*

Monday, 17 September 2012

aku anak jati muarke ?


Assalaam..
malu rasanya..ngeeee..
apalah akk nie..nama ajer orang Muar..
jalan nak pergi ke Jalan Bakri pun tak tahu..huhuh
sebenarnya akk dapat jemputan kenduri kawen dari anak jiran emak akk di kampung. bila dah kena jemput..kenalah mewajibkan  diri menghadiri majlis tersebut kan? masa anak akk kawen dulu mereka datang anak beranak memeriahkan majlis kami. kenalah berbalas kunjungan ye tak?
bukanya jauh sangat Jalan Bakri tu dari bandar Muar. lebih kurang 5 batu saja. tapi nak jadi cerita..kami sesat meraban entah kemana. Asik berborak..sedo2 kami tersasar jauh sampai dah dekat Batu Pahat. heheh
buat muka sadin tanya wak gerai jual pisang arah ke Jalan Bakri. Sib baik plat kereta no selangor. klau tak..tak berani akk ngaku orang Muar..

dah jumpa rumah pengantin..akk termalu lagi..ngeh..ngeh..ngehh
bolehke akk tak kenal/perasan tuan rumah tu...
selamber jer akk tanya..ini ke rumah en.......?
walaupun dah tertulis jelas alamat rumah tu.nak tunjuk ramahlah konon..heheh
sekali orang tu jawab..ekeleh..akulah en..... tu! 
takkan kau tak kenal aku!!
lorr engkau ker..aku tak perasan/kenal tadi.. ingatkan siapa!
mana aku nak kenal..kau  pakai baju orang rewang! hahaha
 

 apa yang spesel ada kat kenduri kawen kat jalan bakri nie?
bungkusan tapai dan isinya..
tapai di balut dengan kertas kaler ijau. olok olok macam daun pisanglah konon..kenapa mesti ijau? tak bolehke kaler merahke..kuningke..biruke..hehehe

 tapainya jernih dan manis..sedap! tak pernah jumpa tapai sesedap ini..serius akk cakap!!
tengok! tapai siapa?
tapai pulut sarimah yang punya!! 
takkan Sarimah pelakon veteren tu punyakan ?

terima kasih ye..kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

6 comments :

  1. Assalam kakyon..tapai sarimah tu memang popular..disekitar melaka dan negeri sembilan..kalau dikedai2 makan di N9 pun ada tapai ni..acik biasa beli

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum K.Yon..

    Samalah dengan saya. Sampai Sungai Mati je yang tak sesat, bila dah masuk bandar Muar, boleh menangis tepi jalan. Tapai mmg sudah menjadi manisan mesti ada masa kenduri kendara. Sebelah NS, Melaka Dan Johor Kalau takde tu mcm tak lengkap saja majlis. :)

    Terima kasih sudi bertandang,follow dan komen di blog saya yang tak sampai pun setahun jagung tu.

    ReplyDelete
  3. Acik Erna..
    sedap betul tapai tu. smpai skarang ni terasa2 lagi dlm mulut..

    ReplyDelete
  4. Deru ombak..
    wslam..
    akak org muar pun sesat..inikan pulak org luar.

    ReplyDelete
  5. tak pernah pulak jumpa tapai dalam kertas ni
    biasanya dalam daun getah atau daun pisng je

    ReplyDelete
  6. tehr..
    takpun dalam mangkok plastik kan.dalam bekas apa pun tak kisah.. asal warna dan rasanya membuka selera untuk makan dn makan lagi..:)

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..