*

Sunday, 1 April 2012

dividen bank rakyat 20%

Assalaam..
Beberapa hari lepas Bank Rakyat buat pengumuman..


Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) telah mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya.
* rezeki akk..baru dapat tambahan pelaburan percuma RM500..lepas tu dapAt offer tambah lagi RM1000.
Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.
* kalau pembayaran dividen tu boleh dilaburkan semula macam dulu dulu kan ke bagus.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM2.02 billion, paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun sebelumnya.
“Rekod keuntungan ini dicapai hasil dari fokus bank terhadap pertumbuhan aktiviti pembiayaan di samping peningkatan kualiti aset, walaupun terdapat cabaran dalam industri perbankan tempatan,” katanya ketika mengumumkan pengagihan dividen bank berkenaan.
*sayang bank rakyat..senang berurusan dengannya..terutamanya bahagian ar-rahnu.
ada berita baik lagi….. Walaupun 15% sahaja yang akan di cash-out, baki 5% lagi dapat menambah jumlah pegangan saham …… 
* alhamdhulillah..tambah pelaburan lagi..

10 comments :

  1. ehem..mama pun ada share kat bank rakyat tu..tapi taklah banyak..hu2x..syukur alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdhulillah..ada peluang boleh tambah lagi mama..

    ReplyDelete
  3. saya pun ada melabur di bank rakyat.. walaupun kecil tapi kira berbaloi juga

    ReplyDelete
  4. rahman..
    memang berbaloi..walaupun dlm jumlah yang kecil.pilihan terbaik melabor dibank rakyat..

    ReplyDelete
  5. salam kak yon..xder akaun Bank rakyat..simpan kat Tabung Haji & Bank Islam jer..:D

    ReplyDelete
  6. tak sempat nak join
    cukup bulan duit tak cukup
    Hehe

    ReplyDelete
  7. loaded la kakrose ek? bercuti lagi nampaknya...ni pergi mana pulak..

    ReplyDelete
  8. azatie..
    kira oklah tu.TH dividen tinggi jugak..

    ReplyDelete
  9. zana..
    mana ada..adalah sikit2..
    nak gi Tioman minggu ni..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..