*

Tuesday, 31 July 2012

tetiba jadi bz body pasal ASB

 Assalaam..
ramadhan ke 11 sudah..
malam tadi kakyon@kakrose turunkan semua langsir tingkap. nak basuh pastu pasang balik. tahun ni tak perlu ganti langsir baru kot..sbb langsir tu baru saje pakai.akk kan baru pindah bulan oktober lepas..tak sampai setahun pun.lagi pun kain langsir masih dalam keadaan elok lagi. jadi tak perlulah nak bazirkan duit membeli langsir baru. langsir baru ke..langsir lama ke..raya tetap raya..hehe
*ayat orang berjimat @ mendekut..:P*

*_*

akk nak cerita sikit.
Pagi semalam akk saja membizikan diri pergi ke bangunan ASNB Shah Alam.. akk nak update buku ASN2 akk. masa dividen keluar hari tu..akk  nak update..buku pulak hilang/tersalah simpan. Baru terjumpa semalam terus nak update..
 Alhamdhulillah..pelanggan pun tak berapa ramai..urusan akk mesti cepat siap. tapi tidak juga..cuma 2 kaunter saja di buka. di salah satu kaunter ada sorang pelanggan lelaki masih muda..dalam lingkungan umur awal 30an tahun sedang berurusan. beliau menghulurkan sekeping cek..lantas bertanya pada kakak kaunter...

*dailog dia lebih kurang camnie*

p:    akak boleh masuk ASB guna cek tak? 
kk:  boleh!..
       ambik cek belek2 komputer pastu kata..
      dik! duit ni dah terlebih. akaun adik dah penuh!
p:   oh yeke! habis nak buat camne ye?
k:   lebihan duit ni adik bukak akaun ASM lah..boleh?
p:   boleh!
      itulah lebih kurang dialognya.

apa yang akk nak highlightkan ialah..muda2 lagi akaun dia dah penuh dalam ASB. banyaknya duit dia ni! kalau penuh akaun dah ada RM200 ribu.tetiba akk jadi bz body..hehe. akk lihat penampilannya biasa2 saja. baju , seluar  kasut tak berjenama pun. sempoi aje. dari pandangan akk..mungkin pemuda ini seorang usahawan kecilan..takpun seorang peniaga kecil2lan.
tentu pemuda ni seorang yang berjimat cermat hingga mampu menyimpan duit sebanyak itu.kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang sebaya dia..ramai yang masih merangkak2 mencari sumber pendapatan. simpanan pun entah ada entah tidak. alangkah eloknya orang2 muda di luar sana..jadikan pemuda ini sebagai contoh. takde maknanya berpakaian berjenama mahal..menunjukkan kemewahan..hakikatnya zero! kata omputih..kosong! kata najwa latif..nol! kata orang indon..hehe
jumpa lagi..


 terimakasih sudi membaca catatan kakyon@kakrose..

6 comments :

  1. Kakcik ni jangankan RM200K, RM200 pun takde... :(

    ReplyDelete
  2. simpan sikit2 lama2 jadi bukit.Ramai org muda srkg lebih suka melabur di shopping mall hihi.gaya lebih tapi duit pun takde.

    ReplyDelete
  3. salam kak..
    dah cube tegur anak2 agar menyimpan..ade yg dengar tapi ade jg anak yg terlebih gaya..

    ReplyDelete
  4. memang hebat pemuda itu...

    folo sini...juga,..senang2 singgahlah ke 'miaduniaku' pula

    salam ramadhan dan selamat berpuasa

    ReplyDelete
  5. setuju ngan kakcik....kekeekeke...jadikan tauladan tu

    ReplyDelete
  6. Banyaknya duit simpanan dia,200k tu.Mungkin dia seorang yang bejimat cermat.klik nuff kak ros.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..