*

Sunday, 16 September 2012

raya raya

Assalaam..
bersua kita kembali..kita masih di bulan syawal lagi kan?
akk dan papa baru sahaja balik dari bercuti ke Guilin China petang semalam.badan masih terasa letih dan penat..mata pun mengantuk. so.. tidur tiduran dan rehat sajalah. bila malam dah jadi burung hantu lah pulak..kerana mata tak boleh nak pejam lagi dah...
akk nak sambung cerita raya bergaya yg belum habis lagi.
raya kali ni akk rasa macam tak semeriah tahun2 lepas. tidak ada persedian, persiapan pun dah last2 minit. tidak seperti tahun2 sebelumnya..tidak banyak rumah yang sempat kami kunjungi..walaupun rumah saudara mara terdekat. mungkin faktor usia yang menjadikan kami seperti tidak kecukupan masa..atau mungkin dah semangkin banyak rumah yang harus kami kunjung..
akan sampai masanya nanti akk tak perlu kemana2 lagi kalau hariraya..just duduk rumah tunggu anak2 dan cucu2 dan sanak saudara yang datang berkunjung..heheh
bilakah saatnya itu?..Insya Allah jika diizinkan OlihNya..



kunjungan kami anak beranak bersama kawan ke rumah Syida ibu Elyana.biasalah kalau kerumah syida..bukan cukup 30 -60 minit..paling kurang sejam dua. tak jemu berborak dengan nya. ada saja cerita yang kami borakkan..pastu kami gelak2 sakan sampai terkeluar airmata. ada sekali tu bila kami balik dari masjid sama2..kami berborak sampai pukul 2 pagi kat tepi rumah saja tu..hehe
 tapi itu semua dah tinggal kenangan. bila akk dah pindah rumah..sesekali sekala saja kami dapat berjumpa..itu pun kalau ada majlis kawin atau kenduri kendara dikawasan kejiranan kami.harap hubungan kami akan terus akrab dan berkekalan..amin..


rezeki nak berjumpa Elyana tu ada. sedang kami bersiap2 nak balik..kebetulannya pulak Elyana sampai. apa lagi kami pun bergambar sakanlaa. walaupun  Elyana kepenatan beliau tak keberatan melayan kerenah kami. sikapnya  masih seperti dulu..sopan dan peramah..
cayalaa Nana..u are the best! 

pssst..tetiba teringat Jihan. dia buat2 lupa bila nampak makcik nie kat satu bank. takpadahal.........


terima kasih ye..kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

2 comments :

  1. comelnye Elyana skg.. tp sweet cam dulu =)

    ReplyDelete
  2. assalam kakyon..kakyon kawan baik denagn mak elyana ye.cantik kan dia berambuat lurus macam tu.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..