*

Monday, 5 March 2012

buat ibu yg hamil part 2&3

Assalaam..
Info ini akk ambil dari blog Org Muo. Kalau rajin lawatilah blog beliau..ada banyak info2 menarik yang boleh di jadikan panduan..

Lakukan Ini Agar Janin Sihat Dan Cerdas [Bahagian 2]
Kasih Sayang
Faktor psikologi juga dapat mempengaruhi kondisi otak pada janin. Oleh itu, seorang ibu harus dapat menerima kondisi kehamilannya. Selain itu, harus ada sokongan dan kasih sayang daripada suami, orang tua dan anggota keluarga lainnya. Tanpa kasih sayang, kondisi otak pada janin tidak dapat tumbuh secara optimum.

Senaman
Melakukan aktiviti senaman ringan untuk ibu hamil bukan saja hanya bermanfaat bagi kesihatan ibu saja, tetapi juga kondisi pada janinnya. Penelitian dan penyelidikan membuktikan, senaman ringan seperti jalan santai, berenang, senam hamil, dan yoga juga dapat membantu proses persalinan.

Selain itu, anak-anak yang ibunya rajin bersenam ketika hamil, terbukti memiliki skor intelegensi yang lebih tinggi, baik kecerdasan umum maupun kemampuan bahasa. Hal ini disebabkan aliran darah yang lancar selama bersenam menghantar aliran oksigen yang lancar pula bagi janin sehingga perkembangan janin terpacu pesat.




Lakukan Ini Agar Janin Sihat Dan Cerdas [Bahagian 3]



Stimulasi Muzik 
Alunan muzik yang berirama lembut juga dapat dimanfaatkan untuk merangsang janin agar cerdas dan kreatif. 
Jenis musik yang boleh dimanfaatkan hanya terbatas kepada jenis musik klasikdan berirama lembut saja. Memperdengarkan muzik berirama keras kepada bayi dalam kandungan tidak disarankan sebab akan menyebabkan timbulnya kebingungan pada bayi.  

Alunan merdu ayat-ayat suci al-Quran adalah amat sesuai diperdengarkan kepada janin [bayi] dari peringkat awal lagi. Lebih baik jika ibu atau bapa sendiri membaca dan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-quran sebaik-baiknya khatam 30 juzuk dalam tempoh kandungan 9 bulan.

Musik dapat mempengaruhi otak bayi kerana proses pengenalan musik akan melibatkan banyak bahagian pada otak. Terdapat pusat pertautan penglihatan dan pendengaran yang berfungsi menafsir objek yang dilihat dan didengar. Informasi dari pusat yang berada di permukaan otak tersebut akan disalurkan ke pusat emosi yang diatur di dalam sistem limbik [Sekumpulan struktur otak, termasuk amigdala, hipokampus dan hipotalamus, yang berkaitan dengan aktiviti seperti fungsi autonomi, emosi dan tingkah laku].  

Stimulasi Fizik - Tingkah Laku Motor
Bercerita atau mengelus-elus bayi dalam kandungan dengan penuh perhatian dapat merangsang pertumbuhan atau perkembangan otak pada janin. Hal ini akan merangsang bayi untuk merasa tenteram kerana ia merupakan rangsangan yang positif. Janin, bayi dan kanak-kanak bawah 5 tahun yang dibesarkan dalam situasi yang membiasakannya untuk berbicara dengan baik, mendengar dan membaca, cenderung memiliki IQ yang lebih tinggi dan lebih maju daripada kanak-kanak lainnya.

4 comments :

  1. Teringin pula nak dapat anak lagi
    Hehe

    Ibu2 memang digalakkan melakukan aktiviti yg berfaedah dan banyak membaca al quran

    ReplyDelete
  2. ehem..bagus info2 begini.. :)

    ReplyDelete
  3. tehr..
    tambah lagi umat Nabi Muhammad SAW..
    untung org skarang..bnyk info berguna utk mereka.tak mcm org dulu2..ikut petua aje..uhuu

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..