*

Sunday, 27 May 2012

Ray.Ban

Assalaam..
eeeeewaaaaaahhh!!!
bila buka blog..terus nampak iklan Ray.Ban  sebelah kanan page blog ini.
tetiba ada idea datang nak update blog...

rasanya semua orang setuju..kalau akk kata jenama Ray.Ban ini menjadi pilihan kepada  pemakai cermin mata hitam. sebabnya reka bentuknya yang di reka  sebegitu rupa.. memang sesuai dengan semua jenis bentuk muka.




sebenarnya akk tak pernah lagi memakai cermin mata hitam jenama Ray.Ban ini. mungkin di sebabkan harganya yang mahal tak mampu untuk akk membelinya. papa yg sudah hampir puluhan tahun memakainya..kini masih menyimpannya..biarpun telah menukar ke jenama lain. sesekali papa memakainya..ia tidaklah nampak ketingalan zaman malah masih kelihatan elok dan nampak  klasik..heheh
minggu lepas akk kekedai cermin mata..bercadang nak menukar cermin mata akk yg dah nampak uzur sangat..maklum dah lebih 3 tahun akk memakainya. pandangan akk pun kekadang jadi kabur..susah kalau nak memandu dalam cuaca hujan atau waktu malam.
 susah juga nak memilih bingkai cermin mata yang sesuai. balik2 design yang sama. rasa boring pulak. buat masa ni akk mempunyai dua cermin mata. satu cermin mata yang akk pakai sbb akk ni rabun jauh..satu lagi cermin mata hitam yang akk guna bila akk memandu. memang susah nak menguruskan keduanya. bila akk meluahkan masaalah yang  akk hadapi pada tuan punya kedai cermin mata ..dia mencadangkan akk memakai cermin mata dua kegunaan. cermin mata untuk rabun sekaligus sebagai sunglasses. bila berada di tempat panas cerminnya akan menjadi gelap dan bila di tempat gelap warnanya bertukar seperti biasa.
 akk rasa ok jugakan..nampak gayanya macam lebih mudah.pilih punya pilih..cuba..dan cuba..tercuba yang ini..terus terkenan..dan melekat terus di muka..heheh
Ray.Ban pertama ku..


2 comments :

  1. salam ..dah tapau satu ray-ban ek?..

    ReplyDelete
  2. tapau tetap tapau mama..heheh

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..