*

Thursday, 30 August 2012

tumit kaki pecah?

Assalaam..
semasa mengunjungi sanak saudara di musim perayaan tentu kita banyak berjalan kan? mesti ada yang sakit2 kaki dan sampai pecah tumit kaki atau kematu dek kerana terlampau banyak sangat berjalan..heheh

kat sini akk turunkan pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah..

kalau inilah rupanya tumit kaki yang pecah..tersandung kekulit..mak ai sakitnya!! 


  Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga kulit kaki yang keras hilang

 Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan. 

 Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh 

Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.

 Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.

 Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.

Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.

selamat mencuba..mudahan masalah tumit kaki yg pecah akan pulih semula ..insya allah..




8 comments :

  1. seronok kopek tumit yang pecah..

    ReplyDelete
  2. wah boleh ikut petuani.. terima kasih share petuani k.yon

    ReplyDelete
  3. Matjoe..
    pastu kumpul ekk..hehe

    ReplyDelete
  4. saleha..
    akk pun share dr org lain..:)

    ReplyDelete
  5. rumah i dah habis rumput lah..hee

    ReplyDelete
  6. Azian Elias..
    cuba yak lain..hehe

    ReplyDelete
  7. thanks share petua ni..mama tak tahu pun petua2 begini..hu2x..teruknya.. :(

    ReplyDelete
  8. mesi sakit tu kalau dah teruk
    tips baik untuk semua ni

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..