*

Wednesday, 19 September 2012

guilin hari pertama part 1

 Assalaam..
Baru ada kesempatan nak bercerita masa akak perci bercuti ke Guilin  China minggu lepas. Sebenarnya percutian kami kesana tidaklah di rancang. perancangan awal nak ke Vietnam..di sebabkan banyak sangat halangan semasa proses nak kesana, jadi kami batalkan niat ke Vietnam. belum ada rezeki lagi agaknya.
kenapa tukar ke guilin pulak? 
papa selalu cakap..kawan2 dia bercerita..katanya bes pergi sana. dapat tengok pemandangan yang indah mempesona. pada akak biasa aje..sikit pun tak teruja..sbb dah tahu tempat tu bukan tempat bershopping..hehe

lainlah masa pergi Beijing dulu..baru pertama kali..seronok kemain nak ke negeri China..negara yang paling ramai penduduk dengan pelbagai kaum etniknya..*terpengaruh dengan cerita maharaja cina dulu2* masa pergi ke Guangzao dulu pun teruja nak bershopping.tapi hampehlah pulak..:(

kali ini akak ikutkan papa..
kebetulan semasa belek2 surat khabar terbaca iklan dari Pearl Holiday (Ummah Holiday) menganjurkan percutian tersebut. tanpa buang masa akak terus talipon..booking..bayar deposit..dalam seminggu semua urusan selesai. senangnya berurusan dengan mereka. kami seramai 17 orang termasuk ketua kumpulan sangat bertuah kerana ketua kumpulan kami fasih berbahasa cina. Apa2 masaalah kami rujuk pada beliau.

Hotel penginapan kami di Guilin.
kami berpindah randah dari satu hotel kehotel yg lain mengikut aturcara lawatan. aturcara lawatan pulak tidak mengikut apa yang tertulis di dalamnya..kerana mengikut keadaan dan cuaca semasa. cuaca pulak tidak menentu..kekadang panas..tetiba hujan..berangin dan mendung. kena dalam keadaan bersedia dengan berbagai kemungkinan. ramai juga yang dapat selsema, batuk dan demam. akak demam 2 hari..sakit kepala..perut sebu/kembong mungkin tersalah makan * ni yang akk tak teruja langsung..sbb dah tahu makanannya tak sesuai dengan akak* sib baik ada bawa makanan segera..

 

lawatan hari pertama kami ke Yao Mountain naik cable car. *dalam aturcara lawatan sepatutnya pada hari ke4 *. seingat akak..akak naik cable car baru 3x termasuk kat sini. sebenarnya akak takut sangat naik cable car. pertama kali naik di Bukit Bendera..puluhan tahun lalu. kedua dkat Genting Highland pun puluhan tahun lalu. sekali saja akak naik..lepas tu tak naik lagi dah..seriou akak .mungkin akk ni fobia pada tempat tinggi kot!
memula rasa takut juga..tapi papa bagi semangat. ada kakak tu lebih tua dari akak..tapi selamba aje. kuat berjalan..makan berselera..happy sentiasa..
dah naik/duduk dalam cable car tu..rasa best pulak..dapat tengok pemandangan dari puncak gunung.
dapat tangkap gambar sikit2 aje.. takut kalau camera terjatuh! heheh..
pemandu pelancung kami berpesan banyak kali..jaga barang kepunyaan sendiri semasa naik cable car..takut nanti tercicir/jatuh.. takde siapa nak tolong ambilkan..
kesian en.mus..kasutnya tercicir masa naik cable car..terpaksalah dia  berkaki ayam..heheh 

taman di puncak Gunung Yao..
jumpa lagi dicatatan berikutnya..
terima kasih ...kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

5 comments :

  1. Bukan kakak tak kesian dgn kawan Kak Yon tu tapi kakak gelihati macam mana kasut boleh tertanggal? Dah kena beli kasut baru dan betul-betul made in China ye:)

    Kakak pun rasa kalau kena naik cable car memang gayat habis. Lama betul kakak tak naik. Last naik di Sentosa Island ok jugalah..

    ReplyDelete
  2. salam kyon...kik3x.....ros pun xleh tahan bila part kwn u al tercicir kasut tu (huhu,naya sungguh). tapi tertanya2 gak, camna blh tertanggal kasutnya tu? adoiii,lucu2.

    btw mmg gayat naik cable car ni ye kyon, ros pernah try sekali je masa g new zealand dulu (tapi masa kami naik waktu malam jadi xnampak sgt ketinggian tu). yang langkawi pun xpernah2 try lagi.

    ReplyDelete
  3. mcm kt genting pun ada ek,,tp cable car tu lg menyeramkan,,;),,teringt plak memori gi beijing dulu,,

    ReplyDelete
  4. ehem kesian kasutnya jatuh masa naik cable car..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..