*

Thursday, 4 October 2012

resepi teh bunga krisantimum


Assalaam..
Biasanya bila bulan puasa baru akk dapat minum air teh bunga krisantimum yang fresh. itu pun sbb along /illa yang suka beli di pasar ramadhan semasa mereka datang berbuka puasa di rumak akk. mereka tahu yang akk suka minum air teh bunga krisantimum. khasiat air teh bunga  boleh menyejukkan badan. sesuai sangat dengan cuaca sekarang yang panas. biasanya papa selalu beli dalam kotak besar untuk stok minuman kami..
baru2 ni..akk kepasaraya yang baru  buka  di seksyen 15 Shah alam. biasalah kalau ada pasaraya baru..akk rajin meneroka..mencari barang2 apa yang paling murah daripada pasaraya lain..
akk terjumpa teh bunga krisantimum ada banyak di rak.ada dua jenis bungkusan..satu besar dan satu lagi kecil. berat bungkusan yang besar akk tak pasti tapi yang kecil beratnya 100g harga dalam kurang rm5..tak ingat dah..;P
*******
pagi tadi masa nak buat air teringat nak minum.
ahh!! tak tau pulak cara nak masak! 
cer google!..cer google!!

akk terjumpa blog nasirnasir.com
kat situ ada resepinya dan akk copy paste saje..





Bahan-Bahan (untuk satu jug 800ml) :
10-20 bunga krisantimum
gula batu / madu lebah
air panas  * akk masak air dalam periuk bersama gula batu..rebuskan teh sekejap 
pewarna kuning (jika mahu)  * akk tak bubuh..lebih suka warna aslinya

Cara penyediaan:
1. Basuh sekejap sahaja bunga krisantimum * akk rendam sekejap..dah kembang akk buang bendasing..takut juga kalau ada benda yang tak di jangka..hehhe
2. Masukkan bunga krisantimum dalam air panas, biarkan bunga kembang dalam air panas selama 5 minit
3. Masukkan pemanis (gula batu / madu) mengikut citarasa anda
4. Masukkan pewarna kuning untuk warna teh yang menarik (jika mahu)
5. Boleh tambah ais untuk hidangan sejuk
6. Boleh ganti gula batu atau madu, dengan gula biasa.. cuma bila guna gula batu / madu, rasanya lebih sedap lah!
7. Di mana nak dapatkan bunga krisantimum tu? senang sahaja.. cuba cari di kedai ubat cina.. selalunya memang ada di situ.. harganya lingkungan rm40-rm80 sekilogram.. Ada dijual dalam bentuk timbang dan paket.. Selamat Mencuba!

dah tahu cubalah ye. lepas ni..air minuman ini pasti menjadi hidangan buat tetamu yang datang ke rumah akk. fresh dari daporku..walla...


terima kasih ye..kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

7 comments :

  1. Salam K.Rose...xpernah lg minum airtea camgini.Tp nampak sedap tu...

    ReplyDelete
  2. sy pun suke minum teh ni.. tpx pnh buat sndri lgi hihi..

    ReplyDelete
  3. kunjungan perdaya..
    salam kenal dan follow back ya..??

    ReplyDelete
  4. nanti nak carik gak la
    tp darah rendah dan byk angin boleh minum tak th ni?
    terma kasih kak sudi jengok blogpicisan saya
    saya follow sini

    ReplyDelete
  5. thanks kongsi info ni.. :)

    ReplyDelete
  6. sy selalu minum air teh krisantimum..dlm petisejuk wajib ade yg brand yeo's..terbukti dpt mjaga tenaga batin...tp jgn minum tika perut kosong..sbb boleh terjadi angin yg berlebihan..

    ReplyDelete
  7. my faveret drink..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..