*

Saturday, 29 December 2012

entry hari sabtu..

Assalaam..
selamat berhujung minggu. buat apa tu?
mesti adik2..kakak2..* oppss! tak mungkin ado kakak2 lagi selain kakyon kan? 
anok2..tengah sibuk dengan persiapan anak2 yang nak masuk sekolah kan ?
kalau sorang aje yg masuk sekolah..taklah kalut sangat. semuanya beres..
 kalau yang anak ramai tu..kenalah buat persiapan awal. mana yang patut diganti..gantilah..
mana yang boleh di recycle..jimat sikit..hehe
apa pun naluri kedua ibu bapa..mahukan yang terbaik buat anak2 mereka. walau sesusah mana pun..akan di ikutkan juga kemahuan anak2 mereka. nak..nak yang melibatkan pelajaran. harus di utamakan.
beruntung kalau ada anak2 yang tidak pandai meminta2 itu dan ini. apa yang di belikan olih ibu bapa mereka, mereka terima saja. tidak pernah membantah atau pertikai..huhu
*teringat.. anak2 akklaa tu..huhu. 

****
Dividen ASB dah keluar. Semua tahu kan..tahun ini kenaikan peratusan lebih baik sejak 12 tahun lalu. berapa lah akk dapat? huhhu..
 tengah berkira2..tahun depan nak melancung ke eropah!!..ada sape kisah!!
~~hahahaha

****
bila sebut pasal nak melancung ke eropah..akk teringat pulak yang besan akk baru balik dari sana. adalah buahtangan buat akk. kekadang akk segan dengan besan2 akk. mereka kerap memberi buah tangan untuk akk. tapi akk ni amat jarang membalas pemberian mereka..huhu 


 macron ni lain sikit rasanya..dia kurang manis sikit dari yang akk pernah makan di sini ..
macron dan beg ole ole dari paris..



ini ole ole dari india. akk dapat beberapa bulan lepas.tak sempat nak jahit lagi. akk nak pakai raya lah nanti. kain sari untuk akk dan kain pelikat buat papa..
kawan2 ada idea tak nak buat baju apa kain sari ni..selain buat baju kurong?


kalau ada sesiapa nak buat macaron bolehlah cuba resepi ni. akk copy paste dari my resepi..manalah tau kut2 nanati akk pun teringin nak buat..:))

Bahan-bahan ( Ikut atas saiz )

  • 65 gm srbk badam 
  • 13 gm srbk koko 
  • 60 gm putih telur ( 2 biji telur ) 
  • 200 gm gula castor 
  • 110 gm gula icing
  •  secubit cream of tartar Filling ( ikut kegemaran boleh beli kat kedai bakery yg readymade lemon @ apa2 perisa )
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

1 .Ayakkan gula icing , srbk badam dan srbk koko ketepikan 
2 . Pukul putih telur dgn cream of tartar hingga berbuih 
3 . masukkan gula castor sedikit demi sedikit pukul hingga kembang dan gebu 
4 . masukkan bahan2 yg talah di ayak tadi ke dlm putih telur yg dah di pukul 
5 . kaup dan balikkn adunan hingga sebati masukkan ke dlm piping beg pakai buang ikut saiz kegemaran anda paipkan atas non stik paper ( jgn terlalu rapat )
 6 . Hentakkan dulang yg telah di pipe kan untuk buang angin 
 7 . ketepikan adunan selama 45 minit supaya adunan yg tlh d pipekan tadi mengeras 
 8 . Bakar selama 5@10 minit 150c 
 9 . Setelah masak biarkan sejuk barulah sapukan filling dan cantumkan * klu nak pelbagai kan colour tk payah masukkan srbk koko bubuh pewarna semasa pukul gula castor * 

 selamat mencuba..:):)




8 comments :

  1. singgah sini

    bestnya nak g melancong europe..byknya buah tangan..

    ***pokok ros yg saya beli tu ada di jual di sebuah kedai bunga di temerloh, pahang..maybe kat sg.buloh boleh dapat lebih murah kot :)

    ReplyDelete
  2. wahhhh nak gi europe..nak ikutttt..hopefully dapatlah kesana sbb nak belajar patisserie :-)..sal pernah g kelas macaroon nie..tapi stii tk de keberanian nak buat :-))

    ReplyDelete
  3. Tihara..
    baru berangan..ada rezeki nanti insyaallah..
    kat sg buloh tak dapat 3 poli rm20. paling murah rm12 satu..huhu

    ReplyDelete
  4. insyaallah salmi..jika rezeki mengizinkan..
    susah ye sal buat macaroon ni? tapi rasanya cukup sedap..boleh ketagih..hehe

    ReplyDelete
  5. ada hadiah yang diberi
    balas dengan senyuman yang paling manis sekali
    hehe

    ReplyDelete
  6. Salam Ukhwah Kak Yon..
    Nisah singgah sini tengok2 buah tangan dari besan kak Yon, dah rezeki kak.. (^_~)

    ReplyDelete
  7. tehr..
    betul3x..senyuman manis sebagai hadiah dan sedekah..:)

    ReplyDelete
  8. Nisah Idham..
    salam ukhwah kembali..singgahlah selalu ;)

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..