*

Sunday, 9 December 2012

terjumpa kawan lama..


Assalaam..
sejak kebelakangan ini akk selalu teringatkan kawan2 lama yang pernah rapat dengan akk. selalu sangat memori indah kami bersama terbayang2 di mata dan ingatan akk.
agaknya betulla apa yang orang kata..bila kita dah berusia.. fikiran kita  berbalik kebelakang. akk selalu teringat zaman akk kecik2 dulu..zaman remaja..zaman akk sudah berkerja dan berumahtangga..
rasanya macam rindu sangat nak berjumpa dengan mereka semua..huhu

beberapa hari lepas..sedang akk berkemas..tetiba terlintas di fikiran akk..akan suasana semasa akk tinggal di subang jaya.terbayang wajah jiran/kawan yang rapat dengan akk. masa tu muda..anak pun kecik lagi..kami dah macam adik beradik..tolong menolong.. bersama susah dan senang. sejak berpindah dari sana hampir 30 tahun lalu..akk tak pernah bertanya pun khabar berita tentang mereka. nampak macam ada sikap tak peduli akk ni ye? hehe
rindunya akk!

kebetulan semalam kami keluar tanpa tujuan. nak makan dah kenyang. terasa nak beli/makan kun sundae di McD.. alamak tengah boikotlah pulak! huh
kami ke Tesco nak meninjau2 kut ada barang yang nak di beli.
tetiba akk rasa beg tangan akk di tarik dari belakang. sepontan akk menjerit * dalam hati tefikir jangan pandang belakang.. nanti ada orang pukau * dan jalan laju2. tetiba nama akk di panggil. "rose ke nie? akk toleh kebelakang..nampak seorang yang sebaya akk tengah senyum.. 
"rose! kenal lagi tak " ?
 aaah! siapa ye..tak perasanlah!
Jue lah! dulu kan kita pernah berjiran kat subang jaya..kerja pun di tempat yang  sama !
akk tergamam dan diam..puas akk nak mengingatkan semula siapa wanita kat depan akk nie. akk tetap tak boleh ingat. tapi akk pura2 ingatkan dia..
dia terus bercerita kisah2 kami semasa berjiran dulu. lepas sorang, sorang nama jiran kami di sebut..akhirnya akk teringat semula siapa dia..huhuhu
barulah rancak berborak. dan akhirnya akk akan dapat berjumpa dengan orang yang akk rindu nak jumpa melalui Jue..Insyaallah..





8 comments :

  1. ehem..kadang2 mama pun rasa rindu kat kawan2.. agaknya sbb rumah dah semakin sunyi skrg ni.. :(

    ReplyDelete
  2. mama aini..
    betullah mama. dulukan akk selalu fikir..kenapa mak akk suka cerita kisah silam beliau pada akk. rupanya beliau nak kongsi kisah dia pada anak2. mujur masa tu akk tak biz mcm sekarang. ada masa nak dengar cerita beliau.anak2 kita pulak terlalu bz dgn urusan mereka sendiri.kesian mak2 berkisah dalam blog dan FB jer..haha.. huhu

    ReplyDelete
  3. Seronok dpt jumpa kwn2 lama ni kan kak yon.....saya pun lama x jumpa kawan2 ni. Bc entry ni buat saya rindu dgn kawan2 saya!

    ReplyDelete
  4. yelah. best jumpa kawan lama :)

    ReplyDelete
  5. Ibuhani..
    Kawan2 adalah sebahagian dari kehidupan kita. Bila mereka takde terasa rindukan..

    ReplyDelete
  6. cikilolo..
    Teringin jumpa ciklolo..:-)

    ReplyDelete
  7. salam kak yon
    Mesti sronok sakan kan.beborak panjang ttg kisah silam..hehehe

    Terima kasih sudi lapangkan masa ke tempat tirana aduka.kak yon.

    ReplyDelete
  8. Tirana Aduka..
    kekadang bukan berborak kisah silam..borak hal semasa kisah bola..hahha

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..