*

Sunday, 12 August 2012

sudah ramadhan keberapa ni?

Assalaam..
cepat nya masa berlalu..ramadhan ke berapa ni?
baru nak warm up merajinkan diri kedapor memasak untuk iftar..ramadhan pulak dah nak berlalu pergi..huhu
belum pun banyak amalan yang sempat dilakukan di ramadhan kali ini.. shawal pulak sudah mengintai tak sabar mahu menjengahkan dirinya..
makanya.. buatlah apa sahaja yang termampu..
namun..kakyon@kakrose bersunguh2 membuat apa yang termampu olih kudrat yang bersisa entah berapa lama lagi....

selama 3 hari iftar sendirian di rumah akk sudah dapat merasakan beginilah ( mungkin ) rasanya kebanyakkan ibu2 yang di tinggalkan olih anak anak sendirian di rumah. sunyi sepi takde kawan untuk berbual sambil makan. makan pun macam tak berselera. apa nak buat kan kalau itu sudah ketentuan takdir. takkan nak salahkan takdir pulak kan ? kena hadapai walau apa jua yang berlaku..kehidupan mesti di teruskan..

*-*
 
sebenarnya pekerja papa dalam cuti..balik kekelantan ziarah saudaranya meninggal dunia.jadi.. selama 3 hari dia bercuti, papalah kena ganti jadi driver menghantar pekerja kilang balik. inilah nasib berkerja sendirikan..awaklah bos awaklah juga perkerja.kadang2 pekerja cuti.. awak yang kena buat  kerja. Syian papa terpaksa iftar dalam van kilang. bukan dia sorang saje..pekerja kilang pun iftar dalam van juga.
sebelum pergi jam 6.30pm..papa siap2 bawa bekal makanan dan minuman..hihihi..
macam budak sekolah plak..hehehe

masa ni lah pulak mood nak memasak pun datang..

rajinkan akk!..siap buat karipap sadin..

agar agar gula melaka..

rendang ikan tongkol..
yang lain2 tak special pun..tak nyempat nak berposing..
jumpa lagi esok ye..daaa..

terima kasih ye..kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..