*

Friday, 15 June 2012

rajinnya hari ini..part 2

Assalaam..
setiap pagi..kecuali kalau hujan..aktiviti berkebun dah jadi jadual wajib setiap hari.:))
akk betul2 happy dengan aktiviti membela/menanam pokok rose ini. sambil mengutip daun2 yang menguning dan gugur, memotong tangkai pokok bunga rose yang dah luruh, membaja, menyiram, mengemborkan tanah..sambil2 juga  akk berselawat ke atas junjungan Nabi SAW.
tenang dan nyaman jer rasanya..tetkala di tiup hembusan angin pagi..
tambah mengembirakan..bila melihat bunga2 rose di laman berkembangan..pokoknya yang hidup subur..setiap hari ada sahaja pucuk dan kudup baru tumbuh segar. ~~aaaah!! indahnya kehidupan ini jika setiap hari di kelilingi bunga bungaan terutamanya bunga rose yang segar mewangi!! ~~
kekonon..bayangkanlah macam cerita hindustaan tu. berguling2 atas tanah! kah..kah..kah..
jom layan gambar yg akk photokan hari ini dan semalam semalamnya..:D


rose ni namanya 'china doll'.ehem! cantikkan? baunya taklah harum sangat..bau2 bunga jer..


rose ni bernama '7 sisters'.kenapa namanya begitu..tak pulak akk tahu.nak kata ikut sempena kuntuman bunga tu 7 kuntum setangkai, tak jugak. kekadang  ada yang lima kuntum..ada juga yang sembilan kuntum setangakai. suka ati aje minah saleh tu nak bagi nama..hehe


rose ini nama nya 'scarlet meidiland'bunga sebesar syiling 10 sen..tangkainya panjang boleh mencecah sampai 2 kaki.. kalau betul2 suburlah tu.bayangkan setiap tangkai sepanjang 2 kaki itu di penuhi dengan bunga bunga..lalalala.mabuk!
tapi.. hari ini akk dah ubah suai pokok ni masuk dalam pasu besar.rasanya tak jadi nak jalarkan dekat arc tu. akk nak letak tempat yang tinggi sikit supaya dahannya boleh berjuntai2 kebawah..tentu cantik!..lalalala...mabuk rose lagi!
tak jadi nak letak sini..nak ubah balik..adohh! beratlah bang!

ini 'wild fairy'. senang tanam pokok rose ni.cucuk aje hidup. akk rasa pokok ni boleh dijadikan sebagai pokok pagaran..sebab dia merimbun. lagipun dia tahan dari sebarang serangan serangga dan penyakit..


yang ini pulak namanya 'white medina'. pokok jenis menjalar..bukan dia menjalar sendiri..tapi kita yang kena jalarkan. akk ada dua pasu pokok rose ni. akk letak dikiri kanan tiang rumah. akk bayangkan..kalau dia dah besar nanti akk nak jalarkan dia..membentuk arc dihadapan entrance rumah akk..baru berangan jer..belum tentu jadinya..heheh

nanti sambung lagi cerita ni ekk! dah jauh malam nie..gudnite..

4 comments :

  1. Minat yang China Doll tu.. Comel je..

    ReplyDelete
  2. Syani..
    akk pun sama..:)

    ReplyDelete
  3. ros putih gambar bawah sekali tu
    nampak comel sangat tu, kak rose

    ReplyDelete
  4. tehr..
    cantikkan rose putih.nmpk suci berseri jer..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..