*

Friday, 6 July 2012

menu lunch hari ni..

 

Assalaam..

Semasa  papa ontheway nak balik rumah..dia call dulu. awak masak ke hari ni? tak masaklah papa..peti ais dah kosong..seko ikan pun takde! hehe..sebenarnya saja akk tak beli..sbb hujung minggu ni nak balik kampung. lagi pun hujung minggu memang tak masak! haha.. *alasan malas nak kedapor. nasib baik akk dah warga emas..ada exuse malas nak masak. lagi pun dah jemu jelak asik nak kedapor jer…

kalau kau orang yang muda2.. malas nak kedapor memasak untuk laki dan anak2.. taktau lah nak cakap apa dah! kesian laki..tak pernah merasa airtangan bini..asik rasa airtangan mak2 indon kat luar tu jer. nanti kalau dia carik yang lain..jangan salahkan laki pulak ye!

orang tua2 kata..airtangan suami  *ehh! salah! ini kalau kes suami yang jadi tukang masak*...isteri jadi mengikat kasih sayang suami. tak percaya? amalkanlah..

mana ada laki yang kata masakan bini dia tak sedap..walaupun setakat goreng sebijik telor..ikan masin..ikan bilis..*warga emas tak boleh makan nanti darah naik mencanak*.pasti dia kata.. seedaap!!!!..hahah..

kalau dah pemalas sangat..sbb nak suruh laki sayang..hari harilah goreng telor ye…kahkahkah..

papa balik bawa lauk pauk yang di belinya digerai kawasan perumahan kami. sedap masakannya dan murah pulak harganya. ini kali kedua papa menyopping lauk di situ..hihi.  untuk 3 jenis lauk ni cuma RM8 jer..murah tak? cukuplahkan..untuk sekali makan buat kami berdua..

jumpa lagi..sayang semua..

psst…abaikan petua org tua2 tu ..kalau tak percaya..

8 comments :

  1. wah, memang murah tu
    macam ni gaya tak payah masak la hari2

    ReplyDelete
  2. Salam K.Rose..mmg klu dah tinggai berdua cam malas nk masak.
    Tp demi suamiku..masak la jgk TP kami selalu kuar berdua,kdg2 mkn kat luar jer.
    Bila mlm masak la apa yg simple2...nasi ngan lauk telo ker :D
    Alhamdulilah,suami jenis yg xcerewet mkn.

    ReplyDelete
  3. hikk2x..dapur mama pun selalu tak berasap..murah harganya !!!..ayat tak menahan..`asyik rasa airtgn mak2 indon`..wakaka.. :)

    ReplyDelete
  4. tehr..anies..
    Murah sesangat..ramai student itm kat sini.. agaknya sambil sedekah la kot.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. azatie..
    Untung atie dpt suami x cerewet.msk apa pun mkn.kekadang akk panaskan lauk semalm pun dia makan. Janji panas..heh

    ReplyDelete
  7. mama..
    Airtangan mak2 melayu suci bersih..yg lain tu paham2 jelah..;)

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..