*

Saturday, 27 October 2012

Tungku Tradisional vs Tungku Moden

Assalaam..
Salam Aidil Adha hari kedua..
tak sempat nak ucap selamat dan salam  diawal sambutan Aidil Adha di sebabkan akk ni dah kesibukan sangat..sampai tak sempat nak berinternet.nampak gaya nya akk kena kurangkan masa berinternet di sebabkan masa akk banyak akk gunakan untuk menjaga cucu baru akk sehinggalah habis pantang. apa pun akk tetap berblog walking ke blog kawan2 bila akk ada kesempatan ye!

*****..*****
()
kalau nak bercerita hal2 orang dalam pantang * perempuan lepas bersalin kena jaga pantang larrang selama 44 hari..ada juga sampai 100 hari..heheh. laratke nak berpantang sampai 100 hari..huhu* banyak benda nak di ceritakan dan sebab musababnya..
bab pantang larang perempuan lepas bersalin nie lebih di titik beratkan olih kaum melayu aje kut. tak pernah tanya pulak bagaimana kaum lain menjaga pantang larang selepas mereka bersalin? akk tengok diaorang ok jer..lepas bersalin seminggu dah memanjat shopping kompleks.tak kisahlah apa diaorang nak buatkan..
yang penting kita jaga diri anak2 kita semasa dalam pantang seperti emak/nenek kita jaga kita dulu..
masa dalam pantang barang yang wajib ada ialah tungku selain jamu, barut/bengkong dll.
tungku sebagai pemanas badan.di katakan dengan bertungku..tempat peranakan/rahim yang bengkak akan cepat mengecut dan kering. ia juga boleh memanaskan badan secara tak langsung boleh memecahkan lemak dalam badan yang terkumpul semasa mengandung.
biasanya waktu paling sesuai untuk bertungku pada sebelah pagi waktu terbangun dari tidur.waktu itu kedudukan peranakan/rahim sedang2 elok di tempat kedudukan yang asal. masa dalam pantang posisi tidur hendaklah dalam keadaan terlentang..di larang sama sekali tidur sambil mengiring..hehe. * orang dulu2 kata naik bantal sandar..tidur sambil duduk* budak2 sekarang mana percaya benda2 nie semua..ahaks
pada sebelah malam sebelum tidur..juga paling sesuai. baring pada posisi terlentang sambil bertungku..sampai tertidur..huhu
kalau rajin amalkan..insyaallah peranakan/rahim cepat mengecut dan kering..
*******
ini tungku tradisional yg di buat dari 100% besi. bakar tak sampai 10 minit dah dapat kepanasan yang maximum. ketahanan panasnya sampai satu jam. berat tungku  besi dekat2 2 kg lebih *tak timbang pulak* zaman akk dulu pakai batu sungai.nak cari batu sungai tu..sampai ke sungai Gombak kami pergi..huhu
sekarang tak jadi masaalah nak cari batu sungai..melambak kat kedai menjual bunga sepanjang jalan Sungai Buloh..


haah..yang ini pulak tungku moden. senang nak mengendalikannya. pasang plak petik suis. siapp! bertungkulah nak lama mana pun!
masaalahnya tak boleh nak di acukan sesedap rasa..
setakat letak2 saja di kawasan yang rata.untuk memecah lemak di badan bolehlah agaknya!..hehe
tak kisahlah nak guna tungku yang mana satu..asalkan bertungku demi untuk menjaga kesihatan dalaman..
jumpa lagi nanti..sayang semua ..muuuuaaahhhh!
  

8 comments :

  1. deno tengok kaklong deno berpantang kan... dia guna tungku tradisional..

    ReplyDelete
  2. deno..
    tungku tradisionallah yang terbaik..

    ReplyDelete
  3. bini wak pon X penah bpantang jugakk.., uhhhuuU

    ReplyDelete
  4. wak gelas..
    klu macam tu..pantang jumpalah yek..hehe

    ReplyDelete
  5. ooo tu ke tungku zaman moden? kawan aku ade beli buat tuam kaki...

    ReplyDelete
  6. cikilolo..
    Lagi bes buatbtuam satu badan..

    ReplyDelete
  7. masa ALin pantang memang mak suruh pntg betul2 dan ALin follow jek ...bila masa adik2 plak..drg ikut dorang jek

    ReplyDelete
  8. eloklah camtu Alin..berpantang lepas bersalin boleh elakkan sakit2 badan bila dah tua nanti.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..