22.11.12

sehari punya cerita..

Assalaam..
apa khabar semua pengunjung pangkin nenek? tentulah sihat kan! kalau tak sihat..tentu lah dah berbaring dan berehat..takkan boleh online kan. apapun akk doakan kepada semua pengunjung..semuga sihat wal'afiat dan di permudahkan segala urusan..amin..
***
sementara di berikan kesihatan yang baik..alhamdhulillah..kekadang akk tak mampu menolak selera yang kekadang luar biasa..hihi
pagi ni rasa teringin nak makan roti canai dan teh tarik dari restoran hakim seksyen 7 shah alam. akk biasanya tak berapa selesa nak makan atau minum di restoran mamak. akk dah set minda akk..hanya kaum lelaki saja yang layak makan minum di restoran mamak. jangan tanya kenapa? entahlah! kenapa akk boleh berfikir begitu. papa dah tau sangat..walau lapar macammana pun akk tak akan singgah makan di kedai mamak. akk rela balik rumah masak nasik  berlaukkan telor mata...hehe

jadi kalau nak makan roti canai dan teh tarik papa kena tapaukan bawa balik kerumah..hihi
roti canai nya sangat marveles. bila bukak saja bungkusan terbau keharuman rotinya yang lembut tapi garing.teh tariknya pun sedap lemak berkerim..


 tak pernah dibuat dek akk..makan dua keping roti banjir dan segelas besar teh tarik..
tapi hari ini akk dapat melakukannya..~ hahaha.
*siaplah ko rose..lepas ni jangan nak sibuk2 cari ubat kurus pulak!!

******

balik dari urusan luar rumah..akk nampak sampah bersepah2 depan rumah akk dan rumah jiran. angkara pemotong rumpatlah nie..huuhuu
dahlah sampah pukal MBSA tak mahu angkat. ada pulak penghuni rumah biarkan saja sampah tu. sipemotong rumput main potong aje dengan sampah2 sekali. menyakitkan mata betul..walau pun bukan depan rumah akk..tapi tempiasnya terkena juga..
MBSA pulak satu hal! cukai pintu cepat2 nak kutip.. sampah sarap taknak kutip!!!!!!
patutlah ada rakyat gelarkan " selangor darul sampah! "

 akk sepatutnya berpegang..di mana bumi di pijak..di situ langit di junjung. tapi tak tahanlah dengan keadaan sekarang nie..sampah sarap pun tak boleh nak urus!!!!!

dah penat bersihkan tempias sampah sarap di luar..akk terasa nak makan sesuatu yang akk beli semalam.
naa..ni dia tapai ubi yang akk rendam dalam susu.. pastu masukkan dalam esbok..lemak lembut sejuk..yummmy..


teringat pulak akar kayu *ubat periuk* yang akk beli semalam belum berebus lagi. masa Oya dalam pantang akk ada rebuskan untuk dia minum. akk pun join sekali. wah! terasa hebat seperti muda kembali..ahaks!
tak perlu beli ubat yang ajaib2 bagai..cukuplaa dengan meminum air akar kayu yang reganya cuma RM25 aje.anda akan kelihatan hebat di mata suami..ahaks..ahaks!!
 
*iklan jap*
 berminat sms akak ye..:)


13 comments:

  1. rebusan akar2 kayu ni pahit sangat
    pernah juga minum dulu2

    ReplyDelete
  2. dah makan macam-macam lemak berkrim, minum akar kayu pulak ...bagus bagus...pahit itu lah ubat kan kak?

    Huhu
    Azzah8

    ReplyDelete
  3. salam kak,

    geramnyaaa tgk sampah berterabur mcm tu kan...?

    ReplyDelete
  4. salam kak ...
    adooii mmg sakit mata kan kak kalau tgk bersepah mcm tu nk tak nak kena kemaiiih juga kan kak..

    ReplyDelete
  5. munna pun klu makan roti canak ... mesti nak kena banjir dgn kuahnya..... first time tgk makan ubi dgn air susu mcm tu

    ReplyDelete
  6. salam kak yon
    Tak penah lg minum kak yon..apa rasanya agaknya?

    Terima kasih tak terhingga tirana aduka ucapkan atas doa kak yon untk anak tirana aduka.

    ReplyDelete
  7. mama tak pandai makan canai banjir..he2x.. teruknya diaorg taburkan sampah2 tu..

    ReplyDelete
  8. mama tak pandai makan canai banjir..he2x.. teruknya diaorg taburkan sampah2 tu..

    ReplyDelete
  9. tehr..
    akar kayu ni sangat elok untuk kesihatan dalaman wanita..

    ReplyDelete
  10. Button Planet..
    secara tak langsung boleh memecahkan lelemak jua..:)

    ReplyDelete
  11. Rapunzeel Cikilolo.
    akar kayu ni untuk wanita selepas melahirkan. bukan untuk kurusla..:)

    ReplyDelete
  12. @ ina hashim
    memang geram dan geli..

    @ azlina..
    walau bukan depan rumah akk..bila angin tiup sampai kerumah akk. pastu gagak pulak bawak terbang sampai depan rumah akk..huhu

    @ munna..
    sedap rupanya..mkn tapai ubi dengan air susu..

    @ TA..
    air akar kayu rasanya pahit2 kelat.tak semua orang boleh minum kut.klau dah biasa tak jadi masaalah. anak akk suka minum..mencontohi ibunya..ahaks..

    @ mama..
    sana sini sampah!tempat mama ok ke?

    ReplyDelete

lihat yang lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...