*

Sunday, 8 July 2012

daging goreng kimchi..

Assalaam..
Hari minggu kalau takde aktiviti marhaban atau pun pergi kenduri kawen..akk tak tahu nak kemana dah.anak anak ada acara mereka sendiri.akk rasa macam nak keluar kawasan..tapi baru semalam balik dari kampung. penat pun tak hilang lagi. bila papa kata.. dia ada marhabban..akk dah terfikir apa nak buat sorang sorang kat rumah. nak membasuh kain baju..mesin basuh pulak meragam..bila spin kain tak cukup kering.. nak mintak di ganti la tu..huhuhu
berkebun, berkemas dan memasak ! haih..memasak ni yang paling malas! kalau tak masak nak makan apa ek? kalau lapar kang.. nak suruh sape beli makanan. dahlah kereta  akk papa pakai, sbb  kereta dia dihantar ke workshop. jawabnya akk kena masak jugak. tetiba teringat ada benda ni yang boleh dijadikan bahan masakan..

pertama kali akk mencuba masakan ini.resepinya akk pandai pandai reka sendiri..hihi
main agak2 ajer..main rasa2 ajer..ikut naluri citarasa sendiri..


daging goreng kimchi
mula mula akk rebus daging separuh masak supaya senang nak hiris nipis. agak agaklah nak makan banyak mana.gaulkan dengan sedikit garam pastu goreng biar gareng sikit. bawang besar, bawang putih dan sedikit halia muda dihiris halus. tumis dalam kuali sampai naik bau.masukan kimci..agak agakla nak banyak mana..masukkan garam tambah perasa..last sekali masukan daging goreng. sesuai makan dengan nasi panas panas. bila dah sejuk rasanya  ada lain sikit.nanti try masak bubuh bahan lain pulak.. harus mencuba dulu..baru tau! :))

psst...puasa dah dekat..harus blog ini jadi blog masak memasak pulak..hehe

2 comments :

  1. ehem..kerana tersampok drama korea selalu tgk kimchi ni kat tv..hikk2x..wah akak masak daging dgn kimchi..sedap tak?..

    ReplyDelete
  2. mama..
    tengok pun boleh tersampok ekk mama.kimchi ni makan mentah sedap..dak kena masak rasa lain..tapi kira oklaa..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..