*

Monday, 23 July 2012

air tangan oya

Assalaam..
salam ramadhan..
tetiba Oya teringin nak makan sesuatu. sesuatu itu ialah kek batik.semasa dia sedang mengoogle resepi terjumpa resepi dari  selera sakura..langsung dia berselera dan teringin nak mencuba memasaknya sendiri.
" masaklah dik! ibu bukan tak tahu buat..saja malas. adik belajarlah masak masakan moden..biar ibu masak masakan tradisional ajer ! "..kihkihkih
ayat tak menahan!!..

memang sedap ..tapi pada akk ianya terlalu manis.mungkin akk ni kurang suka pada makanan yang manis. pada Oya ok jer..
takpe..lain kali kalau akk nak buat..akk akan kurangkan kemanisannya..
lepas berbuka..habis dah separuh bahagian yang dihidang.dah tinggal sikit baru sempat nak menayangkannya..:))

malam ketiga berterawih..sangat selesa dan lapang tanpa ganguan.Alhamdhulillah..
di sebelah akk duduk seorang wanita muda yang sedang asyik membaca/mendengar ayat alquran dari i pad.akk dengar suara orang mengaji dari dalam ipad tapi tak dengar pun suara dia. changihnya adik ni bawak i pad kesurau untuk mendengar/belajar mengaji. akk ni bawaklah Quran kecik siap bawak pensel lagi..senang nak menanda sampai mana berhenti nanti..jauh dah ketinggalan akk nie!..hihi
begitu sekali tingginya teknologi kini.apa2 pun semuanya di hujung jari.pendek kata..takde apa yang tidak boleh di lakukan..semuanya boleh belaka.
kecuali ketentuan Allah SWT..


4 comments :

  1. ni mmg sedap kak tapi ella tak penah buat. beli je. ehehehe.

    ReplyDelete
  2. ramai jg yg berbuka dgn kek batik ya

    ReplyDelete
  3. wah...sedap kek batik ni..

    ReplyDelete
  4. ehem oya buat kek batik..mama pun suka makan kek batik tu..he2x..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..