlis persandingan Liyana puteri sulong Nani..di sebelah pihak lelaki. Terima kasih ye Nani..sudi menjemput akk dan suami meraikan majlis persandingan Liana.Tak sangka pulak ye..baru saja berkenalan dan baru beberapa kali  berjumpa, Nani seperti sudah lama akk kenal..

bukan saja teruja nak bergambar dengan Hanis Zalika yang manis jelita, nak bergambar dengan ibu Hanis Zalikha pun ye juga..



bersama kawan2 ella..yang dah jadi kawan2 akk juga..:))


bukan sahaja manis, cantik dan pandai bergaya..Hanis Zalikha peramah orangnya..