*

Sunday, 22 July 2012

kisah bulan ramadhan

 Assalaam..
salam ramadhan..
hari pertama berpuasa. alhamdhulillah dapatlah akk menunaikan solat terawih di surau kawasan kejiranan rumah akk. bukan takde masjid..tapi masjid terletak agak jauh sikit.
 malam pertama berterawih akk duduk di saf barisan ketiga.mencari tempat yang selesa untuk membaca alquran sebelum masuk waktu isyak. ingatkan bila masuk aje waktu bolehlah akk berganjak kehadapan masuk saf kedua ..atau pun saf pertama.
tetiba datang seorang ibu dengan membawa dua orang anak kecil terus masuk ke saf kedua. sebelum mula solat..anak2 ini nampak ok dan duduk diam saje. bila solat bermula ..dia tak boleh duduk diam lagi dah..mula merengek dan buat bising sesama mereka. suasana bising sangat  menganggu jemaah lain untuk bersolat dengan khusuk.
apakah ibu ini tidak perihatin dengan keadaan semasa. kut iya pun nak solat terawih sesama pastikan anak2 tak menganggu jemaah lain nak bersolat..duduklah dibarisan saf sebelah belakang..

memang elok melatih anak2 pergi ke surau atau masjid..tapi keselesaan jemaah lain kena ambil kira jugakan?

malam kedua terawih..selepas solat isyak tetiba perut ni  meragamlaa pulak.harus di tunaikan qadak hajat ni.mencari pintu bilik termenung..berkuncilah pulak. ingatkan ada orang di dalam, rupanya memang di kunci dari luar.
nak balik rumah, kena berjalan jauh. nak bawak kereta..kuncinya ada pada papa. lagi pun nanti tak mungkin akk sempat bersolat terawih malam ni. ikhtiar akk masuk bilik lelaki dan mintak tolong adik2 perempuan yang tak solat tunggu di luar.kut2 masuk orang lelaki nanti..naya akk!

cerita yang nak akk sampaikan ni..wahai AJK masjid/surau..janganlah di kunci tandas tu. tandas tu kan tandas awam.bila dah masuk bulan2 penting begini mesti tempat ni menjadi keperluan orang awam. kalau rosak pun tulislah notis..supaya tidak menyusahlan orang awam..


1 comment :

  1. ehem mama pun selalu terkena begitu..buat apalah diaorg tu kunci tandas tu kan?..hu2x..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..