*

Wednesday, 26 September 2012

kacang dholo

Assalaam..
pernah dengar nama kacang dholo tak? nama ini nama kacang mata hitam dalam versi jawa..hehe
semasa akk berbelanja untuk keperluan dapor diGiant.. akk terpandang kacang mata hitam ni..akk teringat masa kecik2 dulu arwah embah akk suka masak kacang mata hitam ni. macam2 jenis menu arwah masak  dengan kacang ni. antara yang akk ingat masak lemak putih dan masak asam. ada sekali tu arwah masak campur ikan bilis..pastu tumbuk separoh lumat dan tumis dengan cili..akk pun dah ingat2 lupa. sedap sangat masa tu..maklumlah zaman tu makanan tak banyak macam sekarang. apa yang orang tua akk bagi makan itulah yang paling sedap..


kebetulan emak akk ada di rumah akk.akk tanyalah mecamana nak masak kacang tu.
caranya...
bersihkan kacang dan rendam semalaman.basuh bersih rebus dan dengan sedikit garam sampai empuk. merebusnya agak lama juga. petua nak cepat empuk..bila air sudah mendidih..perlahankan api dan tutup periuk.
sudah empuk tapis dan buang air rebusan. basuh lebih kurang dan toskan.pastu bolehlah masak dengan resepi anda sendiri..
akk masak lemak putih dengan su'un dan tahu kering. buat masak lodeh pun sedap.
selamat menccuba.

makan pulak dengan sambal mangga dan ikan masam. mak ai! tak sedo berpinggan2 makan nasi!..hehe

terima kasih ye..kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

5 comments :

  1. Dulu2 menu kacang ini ditumis dgn hati dan pedal ayam mesti ada semasa kenduri kawin di kg saya..sekarang dah tak ada. tak tahu apa sebabnya menu ini dipinggirkan, org sekarang tak suka kot kacang ni.

    ReplyDelete
  2. Lidah jawa je boleh pronounce betul Kak Yon hihi... masa kakak kecik dulu pernahlah nampak arwah mak kakak tanam sekarng macam tak pernah jumpalah. Kami org jawa dulu memang famous dgn kacang dholo nie.

    Tetiba kakak teringin nak buat macam yg Kak Yon buat tu.:)

    ReplyDelete
  3. assalam kak rose..ehem pernh nampak kacang ni..tapi tak pernah makan lagi..hu2x..

    ReplyDelete
  4. sis kena join master chef la

    ReplyDelete
  5. salam kenal,

    klu kacang nih belah utara kami panggil as kacang ketupat...sebab dimasukkan ke dalam ketupat palas yg dimasak time raya :D

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..