*

Wednesday, 19 September 2012

rose rosak..makan nasi ambeng!


Assalaam..
Dari pagi sampai tengahari  akk sibuk mengemaskan pokok bunga rose kat halaman. kesian pokok2 rose akk terbiar tak berjaga. sejak bulan puasa sampai habis raya..akk biarkan tak berjaga dan berbaja. akk siram pagi sekali..itu pun kalau tak hujan..
seronok sangat makhlok perosak bermaharajalela. habis daun semua kerinting..kudup dan pucuk menjadi hitam seperti terbakar angkara thrips atau redmites..daun banyak gugur akibat blakspot..huhu
kena meluangkan banyak masa lagi nak menjadikan pokok bunga rose akk cantik dan subur seperti semula.
dalam banyak pokok yang rosak..ada juga pokok yang mengeluarkan bunga yang cantik..:))

rasa malas nak masak untuk makan tengahhari ini. Yok! ke kedai makjah kat seksyen 7!
akk tapau nasi ambeng jer!
akk panggil nasi ambeng modern. sbb lauknya lain dari nasi ambeng biasa.ada kerabu pucuk paku, ada timun, sambal asam, ayam boleh buat pilihan samada nak masak kicap, masak rendang atau masak merah.ada tumisan tahu dan kentang tapi bukan sambal goreng, ada serunding dan ikan masin bulu ayam. apa pun sedap juga nasi ambeng versi baru ni..kena dengan selera akk. sebungkus cuma RM5 sahaja..

***********


rose warna merah tu..kali ini berbunga lebat.selalunya dia berbunga sekuntum dua saja..



 magenta  * rose kampung * lebat berbunga dan harum baunya...

 QOS pun sama..bila tak di pedulikan..banayak pulak bunganya.tapi akk tak dapat tengok sbb bunganya tak tahan lama.lepas 2-3 hari bunga nya akan gugur.yang akk nampak bekas kelopak yg dah kering..huhu




7 comments :

  1. Alin pun minat bg ros tp tak rajin nak menjaganya

    ReplyDelete
  2. wah.. cantiknya bunga ros.. kembang elok je :-)

    ReplyDelete
  3. sedapnya nasi ambeng tu kak yon.... munna pernah tanam ros tapi tak hidup lama lah kak

    ReplyDelete
  4. kat sini payah nak cari nasi ambeng ni
    hanya nasi berlauk je

    ReplyDelete
  5. sejak PM dah kawen dgn org Jawa nih selalu gak la mkn nasik ambeng tuh...:)

    ReplyDelete
  6. ehem mama pun suka makan nasi ambeng walaupun bukan orang jawa..selalu beli kat `car boot sale` s/alam hari ahad tu..hikk2x..kat sec.7 ni tak pernah lagi..dekat dgn rumah adik mama ni.. he2x..

    ReplyDelete
  7. kat umah ita hanya ada yg wana pink gelap tu...
    tu pun susah benar nak berbunga...
    jap bunga jap hilang..dah macam biskut

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..