*

Tuesday, 8 May 2012

aktiviti lepas..

bersiaran kembali..

sejak kebelakangan ini akk jarang sangat dapat memenuhi jemputan  majlis cukur rambut bersama kumpulan marhaban akk. sudah terasa penat kalau setiap minggu di penuhi dengan aktiviti tersebut. tak termasuk  lagi dengan jemputan majlis kawin. kekadang kasihan pada anak2 yang nak datang rumah pada hujung minggu..tapi rumah mak dia takde orang.jadi akk buat keputusan nak menghadkan aktiviti akk. biarlah hujung minggu akk..akk habiskan masa  bersama anak dan cucu akk. belum tentu lagi..minggu2 seterusnya akk akan dapat bersama mereka lagikan?

dua minggu lepas..sham dan anas bersantai sekeluarga di rumah akk. macam biasa..akk masak2 untuk kami sekeluarga..tambah  pulak mak buyong yang banyak permintaan..nak makan itu ini..hihi. nora bawa masakan makanan tengaharinya.illa pula bawa juadah untuk minum petang. maka lengkaplah sudah keperluan aktiviti makan2 untuk hari itu..hehe
kata orang..aktiviti makan2 ni boleh merapatkan hubungan silaturrohim...


minggu lepas pulak..mak buyong teringin nak makan rendang 4 jenis .
macam biasa..papa kalau ada orang teringin nak makan sesuatu sepantas mungkin dia mengadakannya. awal pagi lagi akk dah bersiap kedapor memasak. ialah nak buat rendangkan.. bukannya sekejap..setengah hari baru siap..lengoh tangan mengacau sampai kering..huhu


tengah bersantap..ai dan nadia datang. langkah kananlah mereka..hihi.orang kata..kalau tengah makan ada orang datang..bawa rezeki.tengah borak2 pasal makan..akk ada tersebut..lama dah tak makan pizza. kalau nak makan pun takde orang nak temankan..sbb papa tak makan pizza.
tak sangka pulak ai perihatin dengan kata2 akk..hehe. jadi malam tu..kami berlima dinner di pizza hut. papa makan ayam aje ler..hehe

5 comments :

  1. tetiba lapo la plak tgk pizza tu..

    ReplyDelete
  2. assalam kak..maaf mama lambat lawat akak..aritu down..lepas tu sibuk uruskan majlis utk minggu ni !!!..hu2x..terliur mama tgk rendang daging tu..kalau permintaan mak buyung mesti tak sampai hati kalau tak ditunaikan ..he2x..

    ReplyDelete
  3. sedapnya rendang daging
    buat sarpan pun sedap ni

    ReplyDelete
  4. kak yon pizza tu memang mengancamlah...lapor pulak perut ni...

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..