*

Saturday, 7 July 2012

Assalaam..
pernah tak makan makanan ni? inilah kimchi..makanan khas orang korea..
jiran akk yang baru balik dari bercuti ke korea..bawakan kimchi sebagai ole ole untuk akk. akk pernah makan kimchi dan akk sukakannya. semasa akk bercuti ke korea dulu..kami di bawa melawat kekilang/sekolah membuat kimchi. kami di ajar cara cara penyediaan untuk membuat kimchi. akk ada buat catitan masa tu..tapi buku catitan tu ntah akk letak dimana. akk pun dah tak berapa ingat lagi resepinya. kalau merminat nak tahu kita google sama sama ye..:)
dikatakan kimchi baik untuk kesihatan..terutama membaik pulih sistem penghadaman kita.  hari hari mesti melabor punya! hehe


inilah rupa kimchi yang jiran akk bagi

Kimchi baik untuk kesihatan..

Kimchi disebut sebagai salah satu dari lima "makanan tersihat" di dunia menurut majalah Health Magazine. Kimchi kaya dengan vitamin, membantu pencernaan, dan berkemungkinan dapat mencegah barah. Sayuran yang sudah lama diketahui baik untuk kesihatan, apatah lagi ditambah bakteria hidup pada kimchi yang lebih banyak dari yogurt. Penggunaan cili merah dengan banyak dalam kimchi juga sering disebut-sebut baik untuk kesihatan.
Menurut pengkaji di Universiti Kebangsaan Seoul, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan kimchi mungkin dapat digunakan untuk mengubati burung yang terjangkit selsema burung. Ayam yang dijangkiti selsema burung sebanyak 13 ekor diberi makan pati kimchi dan 11 ekor antaranya mula sembuh seminggu kemudian. Tetapi ketika ini tiada bukti penelitian yang sama boleh digunakan untuk mengubati manusia.
Kebaikan kimchi untuk kesihatan manusia terus menjadi kontroversi kerana kimchi kadang-kadang dikaitkan dengan pelbagai kesan buruk pada kesihatan.

2 comments :

  1. assalam..ehem mama tak pernah lagi makan kimchi ni..he2x..lagipun mama tak berapa tahan makanan yg pedas2.. :(

    ReplyDelete
  2. mama..
    Makanan ni maasam dan pedas.klu ygnx tahan perut..bertunggu tanggala..kat ' rmh kecik ''kata p ramlee..hehe

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..