*

Thursday, 6 December 2012

dairy hari ini..

Assalaam..
selamat sejahtera lah hendaknya.. rakan bloggerku sekelian.. 

tetiba naik rajin membuat sarapan pagi..mood tengah baik nie. sebab ada orang yang rajin menjengah kedapur mencari makanan..

dah lama resepi cucur jagung ni akk belek di merata tempat dalam internet.tapi belum terbuka hati nak mencubanya. kebetulannya..semalam akk kepasaraya membeli barangan dapur..akk ternampak jagung yang masih segar ada di rak jualan, tetiba akk teringin nak mencuba resepi cucur jagung yang dikatakan enak..


ternyata memang enak sangat rasanya..
memula akk ingatkan papa mesti tak suka..maklum papa ni jenis tak suka mencuba sesuatu jenis masakan baru. kalau pizza atau apa2 masakan yang berasas keju, mayonis ke hape ker..yang sengkatan dengannya..janganlah harap nak pelawe dia..pandang pun tak!..hehe
rupanya cucur jagung ni dia suka plak. mulanya dia rasa pelik..udah rasa..baru tau ya pak!!..enak sekali!!...hihi
" selalu jagung orang buat bubur!.. katanya..



lepas makan tengahari nasi ambeng di makjah coner seksyen 7, papa ajak meronda pulak..nak survey tempat percutian yang belum pernah kami pergi.
" nanti senang kalau kita nak pergi "..katanya

akk nikan.. lepas jer makan tengahari..mata pun mengantuk..dah biasakan.. sebelum solat zohor mesti nak tidor dulu..huhu. tambah pulak hari ini badan rasa tak berapa sihat. asyik bersin saja dan batuk..tak berhenti. lepas makan panadol..apa lagi mata pun macam nak tertutup aje. tambahan pulak duduk dalam kereta..seolah di buai2 rasanya..

sedo sedo..dah sampai sini. gold coast morib resort. masa tunggu papa dalam kereta sempatlah akk amik gambar. hari biasa pun ramai pengunjung ketempat ini. cuti sekolah kan..ramai emak bapak..atok nenek sekeluarga datang bercuti..

akk & keluarga akk bila pulak nak kesini ye ? 
gold coast morib resort
 




cantiknya bunga rose akk pagi tadi !!!
sukakan?
nikmat apa lagi yang aku mahukan?
subhanallah..




2 comments :

  1. ehem lama dah tak makan cucur jagung..terliur nengok !!..mama pernah sampai kesana GCM tu..tapi tak stay kat sana..cantik kan?..

    ReplyDelete
  2. mama..
    kalau tengah terliur ni kan, ada pulak jiran hntr sepiring, wallaa..tak cukup tapak tangan doa kita kan? :)

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..