*

Wednesday, 18 April 2012

Pulau Tioman..

Bila Ai tanya.. bila kita nak ke Pulau Tioman? akk jawab..bila2 aje pun boleh! Lantas Nadia pun mengoogle  tempat penginapan yang mampu milik dan bersesuaian dengan kami berempat. Perancangan asalnya.. kami sekeluarga nak pergi untuk percutian keluarga untuk tahun ini. Di sebabkan ada beberapa perkara yg di hadapi beberapa ahli keluarga yang tidak boleh di elakkan.. maka kami berempat saja yang pergi. jadi percutian keluarga akan di tunda hingga bulan jun nanti..
Kosnya.. kira mampu miliklah..dengan kadar RM300 seorang.Package mengandungi makan minum, tempat tinggal chalet aje ye..selama 3 hari 2 malam dan BBQ. Aktiviti outing menaiki boat sehari ke marine park..bestnya bagi makan ikan jinak, snorkeling coral..lama2 tengok boleh pening dan rasa nak terjun kedasar laut nak sentuh coral tu dan singgah dikedai duty free tapi  harganya lebih mahal dari Langkawi..huhu.
Tempoh perjalanan yang agak lama selama lebih kurang 5-6 jam. kami bergerak dari rumah jam 3.0am dan sampai Mersing jam 8.45 am, sebelum itu kami singgah solat subuh dimasjid  pekan Muazzam Shah.
Beratur menaiki feri..satu perkara yang sangat akk tidak suka..huhu. Pengurusannya tidaklah secekap di Langkawi.Kali terakhir akk kesini tahun 90an.Waktu itu..tiada feri lagi. kami menaiki boat yang boleh memuatkan sejumlah orang saja. boat2 itu pula milik tuan punya chalet..jadi setiap chalet mempunyai boat memasing. Kini..' Blue Water ' nama feri yang sedang megah meredah lautan cina selatan milik syarikat Bumiputra.. menjadi penghubung antara tanah besar dan pulau yang keluasannya hanya 39 km panjang dan 12 km lebar.
jom cuti2 malaysia!!


kg. genting..nama kg. tempat penginapan kami..

 dulu2 jeti ini dari kayu aje..jarang2 pulak tu. masa lalu rasa seriau takut jatuh..heheh

laluan menuju ke chalet penginapan kami..

pemandangan dari chalet kami.tenang rasanya menikmati keindahan ciptaan yang Maha Esa..
 

7 comments :

  1. Saya tak pernah sampai lg kt sana tuu...
    medti bestkan...tenang dan damai jer..

    ReplyDelete
  2. sy da lama mengidam nk ke sini tp kekangan ms tu la...

    ReplyDelete
  3. bila la dapat ke sini lagi sekali
    pernah dulu datang tahun 90an

    Memang seronok main dengan ikan kat sana
    Comel sangat

    ReplyDelete
  4. Kak rose, kampong genting tu la tempat kita org dulu melepak mlm2 buat unggun api, menyanyi, cerita2 pasal hantu la....seronok, tak boleh lupa.

    ReplyDelete
  5. ainnoraini..
    ada kelapangan bercutilah kesini..tenang n damai aje..

    ReplyDelete
  6. tehr..
    akk pun dtg tahun 90an dulu.tak bnyk bezanya dulu dan skarang..

    ReplyDelete
  7. zana..
    eh!..awak org sana ke..atau jaman student dulu..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..