*

Thursday, 27 September 2012

Guilin hari kedua part 1

 Assalaam..
Hari kedua di Guilin akk rasa teruja nak masuk Crown Cave. dalam aturcara lawatan sepatutnya aktiviti ini pada hari kelima. memandangkan cuaca tengah panas..memang elok untuk aktiviti tersebut. Di Guilin  cuaca tidak menentu. kekadang panas ..tetiba hujan..berangin dan sejuk. kena sentiasa bersedia dengan payung dan baju tebal..

sebelum kami meneruskan aktiviti hari tu..kami bersarapan disebuah restoran muslim dalam perkampungan/pekan muslim. nama tempat  tak tau pulak. beberapa hari kami sarapan, makan tengahari dan makan malam di situ..sampai naik muak dah!..

lain kali kalau pergi ke negara China kena bawak cik meggie banyak2 dari M'sia..hehe


meja ini untuk group makcik2 dan pakcik2 je. 8 org semuanya. macam tau pulak kita orang mengroupkan diri walaupun kami tak pernah kenal sebelumnya. satu group lagi 8 orang juga..yang muda2 semuanya. senang kan nak mulakan topik perbualan..

makanan utama masyarakat muslim selain nasi. macam kueh pau tapi tak berinti.

nampak tak apa tu? 
telor! heheeh
telor yang tak dibasoh!
kembang tekak akk! tapi dia orang belasah aje!
kesat aje dengan tisue..hahahahaq!



kreatif tak orang cina? dalam hujan pun boleh redah jalan naik moto. siap ada pakaian khas untuk orang naik moto. hujan ke..tidakke..aktiviti jalan macam biasa. tak payah nak duduk bawah jembatan berteduh atau lepak dulu kat rumah tunggu hujan teduh..last2 satu kerja apa pun tak jadi..hihi

memula naik slide car ni rasa gayat..huhuhu. Dah naik rasa best pulak. slide car ni kita yang kontrol sendiri nak laju atau perlahan. nasiblah sape yang berada di belakang kami.slow giller kami bawak sambil menikmati panorama alam semulajadi...hehehe





menikmati pemandangan, sawah padi dan gugung ganang dari slide car..


selepas naik side car kami naik mini train pulak untuk menikmati pemandangan dalam gua





naik elevator melalui sungai dalam gua







di hujung gua ada lift untuk bawa kami keluar dari gua.
tunggu citer seterusnya eah!..

8 comments :

  1. cantiknya permandangan kat sana.....

    ReplyDelete
  2. Kak Yon, suka baca blog Kak Yon, semuga Kak Yon sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga...thanks kak sharing all your experiences with us

    ReplyDelete
  3. sangat cantik pemandangan kat sana..

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan Kakyon, dari blok En.Zino
    Best tak Guilin... ada hajat nak ke sana

    ReplyDelete
  5. hilang rindu bila nampak sawah padi
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk mata memandangkan tehr

      Delete
  6. wah ..teruja ta dgn pemandangan alam.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..