*

Tuesday, 31 July 2012

menu yang kakyon@kakrose masak sendiri

Assalaam..
bertemu lagi.. berbuka makan ape malam tadi? kakyon@kakrose berbuka makan nasi..ber laukkan ikan gegerut masak asam pedas tauchoo, tumisan kacang bende dan ikan goreng.semuanya masak sendiri..sudah rajin sikit..hehe
 takde kuih mueh. akk cuma  buat lengkong bodo bodo..hehe.nak tahu apa lengkong bodo bodo tu? ala lengkong yang makcik2 masak warna merah tuu..perasa sirap rose. seedap tuuu! tak jemu makan.nak nak dah sejukan dalam petiais dulu.sedo sedo separoh loyang dah kena ngapppp! hehe

asam pedas tauchoo ni..memula akk makan semasa baru kawen dulu. arwah ibu sedara papa yang masak. papa memang sukakannya..sbb dah hari hari dia makan masakan tukan.. semasa papa bujang dia tinggal bersama ibu sedaranya..
senang saja memasaknya. masak seperti masak asam pedas lain. semasa menumis tambah tauchoo jer..
kalau nak ikut cara akk pun boleh..
untuk 2 kepala ikan gegerut tu akk guna 10-12 tangkai cili kering..buang bijinya  rebus dan bersihkan. kisar bersama sebiji bawang besar, sebesar ibu jari kunyit hidup, sedikit halia, sedikit belacan dan seulas kecil bawang putih. 3 biji bawang merah dan seulas bawang putih di mayang. sebatang serai di titik. tumis bawang yang di mayang bersama serai sampai naik bahu. masukan cili kisar tumis sampai garing. bila dah garing masukan tauchoo dalam 2 sudu besar. kacau2 masukan semangkok air dan asam jawa dalam setengah sudu besar.ikut suka rasa masamnya.masukan ikan dan masaklah sampai ikan masak. perasakan garam dan serbuk perasanya.masak sampai agak sedikit pekat. biasanya akk masak guna ikan cencaru..kali ni tukar ikan gegerut pulak.

lengkong bodo bodo pulak..lagilah senang..
sukatan akk, semangkok agar2 stripe..macamana nak sukat agar2? gunting kecil2 dalam seinci.. masukkan dalam mangkok. basuh bersih dan masak bersama 3 mangkok air dan 3/4 cawan gula. pada akk ni manis..jadi akk letak 1/2 cawan aje dan seketul gula batu.dah menideh..masak lama sikit..masukan pewarna merah dan esen rose. masuk dalam loyang  dan sejukkan..
selamat mencuba.

terima kasih.. kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose..

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..