*

Monday, 16 July 2012

hari jumaat lepas..

Assalaam.. 
hari jumaat akk yang lepas..
kena masak tak boleh malas..
tapi masak masakan orang malas..hehe

ikan senangin masak lemak kuning..
bahannya semua di racik tak perlu digiling..
 senang masaknya tak perlu pening..
rasanya sedap..masa makan sangatlah  happening..hihi
 
bahannya..
3 potong ikan senangin,1 labu bawang besar
2 batang serai, setengah inci halia, 2 biji tomato, sehelai daun kunyit, 2 biji cili merah. semua bahan di potong2 kan..
masuk dalam periuk letak santan..jerang atas dapor kacau2 kan. masukan garam dan perasa.masaklah sampai ikan masak dan terus di hidang..

sebelah petang pulak..Oya teringin nak makan puding keremel.selalunya dikukus..kali ni nak mencuba teknik mengukus dalam oven..gatal tangan! heheh.
nasib baik menjadi..
sebelah malam papa ajak makan durian..
port paling best menjamu durian di Seri Muda. memula nak makan durian kampung aje..2 biji RM15. habis makan rasa tak puas..papa oder durian kunyit sebiji. masih tak puas lagi..papa oder pulak musang king..
 hah amik kaw!! tak terabis..paksa diri makan sampai habis!!

6 comments :

  1. assalam..wah bestnya makan doyan..mama dah kena kurangkan mkn doyan tu..hu2x..nanti pening kepala..maklumlah org dah kena hukum tembak ni..semua kebiasaan makan dah kena dikurangkan..ruginya.. :(

    ReplyDelete
  2. pudding caramel??? durian??? aduiii.. sedappp..

    ReplyDelete
  3. assalam kakyon..terliur acik nengok puding karamel tu..dah acik ni tak reti2 nak buat gula hangus..tengok gambo je la..

    ReplyDelete
  4. kat port klang ni rega durian gila2 betul.. sebijik yg ok tu rm20,... rasa x puas langsung,..

    ReplyDelete
  5. bila la nak merasa durian ni?

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..