*

Tuesday, 24 July 2012

syian rose sakit..

Assalaam..

 semalam membelek pokok bunga di halaman rumah. macam ada sesuatu yang tak kena dengan pokok2 itu. sejak masuk ramadhan akk jarang melayan pokok di halaman. memandangkan cuaca sekejap panas dan sekejap hujan..akk mengelak diri dari terdedah dengan cuaca begitu. akk kenalah jaga kesihatan akk juga..

  daun2 yang gugur  berlambak di tanah..tangkai bunga yang layu berceranggah menyakitkan pandangan mata.nampak ada tanda2 pokok akk ni kena serang penyakit..huhh
kalau pokok ni dah terkena penyakit..susah nak kawal dan memerlukan masa untuk merawatnya..huhuk
 sementara menunggu pokok2 sihat semula..mari kita layan bunga yang mana terselamat dari serangan penyakit..


 rose ini.. EBB TIDE  namanya. rose paling wangi yang ada di halaman rumah..

 CHINA DOLL..meriah berbunga lagi..

 ROYAL TOWN

 basal brake dari rose platinum.bubuh baja tinja arnab jadi gebu.. terus keluar bud berjambak

 pink fairy

 red fairy

 scarlett meidland

 d'carpet

 red chili

damask



inilah rupanya mahklok yang menyerang pokok rose akk.dah sembur racun serangga dari minggu lepas. tak jalan. liat nyawa makhluk halus ni. pagi tadi akk sembur pulak campuran bawang putih, cili api, sabun basuh pinggan dan minyak masak. lupa pulak nak bubuh sedikit cuka. akk spray sampai lencun semua daun. petang tadi akk tengok..nampak ada sedikit perubahan..binatang tu tak menguit lagi. kalau tak jalan jugak..kena togelkan semua daun..huhuu
 jumpa lagi..


3 comments :

  1. wah, jenuh juga nak membelek daun2 tu
    banyak tu

    kulat ke apa ni, kakyon?

    ReplyDelete
  2. salam kak yon.Selamat berpuasa.

    Cantiknya bunga rose kat umah akak ni..rajen menanam bunga.

    Kat umah atie xder tanam bunga rose...bunga lain ada larrr:D

    ReplyDelete
  3. ehem cantiknya bunga2 ros tu..mendamaikan..mujur apa cara yg lain utk membunuh serangga perosak tu..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..