*

Monday, 30 July 2012

shopping apa di Mid valley mega mall..

Assalaam..
hari ini sudah 10 ramadhan.tidak sampai beberapa minggu lagi dah nak menyambut bulan shawal pula. cepatnya masa berjalan.persiapan raya pun dah nak bermula..

*-*

hari jumaat lepas kakyon@kakrose teman kan Oya pergi ke expo barangan baby di MidValley Mega Mall Bangsar.

 seawal jam 9 pagi kami dah pergi..nak mengelakkan dari kesesakan jalanraya. biasalah laluan highway persekutuan tu memanjang aje jem.. tak kira masa. "cepat kita pergi ..cepat kita balik"..kata Oya..

 ehh! macam sama jer !

bila sampai ke tempat booth jualan bakal2 ibu dah berpusu2 menyopping sakan. sampaikan nak memilih barangan pun susah. pada akk  dah tak reti nak memilih/membeli. zaman begini sudah lama akk tinggalkan sejak puluhan tahun dulu.Oya teruja hendak membeli semua benda..dari pakaian hinggalah kepada keperluan lainnya.baru nak masuk usia kandungan 7 bulan..dah hampir siap semua keperluan. biasalah orang  beranak sulongkan..tak sabar2 nak melengkapkan keperluan buat babynya. akk pun macam itu juga dulu..lambat dapat..sampai merajuk..huuh

akk pun menyopping juga. beli barut buat anak dan bakal cucu..heheh


senang nya zaman sekarang nikan.ada pulak bantal khas untuk menyusukan baby.sempat akk melihat demo yang di buat olih pelancong nie.kalo dulu2 pangku je dengan tangan sampai lengoh dan sakit pinggang. sekarang ni takde alasan lagi dah untuk ibu2 yang taknak menyusukan babynya.. :)

*-*
walau pun balik dah lambat dan penat..sempat juga masak. tumis udang dan kentang, tumis sayur kobis bersos tiram dan ikan goreng. yang lain beli di bazar ramadhan..


terima kasih.. kerana sudi membaca catatan kakyon@kakrose.

3 comments :

  1. mmg boleh dpt murah barang2 baby kt expo macam ni

    ReplyDelete
  2. macam barang kelengkapan baby ada zaman sekarang kan..mudah jer..

    ReplyDelete
  3. banyak shopping kat midvalley?..ehem setiap hari highway persekutuan jammm..minggu ni mama ke PPUM lagi..boring lama2 duk dlm keta..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..