*

Sunday, 9 December 2012

mimpi ngeri!..subhanaallah..

Assalaam..
Semalam seharian akk melemaukan diri * memang akk tak sihat pun* dari pagi sampai ke petang.. terbaring tidur lemau lembik.huhu.. 
memang sejak kebelakangan ini akk kerap rasa tak berapa sihat..tapi akk saja kuatkan semangat dan buat2 sihat.
awal pagi papa dah pergi kekilang dan terus pergi rewang rumah jiran kami di seksyen 17.agenda asalnya akk kena ikut sekali. di sebabkan akk rasa pening sangat dan rasa tak sedap badan..akk batalkan saja niat nak kesana.
lepas sarapan pagi, berkemas apa yg patut dan masukkan kain dalam mesin..akk menyambung semula melipat kainbaju yang tak siap lipat sejak dari semalam.tetiba kepala rasa pening..dan rasa sakit dada, kebetulan akk batuk dan akk terus baring dan tertidur..

entah berapa lama akk tertidur..akk pun tak pasti. bila akk sedar..akk nak bangun tapi tak boleh. akk mencuba akhirnya akk bangun tapi dalam sedar dan tidak *seolah bermimpi* akk berjalan dalam rumah akk tapi tak boleh buat apa2. akk cuba nak tutup pintu tapi tak tercapai. akk teringat kain basuhan dalam mesin belum bersidai..tapi tak boleh nak buat. akk duduk memikir kenapa akk ni? akk seolah berjalan di awangan berpusing2 dalam rumah tapi tak boleh nak buat apa apa. terasa ngeriii sangat...astaghfirullah..

lama2 akk terfikir.." bukanke aku tidur tadi..agaknya aku bermimpi nie! " akk balik ketempat akk tidur tadi. akk mencuba untuk sedarkan diri dari tidur..tapi tak boleh. akk mengharapkan papa balik cepat supaya dia boleh kejutkan akk dari tidur. sementara itu akk banyakkan mengucap dua kali masyahadah dan beristighfar..dan berdoa..Ya Allah! aku redha! akk pejamkan mata dan cuba tidur semula..tapi dada akk terasa sakit sangat..akk batuk batuk..pastu tak sedar apa dah..

tiba2 akk terdengar bunyi talipon..sayup sangat.akk bangun tapi tak berdaya nak angkat talipon. badan rasa lemah sangat. lama juga baru akk dapat tenaga semula. bila akk bangun tengok jam dah pukul 3.30 ptg. lepas akk solat papa pun balik. Alhamdhulillah..dapat akk berjumpa papa lagi..
tak semena2 airmata akk berderai...

*******

nikmat yang Allah beri buat penghibur hati..






4 comments :

  1. ehem..semuga akak bersabar..setiap dugaan yg datang, Allah ingin menguji..mama harap akak sentiasa diberkati & dilindungi olh Allah selama2nya..amin..

    ReplyDelete
  2. mama aini..insyaallah..amin.

    ReplyDelete
  3. kak yon. saya banyak kali jadi macam ni...

    entahla. semoga dipermudahkan ye kak yon :)

    ReplyDelete
  4. Ciklollo..
    Agaknya akk selalu fikir pasal mati..tu yg termawak dlm tidor..huhu

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..