*

Friday, 24 August 2012

selamat hari raya

Salam aidil fitri..
sudah hari kelima kita menyambut  bulan syawal. rasanya belum terlambat untuk akk nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. 
berminggu akk tidak meng updet blog ini..lembab jer macam cuaca kat luar tu sejuk beku kekadang suam suam kuku.mungkin faktur usia yang dah nak masuk kilauan emas kut yang buat akk rasa tak sempat nak mengejar masa yang pantas sangat berlalu..huhu
sambutan hari raya tahun ini biasa2 saja. tidak berlebih atau berkurang. beza nya..kegembiraan akk bertambah meraikan kehadiran ahli baru keluarga kami berhari raya dan dapat kemasjid menunaikan solat sunat aidl fitri bersama sama.
sesi gambar bergambar tidak semeriah dulu dulu. yang menjadikan meriah kalau ada cucu cucu beraya bersama. riuh rendah mereka itu yang menghiburkan, menjadikan suasana raya meriah dan ceria.
 balik semula ke rumah sendiri di shah alam selepas raya..sunyi sangat rasanya. jalan raya lengang, rumah, kedai tertutup rapat. masa inilah baru merasa memandu kereta tanpa tekanan dengan trafik...tenang dan lapang..kiranya jalan raya ini analah yang punyaa..!heheh
selepas puas menjamu selera hampir seminggu dengan makanan ketupat, nasi impit, rendang daging dan ayam, kuah kacang, kuah lodeh dan sambal goreng..mari kita bertukar selera pulak nak?
akk masak lemak tempe untuk hidangan makan malam semalam..

dua keping tempe sebesar tapak tangan yang akk masak..habis licin kami berdua makan..
nak kan resepinya ada di sini..


 jumpa lagi..daaa~~~




5 comments :

  1. Salam Aidil Fitri juga buat Kak Yon. :)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya.... maaf zahir dan batin kak Rose.

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya untuk kak yon dan keluarga
    kuih raya ada lagi ke?

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum wrt kak Yon..lamanya azzah tak singgah sini...sibuk bebenor gamaknya...hehehe...
    rasanya masih belum terlambat utk Azzah ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN utk akak sekeluarga ...

    ReplyDelete
  5. ehem.. mama pun dah jemu dgn menu2 raya..sedapnya kalau tukar selera dgn menu tempe camtu kan..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..