*

Sunday, 3 June 2012

gulai kawah dah jadi feveret akk..

Assalaam..
Sunyinya hari ini..sbb tinggal sesorang je kat rumah. sudah kehabisan  aktiviti...atau terlupa nak merancang..heheh
 papa pergi memenuhi undangan marhaban .Sebelumnya.. awal pagi kami keluar breakfast di paksu coner tempaat feveret kami suka melepak..kekadang pagi..kadang tengahari..tak pun sebelah malam. pagi ini..lempeng kelapa, roti jala dengan kari ayam dan teh tarik membuka selera akk..
olih kerana..tak tau papa balik jam berapa..akk siap2 beli lauk untuk santapan akk tengahari nanti.tinggal masak nasi jer..ngeeee..
tengok lauk pauk yang di hidang hari ni..selera akk terbuka nak makan daging gulai kawah.memang daging gulai kawah ni dah jadi feveret akk sekarang ni.tapi akk belum pernah mencuba memasaknya. kalau dah jadi feveret..harus akk mencuba memasaknya..bolah semua ahli keluarga akk merasa masakan daging gulai kawah dari air tangan akk..
akk mengoogle tajuk 'gulai kawah' untuk mencari resepi. blog CMG yang menarik perhatian akk. jadi akk minta izin C&P..harap CMG tak kisah ye! kalu sesapa nak resepi ni..klik jer blog CMG kat bloglist akk sebelah kanan tu..
selamat mencuba..

 gulai kawah ni paksu coner punya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging (mat guna daging batang pinang, hiris, cuci dan toskan
2 camca besar kerisik (letak sikit, sebab dah habis)
2 cawan santan pekat
2 camca besar gula melaka (mat letak 1)
2 keping asam gelugor
3 biji kentang, belah 8 setiap satu
1 biji cili merah, belah dua
1 biji cili hijau, belah dua
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
20 tangkai cili kering, gunting dan rendam dalam air panas
1 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna rempah babas)
1 camca teh jintan manis
1 canca teh jintan putih
7 biji bawang merah
1 biji saiz sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan juga rempah kari, tumis hingga terbit minyak. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut. Tuang sedikit air.
  2. Bila mendidih masukkan kentang, santan, asam gelugor, gula melaka dan juga kerisik, kacau dan masak hingga kentang empuk dan kuah pekat.
  3. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya. Tambah belahan cili hijau dan merah. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api, Hidangkan bersama nasi putih....
* akk copy paste bulat2 dari blog CMG tau..

8 comments :

  1. musim cuti sekolah
    musim kenduri kawin
    memang banyak la gulai kawah
    memang membuka selera

    ReplyDelete
  2. blom pernah rasa gulai kawah...camna agaknye ye....

    ReplyDelete
  3. Assalam kak Ros.
    Saya pun selalu beli aje gulai kawah...belum pernah masak sendiri lg.

    ReplyDelete
  4. tehr..
    dikelantan senang nak mkn gulai kawah, ada jer jual di gerai makan tepi jalan..

    ReplyDelete
  5. seri..
    cubalah makan seri..dah makan pasti nak lagi..hehe

    ReplyDelete
  6. Norzie..
    kalau ramai yg nak makan, berbaloi masaknya, klu makan sorang dua..lebih baik beli jer kan?

    ReplyDelete
  7. ehem mama pun beli je gulai kawah tu..tak pun lagi masak sendiri..hukk2x..

    ReplyDelete
  8. teringat gulai kawah batang pisang utara .. fuh, sedappp

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..