*

Tuesday, 4 December 2012

bunga bunga di hati..

Assalaam..
selamat pagi dan selamat sejahtera buat rakan blogger..
 
rupanya..
 apa yang kita dapat.. tak seperti apa yang kita idamkan..
apa yang berlaku..  tidak seperti apa yang kita bayangkan..
apa yang kita hadapi... tidak seperti yang kita angankan..
apa yang kita miliki.. tidak seperti yang kita harapkan..
 
makanya..
belajarlah menerima seadanya apa yang kita punyai/miliki. hargailah ia..kerana kesempatan hanya datang sekali.setiap saat dan  masa yang berlalu tidak akan berulang kembali.

Allah sahaja yang maha mengetahui lagi amat  mengasihani.

**********
Dengan izin Allah jua..bunga2 rose di halaman rumah akk berkembang subur walaupun sering akk tinggalkan tanpa penjagaan rapi.umum tahukan pokok rose perlukan penjagaan sepanjang masa untuk memastikan hidupnya subur untuk mengeluarkan bunga yang cantik dan jauh dari terkena serangan penyakit.

memandangkan sejak kebelakangan ini akk sentiasa sibuk dengan entah apa2 urusan.. dan pokok rose akk pun terbiar saja..akk telah memindahkan semua pokok2 rose akk yang berteduh di porch kereta dan di tepi keliling rumah, kehalaman rumah. akk hanya mengharapkan air hujan yang turun untuk membasahi halaman rumah buat hidangan dan santapan pokok rose akk. akk memang tak sempat untuk menjaga kebajikan pokok2 tersebut..huhhu. beginilah..bila semangkin meningkat usia, pergerakan pun sudah mula lambat dan lemau. rasanya masa akk terasa singkat sudah. tak sempat buat apa apa..sedor sedor dah petang..huhuh
pokok rose pun dah tinggal beberapa pasu saje..banyak yang terkena penyakit kanker..dan menanti saat masanya menuju ke syurga..
 
 djohn..tertunduk kesejukan.


 QOS baru nak sihat dari serangan penyakit lepas..dah kena serang balik. dihujung petals yang lebam tu akibat serangan thrips..


 ABETIDE..wangi sangat!!

 tak pasti IDnya..rajin berbunga..

 CHINTA hati ku. bunganya sebesar penumbuk .akak tanam 2 pokok. satu di pasu..satu lagi atas tanah. yang atas tanah dah hampir menuju ke syurga akibat serangan kanker. sedih hati akk sbb pokok dah tinggi lebih 5'.


7SISTERS..
dulu meriah sangat..larr nie..togel jer! mengharap akan meriah kembali..

 ROYAL TOWN.

 DAMASK..
pepagi..bila akk buka pintu/tingkap dapur.. harumannya semerbak mewangi. mengharapkan akan subur dan merimbun supaya dapur akk sentiasa mewangi dengan haruman rose segar dari ladang..heheh


projek terbaru akk. nak meng englishkan kereta sorong ni..hihi
bilalah agaknya akan terlaksana. kena mintak tolong papa laa gamaknya..hehe

kita jumpa lagi di lain n3..salam sayang untuk semua..:))

 
 

10 comments :

  1. cantiknyaaaaa.... deno suka sgt bunga rose.. dah la wangi kan... :)

    ReplyDelete
  2. subhanallah , cantik nye :D

    ReplyDelete
  3. deno..
    jom tanam rose..harumannya boleh hilangkan stress..

    ReplyDelete
  4. Afasz..
    ciptaan Allah yg maha berkuasa..

    ReplyDelete
  5. pagi2 buka tingkap dapur
    harum je bau bunga

    bestnya kalau kat belakang rumah aku juga ada haruman macam ni
    huhu

    ReplyDelete
  6. ehem cantik sangat..mesti rumah berbau wangi ada pokok bunga rose..

    ReplyDelete
  7. Bunga kesukaan saya ni Kak Yon..

    ReplyDelete
  8. tehr..
    best kalau ada tanah luas mcm rmh tehr..boleh tanam banyak2..harum setaman..

    ReplyDelete
  9. mama..
    kekadang bau baja dia lebih kuat dr bau wangi..hihi

    ReplyDelete
  10. Nor Salmi..
    sma lah kita..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..