*

Thursday, 19 July 2012

cerita hujan..

Assalaam..
hujan dari semalam tak teduh lagi..
hujan dan  gerimis silih berganti..
 hujan membuat hati jadi sayu dan sunyi..
gerimis dihati mengundang lagi..huhu..

 kain baju berlambak tak bercuci..dah beberapa hari akk tidak mendobi ..ingatkan hari ini panas..dapatlah akk mengeringkan kain baju yang dah berapa hari tak kering..
dari duduk termenung memikir camne nak mengurus kain baju ni..baik akk layan perut yang kosong mintak di isi nie...


telor goreng hancur nie papa yang suka sangat makan..
tapi pagi ni akk n Oya pulak yang berselera makan. cuaca sejuk..hujan renyai renyai..selera pun terbuka..letak apa saja pasti jadi mangsa kami berdua..haha
kalu sudi..nak resepi amiklah ye.taklah sesedap mana.tapi.. can do lah!

 3 bikik telor,1--2 sudu besar susu cair, sedikit garam, sedikit serbuk lada sulah, sedikit perasa.. pukul dengan garpu aje sampai kembang..
4-5 ketul fish ball, 2 inci karet, bawang besar..potong dadu kecil/cincang halus..
minyak secukup untuk menumis..atau boleh juga guna butter//planta.tapi akk guna minyak  bunga matahari. tumis bahan yang dicincang sampai layu..masukan telor..kacau sampai masak..dan terus hidang. ambil masa 5-6  minit saja siap!



pokok rose di laman kesejukan minta di teduhkan..
kalau di biarkan kena hujan berpanjangan..nanti dia sakit pulak..
nak tak nak..kena lah angkat teduhkan dia ditepi rumah. yang dah tanam atas tanah tu..tak dapeklah den nak nolong..nasiblah kaw pokok! harap2 kaw boleh menahan diri dari serangan kanker.kanker ni menyerang pokok bila musim hujan. pokok rose tak boleh menahan diri dari cuaca lembab/basah.. nanti banyak penyakitnya..pelan2 dia mati beragan! hehe
 ada banyak lagi pasu yang tak sempat/tak boleh nak angkat..berat sangat. nanti nak sangat selamat kan pokok..tuan dia pulak yang tak selamat..hehe
lebih 40 pasu tue..dah macam cerita P.Ramlee dengan 40 orang penyamun pulak..hahah
P.Ramlee ada orang suruhan yang ganteng2 untuk mengangkat pasu2 tue. akk nak suruh sape? ada yang ganteng sorang tue..syian pulak nak suruh2..hihi

2 comments :

  1. lama tak makan telur .. smntara aiman berpantang makan ni ella pun pantang sama kak. Hehehe.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..