*

Tuesday, 24 July 2012

cerita ramadhan..

Assalaam..
hari ketiga berpuasa terasa sunyi pulak..:(
perancangan awal nak ke Klang bersama papa, ada sedikit urusan yang belum selesai. kereta papa pulak tak boleh start. batery kong kut! macam2 hal lah kereta ni buat perangai. sejak kebelakangan ni..meragam ajer kerjanya. beberapa kali keluar masuk klinik..tak pulih lagi..dah uzurlah katakan. jangan mintak di ganti baru sudahhh!
tak sanggup dah den nak nanggong hutang. dah tuo2 nak berhutang laie! hish..hish.

sementara menunggu makenik datang..papa guna kereta akk.
sementara menunggu papa balik..apa lagi, akk melingkaw ler atas sofa..hehe
tetiba papa call kata dia kena keluar kawasan. eh! kawasan mana tu ekk? ala..keluar ler dari kawasan shah alam nie..hihih
lamanya akk tertidor sampai waktu zohor baru terjaga. itupun sbb papa dah balik.
lepas asar terus kedapor..pike apa nak masak.blurrr..
selera kami berdua taklah seberapa.janji kenyang sudah. kalau ada Oya boleh minta idea dia nak masak apa..
tetiba akk rasa akk kesorangan dah! huhuhuh

*..* *..*

 puasa pertama sham datang berbuka bersama.rumah akk meriah dengan cucu yang tak berhenti berceloteh. masak simple2 aje..ikan cencaru sumbat sambal kelapa, sayur campur, ikan goreng dan illa bawak ayam goreng madu kut!..air bunga kekwa dan kole kacang..kueh peveret akk!

ehh! macam makan takde kuah pulak ye? haah..akk masak sayur campur saje lebihkan kuahnya. masak nasik lembik sikit..sedap makan masa tengah panas..
kami pergi pasar ramadhan dekat kawasan rumah kami di seksyen 7. taklah ramai sangat peniaga..pengunjung pun macam kurang jer..mungkin hari sabtu kebanyakkan orang balik kampung..ambil peluang berpuasa bersama keluarga.
papa beli cucue udang..akk pulak beli seri muka..ada orang sebut seri kaya.tak kisahlah apa namanya..janji sedapkan! yang ini memang sedap!


sebesar ini harganya rm3 sekeping. ukuran lebih kurang 3x3 inci..tebal tak sampai 1 inci pun. akk nampak satu loyang 4 segi di bahagi dengan 9 keping. mahal ke murah ye?
salam n selamat berpuasa..jumpa lagi..sayang semua!! :)



6 comments :

  1. Assalamu'alaikum.

    kakcik baru teringat yang kakcik dah lama tak buat cencaru sumbat sambal kelapa. Bila tengok di sini, rasa berkobar2 pulak nak buat. :) (tapi sekarang masih pagi...)

    _________________________
    I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

    ReplyDelete
  2. sedap2 menu berbuka tu..salam ramadhan ye

    ReplyDelete
  3. kuih seri muka ke tu kak? mahal nyer

    ReplyDelete
  4. Erk?? 3inci x 3inci je besaunya tu bharga rm 3?? Isk..mahainya..

    Bukankah kuih muih still dijual 3 sehengget or 40sen je seketui ka??

    ReplyDelete
  5. kak yon, berbuka bersama keluarga jugak terbaik

    ReplyDelete
  6. ehem macam mahal harga seri muka tu..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..