*

Monday, 21 May 2012

aduhh sakitnya!

Asslaam..
hari ini rasanya jadual akk n papa macam padat aje. sebenarnya kami dah rancang banyak tempat/urusan nak pergi...

so..seperti biasa jam 7am akk dah turun ke laman..sapu daun2 rose yg gugur..belek2 bunga dan kudup.. kut2 ada makhlok perosak yang singgah. gembor2 tanah..repot pokok2 baru. biasanya aktiviti ni berhenti bila Oya sampai rumah. Oya..otw pergi offis akan singgah rumah akk dulu..minum/ makan *kekadang minum susu je..bersama akk. aktiviti dilaman akan bersambung semula selepas Oya pergi offis dan akk berhenti lebih kurang jam 9am.Waktu ini pulak papa balik..



pagi tadi baru akk nak membongkok gemborkan tanah..tetiba bunyi 'beletup' kat pinggang akk ni.adooooii sakitnya!!!pelan2 akk tegakkan badan..adoooiii. bila dah  tegak tak boleh nak bongkok pulak. apa lagi nak pusing kiri atau kanan. dah jadi robot pulak akk ni ah! jadi balik dah!! dulu dah pernah beberapa kali  kena mcamni. lepas pergi klinik ambil ubat..terus baik. takde yang serius sangat. Kemungkinan ada kaitannya dengan penyakit kencing kotor..

baru akk teringat..semalam semasa makan2 disini..akk ada minum air barli. akk ni jenis alergik tak boleh minum air barli. kalau minum air barli mesti akan dapat penyakit kencing kotor. benda ni dh banyak kali kena pada akk. semalam masa nak minum teringat jugak..tapi dah takde air lain..akk minum juga..itu pun tak habis segelas...huhuhu. '
*lain kali ingat rose..dah tau tak boleh minum air barli.jangan minum...jangan cari penyakit!!!

walau sakit..urusan penting kena selesaikan jugak. akk n papa pergi juga ke Bank Muamalat. tujuan nak ambil geran kereta.olih kerana pinjaman di buat atas nama akk..akklah yang kena ambil sendiri.camne ni? nak gerak pun sakit! papa masuk bank dulu..akk tunggu je dalam kereta. tak lama pastu..papa dan seorang staff bank datang bawa borang untuk akk isi dan tandatangan. siap! tak sampai 10 minit siap semuanya. bagusnya layanan dari staff Bank Muamalat. Siap berpesan..*puan jangan biarkan sakit tu..cepat2 pergi berurut! :)))) rasa baik dah sakit ni!! hihi  patutlah papa setia dengan bank ni..staff nya baik hati..hehe

berbalik kisah akk sakit pinggang tadi..selesai urusan di bank..akk terus pergi farmasi cari ubat sakit pinggang. cerita punya cerita kat ahli farmasi tu ..dia rekemen makan ubat ini dulu..klau tak baik kena pergi kliniklaa. dulu pun masa akk sakit..doktor tu pun bagi ubat yg sama..cuba dulu lah..harap2 ok. so..urusan lain2 kena tanggohkan dulu..dapatlaa akk berblog dan berfb..berehat n bersantailaa hari ini...


6 comments :

  1. kak rose x boleh minum air barli? Kan air barli utk org yg tak lawas kencing dll. Tp mungkin lain org lain allerginya.
    Moral of d story, kena ambik tukang kebun...suruh anak2 buat je, kak rose jd mandor....hehe...biasalah kakrose, tulang dah nk expired kita ni. Papa elok plak ye?

    ReplyDelete
  2. Akak, jaga diri baik2 ye. makan ubat tau. Eh .. ella dah boleh komen kat bloa akak eh? sukanyaaaa ..

    ReplyDelete
  3. sempat jugak buat urusan dgn bank..kalau mama terus keward bila sakit..hu2x..

    ReplyDelete
  4. kalau salah urat, memang kena cari tukang urut tu
    tak sudahnya dengan ubat tahan sakit

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..