*

Friday, 15 June 2012

rajinnya hari ini..part 3


Assalaam.. 
 akk janji nak sambung posting tajuk kat atas tu kan..
yokk layan gambo yang akk tepekkan kat sini..

 Ini rose 'magenta' kampung. yang ini pun senang nak hidup.bau bunganya tersangatlah harum. kalaulah bunganya kembang serentak..satu halaman akk berbau harum. akk tanam di atas tanah dan letakkan trillis supaya pokok boleh dijalarkan. pokok rose tidak boleh menjalar sendiri..kita yang kena membentuknya. kalau di buat teknik pegging..dahan2 baru akak tumbuh lebih banyak di celah2 daun dahan yang dipeggingkan.akk tanam di pintu sisi rumah. pagi2 bila akk buka aje pintu..akan seberbaklah bau haruman bunga2 rose akk di halaman...

ini 'damask' kategori rose kampung juga. baunya pun sangat wangi. pokok masih kecik lagi. akk tanam di sudut antara pintu dan tingkap dapur. harapan akk.. bila dia sudah merimbun dan berbunga lebat..akan semerbaklah haruman rose diseluruh halaman dapor akk..heheh berangan jer..

yang ini bernama 'royal town' ada juga yang panggil 'benson & hedges'.nama pun class kakyon! warna kuning diraja tu yang membuatkan dia berada di kelasnya yang tersendiri. baunya wangi jugak..kekadang takde bau langsung..sesuka ati dia aje nak kuarkan bau! huhu

dalam banyak2 bunga rose yang akk bela..bunga rose ini yang paling wangi sekali.sekuntum pun dah cukup harum untuk diletakkan di bilik tidor.nama bunga rose ini 'sempurna'.memang pandai orang yang menamakannya..memang dia 'sempurna'..:))
rose akk aje belum 'sempurna'..tengoklah gambar tu.kelopak pun masih berkedut2.akibat serangan penyakit..huhu

 hari ini rajin memasak..mak buyong tu tingin nak makan masak lemak labu..akk masaklah apa yang dia tingin nak makan..
menu akk hari ini. tingin jugakke?..jom makan!






10 comments :

  1. Salam.. Cantiknya bunga ros ni.. Tentu harum je... :)

    ReplyDelete
  2. salam kak rose..terujanya acik tengok bunga2 rose yang cantik2 ni

    ReplyDelete
  3. Salam kak..
    rose yang mengoda mata dan jiwa...serasi akk dgn ros..tu pasal bunga rosnya subur dan berbunga lebat..

    ReplyDelete
  4. assalam..cantiknya bunga2 ros yg akak tanam..kat rumah mama takde bunga pun..hu2x..

    ReplyDelete
  5. Ella dari dulu mmg admire bunga ros akak. Teringat sambal bilis makan dgn mee goreng raya tahun lepas. sedap kak.

    ReplyDelete
  6. salam kenal kak..
    teringin nak tanam pokok/bunga tp tgn panas..xpenah idup lama pokok2 tu..

    ReplyDelete
  7. my mum suka la bunga-bunga ni.. baru je balik dr cameron highland tengok bunga.. cantik ;)

    ReplyDelete
  8. salam kenal kembali sue..
    takde istilah tangan panas sue.kena rajin tangan jer.hehe
    pokok kena cukup air n sedikit baja dan sedikit pergatian..:)

    ReplyDelete
  9. babycomel..
    semua wanita sukakan bunga kan!CH memang bnyk roses..tapi bila bawak turun tak semua hidup..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..