*

Thursday, 26 July 2012

insaf..

Assalaam..
salam ramadhan.. hari ke enam dah!
waktu akk memasak petang tadi sambil2 menonton tv..akk  tertonton program TV3.. apa nama ntah program tu..INSAF kut! akk pun tak pasti..
program mengisahkan seorang pusher..betulke ejaan dan apa makna pusher pun akk tak tau! ..telah insaf dari perbuatan yang telah dia lakukan masa lalu..
mendengar kisah dan luahan hatinya dalam program tersebut..akk rasa sebak pulak..huhu

sebenarnya..sejak kebelakangan ini.. kan banyak cerita bayi2 yang di buang ibu bapa sendiri..akk selalu terfikir bagaimana kehidupan anak2 yang terbiar tanpa ibu bapa atau anak yang tidak sah taraf menjalani kehidupan harian mereka dan menghadapi kerenah masyarakat? akk selalu terfikir..kalau anak tu dah tahu siapa diri mereka..apa perasaan mereka? tentu mereka marah..sedih..geram..keliru..dendam dan ada seribu macam perasaan yang terpendam dalam diri mereka. kasihan! mereka tak bersalah pun!

kisah inilah yang akk tonton di tv petang tadi..
kisah seseorang yang tidak tahu asal usulnya..terjebak dengan aktiviti tidak sihat sejak berumur 13 tahun, telah insaf dari pekerjaannya sebagai seorang..boleh akk katakan sebagai seorang gangsterlah..maaflah kalau bahasa akk ni laser sikit..:)
semuanya di luahkan dalam program ini.akk tak reti nak cerita lebih..sbb sambil masak sambil tengok tv..yang akk sempat tengok dia menangis semasa meluahkan isi hatinya.akk pun nangis sama. akk ni kan gembeng..mana boleh tengok orang nangis!

begitulah kuasa Allah SWT..walau sejahat mana pun hambanya..bila telah di bukakan hatinya untuk bertaubat..maka bertaubatlah dia. janganlah kita cepat menghukum mereka2 yang kita sangka jahat..kerana Allah sahaja yang mengetahui di sebalik kejadiannya.
kalau nak tengok kisah sepenuhnya..tonton aje..program tonton tv3.

*-*

takde kene mengena dengan cerita atas tu. saje nak menanyang apa akk masak semalam..

 selamat menonton..selamat menjamu selera..dan selamat malam.
jumpa lagi..sayang semua :))




3 comments :

  1. salam ramadhan akak..ehem mama ter`down` lagi..hu2x..menunjuk je !!..respect kat akak..rajin masak..

    ReplyDelete
  2. Sesal dan bertaubat sangat dituntut
    Tiada siapa yang sempurna

    ReplyDelete
  3. Zana lg la, tgk drama pun dah nangis, kememe......
    Kakrose, teringat mkn asam pedas rumah kakrose dulu. Kalau ada masa, cuti raya ni zana nak jln rumah tau.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..