*

Friday, 6 July 2012

ala..goreng pisang jer!


Assalaam..
selamat pagi jumaat..
biasanya awal bulan macam ni..kena pulak hari jumaat, akk memang suka. akk boleh memerap dalam rumah dan boleh buat apa yang akk suka sesuka hati. Papa pulak duduk di officenya sampailah tengahari. kalau hari2 biasa..jenuh akk mengikut papa kesana dan kesini..huhu
sebelum masuk waktu sembahyang jumaat baru papa balik..

lepas berkebun..terasa lapar pulak. jemu dah rasanya asyik bekpes makan roti kaya..roti planta..roti bakar..dan ada macam2 roti lagi..
pagi ni akk nak layan goreng pisang tanduk/pisang helang.
pisang ni jiran akk yang bagi. bawak balik dari kampung..katanya.
 
tak susah nak buat pisang goreng kan? tak taulah cara adik2 akk buat macamane? cara akk senang aje. akk tak berapa gemar guna tepung rangup yang macam orang jual di gerai2 tu. rasa tak ori. akk lebih suka buat cara akk sendiri..macam orang dulu2..orang kampunglah katakan yek!! hehe

pisang helang//tanduk sebijik akk potong2 jadikan 12 keping. senang bagi bilangan tepat..nanti takde berebut dengan papa! heheheh
tepung gandum..garam..gula..kalau ada kapur bubuh sedikit * akk tak taroh..sbb takde * untuk merangupkan tepong.serbuk kunyit sedikit.sbb nak kalerkan dia ' kunenn '..kata orang perak..hihi
adunlah semua bahan hingga sebati. celopkan.. tapi akk gaul sekali pisang tu..pastu di 'ghorenn' kata orang perak hingga masak..
kalau sedap..kabo2kan lah kat teman2 lain ye..kalo tak sedap..kita senyap jer!..;) heheh

7 comments :

  1. assalam..sama lah ngan acik..memang suka guna tepung gandum je..letak kunyit sikit..sedap..ori..

    ReplyDelete
  2. salam kak. baru hari ni ella dpt berjln ke blog kwn2.

    Akak, ella pun buat pisang goreng gitu la cara2 membuat tepungnya.

    kak, terima kasih ye dtg tgk aiman haritu.

    ReplyDelete
  3. Acik Erna..
    lebih sedap guna tepung gandum..lebihan dia pun boleh goreng jadi cekodok..

    ReplyDelete
  4. wslm ella..
    cara ni lebih sedapkan..
    sesama ella.alhamdhulillah..Aiman bertambah sihat.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya makan goreng pisang dengan air kopi.

    ReplyDelete
  6. Norzie hany..
    nyum..nyum..nyummy..

    ReplyDelete
  7. nak sikit !!!..lama tak makan pisang tanduk ni..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..