*

Tuesday, 7 August 2012

kami buat pilihan sendiri..

 Assalaam..
keseronokan berpuasa tahun ini berbeza sangat dengan tahun2 sebelumnya. walaupun permulaannya di selubungi rasa sedih dan sayu kerana kami tinggal berdua saja menghadapi waktu bersahor dan berbuka puasa..lama kelamaan dah jadi perkara biasa saja...
nampaknya bertambah lembab dan lemaulah kakyon@kakrose nak kedapor..huhu
selera makan pun dah berkurang..papa pun sama. menu kami menjadi ringkas seringkasnya.kalau tidak *masa mereka tinggal bersama* harus menu penuh semeja. tambah pulak kalau anak2 semua datang..meriahlah meja makan kami..hahaha

lama tak ke restoran Azira seksyen 10 Shah Alam..
 waktu tanya papa nak makan apa hari ini..papa kata kita beli ajelah..
waktu sampai disana..akk minta papa buat pilihan, papa kata teringin nak makan kari kepala ikan.akk pulak terliur tengok asam rebus batang keladi dan ikan cencaru bakar..
So.. papa kata kita buat pilihan ikut selera masing masing..heheh

kari  kepala ikan tenggiri. kalau hari2 biasa akk yg terlebih berselera dng menu ni..hihih
kali ni papa yg terlebih berselera..

 orang2 kg yang sengkatan dengan akk..jangan nak menafikan nikmat makanan ini..hehe. asam rebus batang keladi lawan dengan ikan masin..pergh! asam rebus batang keladi dan ikan cencaru bakar *no gmbr *menaikkan selera akk..
 ini pilihan akk..nagasari, abok2, cucur badak dan bom kacang hijau.

pilihan papa popia ayam dan kueh rengas.
nampak macam akk yang terlebih makan ekk?
alhamdhulillah..semuanya habis tanpa pembaziran.papa kata lain kali pergi beli sesama..ikut pilihan memasing..baru habis di makan. kalau tak, banyak makanan terbuang kerana membeli ikut selera tukang beli..heheh
akk percaya setiap dugaan yang Allah uji..ada kenikmatan di sebaliknya..

terima kasih ye..kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

9 comments :

  1. Alhamdulillah masih berdua.....bila semua ke asrama, atau udah bermenantu memang sunyi kan..lengang rumah. Anak2 saya masih belajar belum bermenantu lagi. tinggal anak sorg lagi kat rumah. Selamat bersahur

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/08/lovely-iftar.html

    ReplyDelete
  2. Meja rumah zana masih penuh time berbuka walau bertiga je, penuh dgn jenis air...hehe....puasa kali ni zana bnyk minum air. Boroi la perut ni....huhu..

    ReplyDelete
  3. mamawwana..
    sudah lumrah kehidupankan..kena terima seadanya..

    ReplyDelete
  4. zana..
    ada anak yg tengah berselera nak makan memang seronok melayannya..
    akk buat sejenis air..tapi bertukar setiap hari..

    ReplyDelete
  5. Betul kata papa tu kak rose sebab kalau beli ikut selera masing-masing terus habis...

    ReplyDelete
  6. dedulu..ALin tak suka asam rebus keladi..tp bl mak asyik masak jek..dah jd ketagih

    ReplyDelete
  7. asam rebus keladi, sedapnya..

    ReplyDelete
  8. @ kakzakie..
    yelah.nk mkn bukannya banyak.buat pilihan masing2 senang..

    @ alin..sedapkan? nak2 makan masa cuaca panas..hirup kuah smpai habis..

    @ tini..sedap!

    ReplyDelete
  9. ehem mama pun makan berdua je..hu2x..sedeyyy kan?..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..