*

Wednesday, 12 December 2012

ke pasaraya Segi

Assalaam..
dulu semasa akk tinggal di Sunway Kayangan..pasaraya yang selalu akk pergi ialah pasaraya borong Segi yang terletak dijalan kesungai buluh. Pasaraya inilah yang paling dekat  dengan rumah akk. lebih kurang 5km jer.
harga barangan agak murah..dah namanya pasaraya borongkan..mestilah murah. ramai peniaga berduyun2 membeli di situ.
selalunya akk cuma membeli barang makanan basah seperti ikan ,sayur dan bahan masakan. barang kering tak pasti pulak murah ke idak..sbb akk tidak pulak membeli di situ..
selama akk membeli belah di situ.. akk tak tahu pun..rupanya setiap hari selasa ikan dan sayuran serta stok barang/bahan masakan lain baru sampai. maknanya stok barangan masih segar dari ladang..heheh

kebetulan selasa lepas kan cuti..kami kesana dengan tujuan nak beli ikan pari. papa kata.. lama tak makan masakan asam pedas ikan pari yang akk masak.
bila sampai kat sana..mak aii..ramainya orang sedang memilih ikan yang masih segar bugar. akk teruja memilih ikan2 yang menjadi feberet kami. tak sedar memilih dan menimbang..rasa rasanya akk sudah membeli melebihi keperluan..huhu.
nampaknya hari hari lah akk kena masak!


 nak menayang laa pulak..jangan ler terkecurr ye..tak sedap mana pun! hehe



suka tengok cili api yang merah menyala masih segar lagi..


nak timbang pun kena beratur..

 pakai kamera chokia..blurrlaa pulak..
 inilah ikan segar terus dari Sungai Besar..

tahu tak ikan apa nie? akk memanglah tak tau!
goreng sampai garing..krup..krap..krup..krap..sodap!
tapi baunya ada sikit kurang menyenangkan..hehe

terimakasih kerana sudi membaca celoteh akk..:))

6 comments :

  1. ehem pari asam pedas kegemaran en. & ank mama.. mama tak makan ikan.. :(

    ReplyDelete
  2. dah tengah malam buta ni
    tetiba rasa lapar pulak tengok lauk tu
    hehe

    ReplyDelete
  3. ikan kering tu... selalunya mak munna goreng berlada je....

    ReplyDelete
  4. mama aini..
    eh!..mama tak makan ikan ye..kenapa ekk?

    ReplyDelete
  5. tehr..
    tunggu esok siang makan ye..hehe

    ReplyDelete
  6. munna..
    masak mccm tu pun sedap..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..