*

Wednesday, 1 August 2012

sehari suntuk berjalan..

Assalaam..
berjumpa lagi kita di hari ke 12 ramaadhan :=)
penatnya hari ini..kakyon@kakrose keluar rumah dari pukul 10 pagi, balik..sampai rumah dekat pukul 4 petang! sehari suntuk berjalan sampaikan solat zohor pun dah chupol waktunya. huhu 
bukan kemana pun..ke PJ pulangkankan P1..malas dah nak guna..line dahlah macam siput..pastu kejap ada..kejap takde. dari sakit hati baik akk pulangkan saje!
tertunggu2..bilalah nak ada line unify kat kawasan rumah akk nie..
buat masa ni akk pakai line DIGI broadband RM68..share dgn papa bergilir..hehe

lepas tu ke Jalan Loke Yew..mencari bangunan Viva Mall. pusing2 dekat sejam jugalah baru jumpa..huhh! masuk parking senang..mencari kereta selepas parking yang susah..heheh.
tulah..dah tau tempat tu baru pertama kali pergi..amiklah gambar kat tingkat berapa parkingnya..tiang no berapa..naik lift no berapa. ni tidak..main terjah aje. macam lah dah terer sangat. pusing2 mencari kereta dah dekat setengah jam. sebelum tu mencari kedai pulak satu hal.jenuh meredah setiap tingkat..huuhuh.


pergi pulak ke Sungai Buloh. sepatutnya kesini dulu..baru ketempat lain. akk ikut aje mana driver nak bawak dulu. kat sini punya lah ramai orang. mereka semua buat urusan yang sama macam akk. nak raya ni kan..paham2 aje lah. macam2 boleh buat urusan dengan Agro Bank..


 *-*
 jom layan gambar sambal tumis udang petai yang akk masak semalam.popia basah beli kat param..teringin sangat nak makan.sampaikan bersusah payah my papa carikan sampai jumpa! :))




jumpa lagi..

terima kasih.. kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

2 comments :

  1. sambal udang memang sedap...

    ReplyDelete
  2. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..