*

Sunday, 29 July 2012

40 tahun lalu..

Assalaam..
Alhamdhulillah..Insya Allah..sampai dah ramadhan hari ke9..
Hari ini, 40 tahun lalu, ucapan "aku terima nikahnya..." terngiang ngiang lagi di telinga akk. biasalah orang perempuan kan..mesti kita  ingat akan segala apa yang berlaku dalam kehidupan kita..nak nak hari2 penting dalam hidup kita..:))

akk macam tak percaya..sudah 40 tahun akk menempuh kehidupan berkongsi segala2nya..suka duka, susah senang..melalui  liku2 jalan yang sempit..terpijak onak dan duri..dilambung ombak. di hina..di pinggirkan..di lupakan..dan segala macam kerenah dalam keluarga dan masyarakat...dengan seorang yang akk sayang dan senang memanggilnya dengan nama ''papa"

 syukur sesangat..keempat orang anak akk sedang membina dan mengatur kehidupan masing masing. Apa yang mampu kami buat ..doakan mereka berjaya membina keluarga bahagia masing2. akk berumahtangga ketika usia akk 17 tahun dan papa berusia 25tahun. kami  berkawen bukan kerana bercinta bagai nak rak. biasalah orang dulu2..kalau ada pemuda mengurat gadis..dan gadis tu melayan dah di anggap sukakan pemuda itu. mulalah orang tua menjodohkan mereka. itulah yang terjadi pada akk. sebenarnya akk dah ada pilihan lain..hikhikhik..sussssssssssst
akk percaya semuanya ketentuan Allah..

tahun ini kami selebret di rumah saja. bulan puasa kan..nak berholiday kemana?  tengoklah lepas raya nanti..ada juga plan nak pergi jalan2..

*-*
hari ini cuti memasak.shopping kat restoran paksu coner aje..

 kupang, kacang panjang tumis berempah..pilihan akk..

 gulai kawah pilihan akk jua..

 goreng berlada paru dan kacang panjang..pilihan papa..

 sayur pucuk paku dan taugeh..pilihan kami..

bubur lambok..

 kuih muih pilihan papa..

 agar2 pilihan akk.kalu puasa suka agar2..sejuk masuk dalam perut..

 mr lopez feveret kami berdua..

pulut kuning..berkat dari restoran paksu coner.baru terfikir nak makan pulut kuning..tapi malas nak masak. alhamdhulillah.. keinginan dan selera ku terubat sudah..:))
macam tau2 aje...dapat pulut kuning ni sempena ulangtahun perkahwinan kami..
jumpa lagi dan selamat berbuka...sayang semua...


6 comments :

  1. Happy anniversary Kak Ros, mummy doakan semoga di rahmati, di beri kesehatan dan bahagia always di samping keluarga tersayang..... :)D

    ReplyDelete
  2. assalam akak..maaf lambat jenguk blog akak..`HEPI ANNIVERSARY`KE 40..semuga berbahagia selama2nya..amin..ehem mudanya kawen !!!..hikk2x..mama kahwin umur 20 thn & en.hb umur 31.. :)

    ReplyDelete
  3. hepi anniversary kak ros. touchingnye kekal lama. hope saya yang bercinta nak rak ni pun akan kekal jodoh sampai mati.

    **oops, wish diri sendiri. kagum ni...

    ReplyDelete
  4. salam K.Yon.

    HAPPY ANNIVERSARY...Bahagianya hingga kini.Alhamdulilah,walaupon bkn jodoh pilihan sendiri.

    Berkat doa & jodoh pilihan orgtua tu kak.Aminnnn

    ReplyDelete
  5. selamat menyambut ulang tahun maklong.....gembira bile bc post diatas..semoga allah memberkati selalu.amin..

    p/s: kuih mr lopez tu pun sy nye feveret tu maklong..hehehe

    ReplyDelete
  6. Alahai kakak dtg sini terlewat namun tetap nak ucap juga SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 40 Kak Ros. Huii... 40 tahun mengayam kehidupan bersama bukan satu yg mudah kan Kak. Syukurlah... sekarang segalanya indah belaka:)

    Tahniah sekali lagi dari kakak buat Kak Ros dan suami.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..